Get the app for full experience
Bibir ku tidak selancang mereka
Bicara ku tidak serancak mereka
Dunia ku diam , sunyi dengan bicara hati
Aku , adalah gadis introvet
Dan ini kisah aku.
Tidak ingin dikenali adalah keinginan ku
Bersendiri itu nikmat buat ku
Aku selesa begini
Tanpa menghirau kebisingan realiti
Kenalan yang ku punya hanya berapa
Insan yang ku percaya boleh dikira
Cuma yang mampu aku terima seadanya
Ku bawa masuk ke dalam cerita hidup.
Ketenangan itu membahagiakan
Sunyi dari dunia sebenar
Hidup sebagai introvet tak mudah
Lagi-lagi dikenali manusia penghukum
Diamku dikata sombong
Sendiri ku dikata berlagak
Aku pernah menerangkan
Pada mereka yang tak faham bahasa
Aku adalah introvet
Biarlah mereka menilai apa mereka mahu
Janji , ketenangan ku tetap selamat.
Buat yang sama seperti aku
Tetap bersabar ya
Kerna tak semua mampu terima kita
Dan tak semua tahu akan kita
Yang bergelar manusia " introvet "