Get the app for full experience
Bibir ini tidak pernah henti dari tersenyum
Mengulang tayang memori bersama kamu
Sudah cukup merawat sedikit keperitan dihati
Dalam menanggung sebuah kerinduan.
Kamu itu jauh dari jarak pandang ku
Kamu itu diam tanpa sebarang khabar berita
Sesekali rindu hadir , foto mu aku tenung
Mata yang berkaca meluah keperitan rindu
Membasahi pipi ku yang kusam.
Pesanan suara yang pernah kau kirimkan
Aku dengarkan satu persatu.
Kedua bebola mata aku pejamkan
Merasakan kembali manisnya saat itu.
Namamu aku sebutkan dihadapan Sang Pencipta
Sedang tangan aku tadahkan
Rindu yang tak pernah menghilang
Juga sayang yang kian menggebu
Tidak ku mahu terus menjelmakan diri
Bimbang nanti kamu kian menjauhi
Begitu banyak buah fikiran hadir
Membuatkan aku berhati dalam tindakan ku
Cukup sebaris kata aku ucapkan
Dalam doa nama mu aku sebutkan
Dalam diari aku luahkan
Dan rindu ini aku diamkan
Dari kamu , yang masih aku cinta .