Get the app for full experience
Kepada kamu yang tak lagi bisa ku tatap wajah
Kepada kamu yang sentiasa menghiasi hariku
Salam rindu ! Iya , rindu !
Aku rindu ingin bercerita bersama-sama lagi
Ketawa sambil menatap wajah.
Makan , sambil mendengar cerita harian kamu.
Dunia luar sekarang tidak lagi senyaman dulu
Buat pertama kalinya kita berjauhan agak lama ya ?
Meski sering meluangkan waktu bersama
Rasanya tetap saja berbeza.
Aku rindu mahu berpimpinan tangan bersama kalian lagi
Aku rindu menunggu untuk pulang bersama lagi
Aku rindu ingin menyuapkan makanan kepada kalian lagi
Aku rindu mendengar keluh kesah mu.
Dan menenangkan hati mu yang gundah.
Satu persatu memori antara kita bertiga
Aku susun rapi. Lalu aku putar kembali
Tak megapa , aku pasti.
Setelah bumi kembali sihat
Kita pasti berlari dan berpelukan
Kerna rindu yang ditahan begitu lama
Buat kalian yang bergelar sahabat terbaikku
Didunia mahupun diakhirat nanti
Kini , dan sampai ke nafas terakhir ku..
Salam rindu ! Jaga diri ya !
Aku sayang kamu !!