Bukan ingin ku.

Poetry Completed 4544

Sejujurnya , aku mahu lepaskan kau
Pergi , jauh dan tinggalkan aku.
Tapi apakan daya ? Aku cuma sebatas pernah
Yang mungkin tidak memberi erti buat mu.

Sebagai seorang yang sedar diri
Dan tahu dimana ku berdiri
Dengan tegas aku perlu melangkah
Berpaling dari terus mengejar kita.

Jika ditanya hati
Aku tak ingin menyerah lagi
Kerna hangatnya cinta
Masih terasa bahangnya.

Namun , sikap yang kau tunjukkan
Seakan mengusir aku pergi.
Aku yang pura-pura buta
Dengan gagah berjalan lagi

Sampai waktunya sikap mu menghentak raga.
Yang membuatkan aku sedar dan tau diri.
Aku pergi bukan atas kehendak ku.
Tapi dengan keterpaksaan.

Kerna , aku tak sanggup lagi
Membiarkan ego ku dipijak
Peluang ku dipersia.
Dan. Hati ku kembali tak berupa.

Ingat. Bukan aku yang ingin pergi
Tapi kamu. Kamu !
Yang mengusir aku pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience