Get the app for full experience
Kesetiaan.
Satu kata yang nampak biasa
Namun berat untuk dijaga.
Setia , tidak cuma berpegang pada janji
Tidak juga cukup dengan taburan kata-kata manis
Dan tidak sentiasa perlu ada disisi
Setia. Satu kata yang mengikat raga
Meski dikejauhan dua jiwa tetap bersama
Dekat , didalam setiap tadahan doa.
Setia , menjaga cinta dengan doa
Menahan diri dari menjadi hamba cinta
Terima , apa sahaja tadir Maha Esa
Setia , menjadi hamba yang taat akan perintah-Nya
Setia itu punya harga
Yang tak mungkin tercapai
Oleh insan yang murah harga dirinya.
Untuk setia itu tidak mudah.
Tapi untuk curang , hanya perlu 1 langkah.
Iaitu , merendahkan harga diri mu
Dan merasakan seperti kau terutuhnya sempurna.
Setia , atau curang
Itu adalah pilihan mu.