Kamu

Poetry Completed 4544

Kamu itu jauh dari jarak pandang ku
Kamu itu kian hilang dialam relaiti ku
Namun dialam fantasi ku kamu tetap saja
Menetap bersama cebisan memori

Aku tak tahu entah apa yang aku rasakan
Adakah rindu ? Adakah benci ?
Atau persaan sayang yang masih pekat

Aku sendiri keliru akan segala kemungkinan
Tidak tertafsir rasa ini yang mana satu.
Semakin aku mencari jawapan yang pasti
Semakin jauh aku terjerumus dilembah lara

Melihat kamu yang pernah aku sayang
Perlahan-lahan berubah tanpa goncangan angin
Bicara mu yang manis kini tawar tanpa rasa
Sikap mu yang perihatin , kini lenyap tanpa kata

Kamu itu pernah membahagiakan hati ini
Kamu pernah berteduh lalu menetap dihati ini
Namun kini , aku sendiri tidak tahu
Apakah kamu masih sudi menetap dihati ini ?
Atau malah memilih untuk melangkah pergi ?

Jika ditanya tentang perasaan
Jujur aku buntu. Keliru tidak bertepian
Namun jika ditanya siapa yang masih difikirku
Jawapannya tetap saja kamu

Meski aku bukan lagi yang kau fikirkan
Meski aku bukan lagi yang kau inginkan
Meski aku , lenyap di alam realiti dan fantasi mu

Mungkin , hatimu telah mengusir aku pergi
Mungkin aku telah dipadam dari fikirmu
Dan mungkin , perasaan didetik bahagia kita berdua
Tidak lagi mampu kau rasakan.

Tidak sekali aku menyalahkan mu
Aku mengerti. Manusia itu tidak selamanya kekal
Manusia itu , juga berubah pendiriannya

Andai aku benar-benar kau usir dari hidup mu
Andai aku , tidak lagi kau mahu ketemu
Dan andai aku , tidak lagi bermakna buat mu
Katakan pada ku. Jelaskan pada aku.

Pasti nanti aku akan pergi dan tidak kembali
Tapi apa yang kau lakukan ?
Kau gantung aku tanpa tali
Kau biar hati ku perlahan-lahan berkecai

Kamu. kamu itu kejam
Namun , tetap saja kamu
Yang masih aku cinta.

Kamu yang dulu pernah mengukir senyum ku
Kini yang tinggal hanya lara.
Kamu. Benar-benar membuatkan aku
Keliru. Buntu. Lelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience