Permainan Dunia

Poetry Completed 4544

Berpijak diatas bumi yang nyata
Meski mimpi itu jauh lebih bahagia
Sedarlah , ini realiti
Yang tak bisa kau lari

Selagi nyawa dikandung badan
Jangan kau diam menahan sakit
Jangan kau biar jasad dijahit
Jangan kau biar luka digigit

Bangkitlah kau demi yang lain
Bangkitlah kau demi diri mu
Pertahankan diri mu
Kau berhak merasa bahagia

Kau manusia terlalu banyak rasa
Hingga kau hilang deria rasa
Hanya kekosong kau rasa
Hanya luka ditenung dalam bisu

Bukan kau lemah
Bukan kau akur
Cuma kau lelah
Terasa mahu putus asa

Terlalu banyak yg kau tempuhi
Hingga menungan menjadi kebiasaan
Kekosongan hati itu
Tiada lagi timbul tanda tanya
Perasaan itu tidak lagi dihiraukan

Luka dijasad ditatap mereka
Luka dihati tiada siapa yg tahu
Kerna itu ia sering dihancurkan
Kerna itu segala kata dilontar biasa

Bangkitlah duhai manusia
Permainan ini masih panjang
Jangan kau duduk berdiam lagi
Jangan kau tahan lagi derita dirasa

Bangkit ! Lawanlah mereka
Jangan kau biar diri ditertawa
Ajar mereka apa itu derita
Ajarkan mereka apa yg dibiasakan lidah itu

Jangan dibiar mereka hanyut
Bangkit ! Tewaskan mereka
Jangan dibiar jasad lain seperti kau
Cukuplah kau saja yg bergelar mangsa

Kau perlu bangkit
Kau perlu berlawan
Demi menghapuskan derita
Permainan ini masih panjang
Kau harus menang !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience