Derita Seorang Penagih

Poetry Completed 4544

Aku sering didatangi malam sepi
Menjadi insan yang tak disedar kewujudan
Itulah kepakaran aku.

Tangan yang menggeletar aku genggam erat
Mata yang merah ligat memerhati
Sedang tubuh yang menggigil
Dihamparkan diatas lantai dingin

Ketika semua sedang nyenyak dibuai mimpi
Disini aku menyelimuti tubuh yang menggigil
Hanya dengan sehelai kertas nipis
Dalam dunia ciptaan sendiri aku hanyut

Kerana dadah hidupku musnah
Hancur berkecai hingga tidak berupa
Dimata masyarakat aku dipandang hina
Dimata kenalan aku dianggap jijik

Satu persatu insan tersayang pergi
Meninggalkan aku terkapai-kapai sendiri
Keluarga , sahabat , semuanya hilang
Yang tinggal kini , hanyalah aku sendirian.

Pil Ecstasy aku telan bak gula-gula
Hanya kerana mahu lari dari realiti
Kerana sahabat , ketagihku tak berpenghujung
Pantang dicabar itulah silapku

Dengan payah aku usaha berhenti
Namun aku tetap saja dianggap sampah
Sesalku sudah tidak ada gunanya
Kini aku selesa berfantasi didunia sendiri

Aku , adalah remaja yang hanyut dibawa arus.
Dan ini , adalah kisahku
Sebagai manusia yang bergelar penagih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience