Selamat Tinggal

Poetry Completed 4544

Tanpa berfikir dengan panjang
Langkah pertama untuk mendekati kau
Ku ambil pantas

Kau yang dahulu aku senangi
Kini berubah sepenuhnya
Kita , tidak lagi seperti dahulu

Aku tahu mungkin aku terlalu biasa bersendiri
Hingga perasaan kau aku lupakan
Aku sedar aku bukan sahabat terbaik
Tetapi aku telah mencuba

Aku berusaha menjadi sahabat terbaik
Tetapi kau tak pernah melihat

Disaat ini kita telah berjauhan
Dan aku telah bertemu mereka

Merekalah tempat aku mengadu
Merekalah yang membahagiakan aku
Mereka , ada ketika aku berduka
Kau ? Kau menghilang

Aku mengerti kau punya urusan peribadi
Aku tahu kau tertekan
Dan aku , telah berikan kau masa sendiri
Itu yang kau mahu kan ?

Jadi mengapa aku yang perlu disalahkan ?
Mengapa harus kau ungkit kesilapan ku ?
Benar mungkin aku bersalah
Tetapi mengapa harus sekarang ?

Bersahabat hingga ke tua itu impian kita
Tapi , segalanya telah musnah
Aku tidak lagi mahu kita berdua
Terus disakiti sesama sendiri

Mungkin ini adalah jalan terbaik
Memandangkan kau juga mahu bersendiri
Kau mungkin tidak lagi perlukan aku
Tak apa. Aku mengerti

Aku berharap kau akan berjumpa
Insan yang mampu membawa bahagia
Dan bukan duka seperti aku

Sampai sini sahaja hubungan kita
Hari ini , sekali lagi
Aku akan mengambil langkah pertama
Untuk berpaling dari kau

Selama tinggal , bekas sahabat
Semoga kau bahagia sentiasa
Maaf kerana aku telah berputus asa terhadap kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience