Pendosa

Poetry Completed 4544

Aku , adalah manusia yang sedar
Bahawa diri ini telah jauh hanyut
Jauh , hingga aku tak tahu
Bagaimana hendak pulang.

Melakukan dosa itu biasa.
Mendapatkan pahala itu liat.
Tanggungjawab entah kemana
Hidup , seakan berbaki seribu tahun

Ingin ke syurga itu impian ku
Menjadi penghuni syurga itu yang aku mahu
Sedang hidup ini ? Aku persia
Sedang diri , langgar setiap perintah yang Esa

Ingin ke syurga itu impian ku
Menjadi penghuni syurga itu yang aku mahu
Sedang hidup ini ? Aku persia
Sedang diri , langgar setiap perintah yang Esa

Masa yang ada aku buang
Perkara yang penting aku tolak ketepi
Hati yang hitam aku biarkan hitam
Mata yang celik , kini buta dengan nikmat dunia

Aku tahu jalan ini salah
Namun , tetap saja aku pejamkan mata
Aku tahu perkara itu salah
Namun , tetap saja aku kunci bibir ini
Dari menegakkan yang benar.

Terkadang , aku terfikir.
Apakah tomahan manusia yang aku takutkan
Atau Sang Pencipta yang aku takutkan ?

Solat entah kemana
Quran entah bila dibaca
Kata-kata kesat seakan zikir harian
Sebarkan fitnah , adalah rutin harian

Sudah susah baru tahu hendak pulang
Baru kau tahu mencari Tuhan.
Tanpa segan silu , syurga kau pinta
Kekayaan , kemenangan , kau pinta
Penuh bersungguh-sungguh

Aku , seorang pendosa.
Pendosa yang berangan angan
Ingin ke syurga.
Pendosa , yang mahu pulang.
Kembali ke pangkal jalan.

Janganlah kau biar aku kekal begini
Bantulah aku duhai penghuni dunia.
Sambutlah tangan ku ini.
Bawa aku pulang.

Bantulah pendosa seperti aku
Peganglah tangan ku seeratnya
Agar kaki yang beku bisa berjalan
Agar hati yang hitam bisa dicuci
Agar mata yang terpejam , bisa melihat lagi

Tunjukkanlah pendosa seperti aku
Jalan untuk pulang
Tunjukkan aku sinar harapan
Untuk ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience