Get the app for full experience
Sampai satu masa aku akan berhenti
Berhenti dari berada disisi kau
Dan mula melangkah menjauhi kau
Aku manusia yang punya hati dan perasaan
Tak sanggup lagi aku dipijak-pijak
Manusia durjana seperti kau
Takkan pernah sedar akan silap mu
Aku sedar siapa aku
Mungkin aku tidak layak untuk berada disamping kau
Maaf aku terleka
Maaf , aku lewat untuk menyedarinya
Kerana aku terlalu sayang
Aku cuba terus bertahan
Berharap nantu kau kan berubah
Tapi hakikatnya , kau tidak pernah cuba berubah
Hari demi hari aku jalani bersama kau
Disetiap detik aku bertahan akan sikap mu
Akhirnya menjadi kan aku seperti ini
Aku pada hari ini adalah hasil dari layanan kau
Aku , manusia yang tidak berhati
Akibat didera oleh kau
Aku hilang persoliti ku
Aku hilang perasaan ku
Duhai manusia durjana
Dengarkan ini sayangku
Aku , menyesal kerana pernah melangkah ke arah mu
Aku menyesal kerana bertahan dan terus berada disamping kau
Hari ini telah tiba
Hari yang paling aku nantikan
Aku , akan berhenti dari terus melangkah ke arahmu.
Mulai hari ini , hiduplah dengan bahagia
Jangan kau cari aku lagi
Kerana aku tidak sebodoh dahulu
Yang sanggup menahan perit demi insan ysng aku cinta
Terima kasih atas jasa mu
Aku kini menjadi manusia tanpa perasaan
Terima kasih atas sangkar yang kau bina
Aku kini terperangkap buat selamanya.