Get the app for full experience
Dunia kini semakin tenat.
Semakin hari , semakin ramai manusia bertopeng
Mementingkan diri itu biasa
Melakukan kebaikan itu katanya lakonan
Aku , antara manusia yang masih lalai
Sedang dunia huru hara
Aku masih terleka dan terus hanyut
Tanpa menghiraukan akhirat yang sedia menanti
Aku , pendosa yang tidak bernoktah
Entah bagaimana aku bisa tersenyum
Juga tertawa bersama yang lain
Sedang solat masih belum didirikan
Sedang Quran masih belum dibaca
Usah dikata jiwa remaja , perkara biasa.
Mati itu tidak mengenal usia.
Ajal datang tanpa disangka.
Kau tau itu. Tapi tetap saja kau biarkan diri hanyut
Kata kau , esok masih ada.
Yakinnya kau , tidak ada tandingnya.
Tidak cukup sekadar kau
Manusia lain diajaknya berteman
Diheretnya sahabat ikut bersama
Hanyut , bersama kau.
Kau bawa mereka lemas bersama kau.
Kau bawa mereka lemas selemasnya.
Pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Masa itu sentiasa ada untuk kau.
Peluang dan ruang , ada ditangan mu.
Sedarlah manusia !
Kita , adalah pendosa tidak bernoktah.
Sampai bila kau mahu hanyut ?
Sampai nanti ajal kau tiba ?
Iman yang ada senipis seurat benang
Riak didada seluas tanah terbentang
Kau rasa kau sudah cukup baik
Syurga itu , seakan sudah kau yang punya.
Masa yang ada kau persia
Waktu bersilih ganti , tetap saja kau bersuka ria.
Sedarlah kau sekarang duhai manusia.
Sedarlah , sebelum kau tersedar di neraka kelak.