Tinggal.

Poetry Completed 4544

Ditinggalkan , atau meninggalkan ?
Sudah tentunya aku sering ditinggalkan.
Ditinggal demi mengejar yang sempurna
Ditinggal , kerana tidak selayaknya bersama.

Tapi aku ? Yang masih mentah
Dan terlalu mengikut rasa
Memilih untuk tinggal
Menetap dan menanti.

Aku sedar dimana tempat ku.
Aku tahu , aku tidak seperti kamu
Tapi meniggalkan aku dengan cara begini
Benar-benar merobek hati ku.

Kenapa harus sekarang ?
Kenapa perlu aku ditinggal tanpa kata ?
Dan kenapa , aku masih setia tinggal dipintu memori ?

Sukar , untuk melepaskan memori kita
Sukar , untuk aku terima semuanya.
Tapi aku perlu berjalan
Dan meninggalkan memori kita.

Dengan hati yang berat aku maafkan kamu
Tapi aku tidak melupakan kelakuanmu
Terima kasih buat luka lara
Aku kini tidak lagi membuka hati ku
Buat sesiapa.

Kerna aku tak mahu lagi ditinggal
Ketika cinta ini sudah kau milik
Dan aku tak mahu menjadi seperti kamu
Yang akan meninggalkan hanya untuk
Mengejar yang sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience