Undur diri.

Poetry Completed 4544

Hari ini , dengan payah aku melepaskan mu.
Dan menamatkan perjuangan penantian ku.
Sebelum aku benar-benar pergi dari kisah ini
Izinkan aku melepas segala rasa disini.

Aku mahu kamu tahu
Bahawa kamu itu adalah senja
Dan pelangi yang indah pernah ku lihat.

Meski hadir mu cuma sebentar
Percayalah , kamu itu istimewa.
Tapi , maafkan aku.
Kerna aku harus pergi.

Aku tidak lagi kuat bertahan digarisan penantian.
Mungkin kita tidak terlahir untuk melengkapi.
Mungkin , kisah kita benar-benar sudah berakhir
Tapi aku , yang masih tidak berpatah harap.

Kali ini , izinkan aku benar-benar pergi.
Jangan diganggu aku lagi.
Kerna hadir mu terlalu indah
Hingga aku mudah patah.

Aku rindu serindunya pada kita.
Tapi cukuplah peluang ku berikan
Untuk kau sakiti jiwa ku.

Kamu , seutuhnya sempurna dimata ku.
Hadir mu mengajarkan aku menjadi yang lebih baik.
Izinkan , aku undur diri dari pintu memori.
Jangan lupakan aku ya.
Aku , pergi dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience