Get the app for full experience
Satu hari nanti , setiap satunya jasad dunia
Pasti , akan perlahan-lahan pudar
Dan akhirnya .., hilang dari radar.
Seiringan waktu yang berlalu pergi
Disini aku , perlahan-lahan merasa hilangnya
Diri ini. Personaliti ini.
Entahlah. Fikiran ku melayang tanpa arah
Hati ku berkecai tanpa darah.
Diri ku ? Seakan jasad tanpa jiwa.
Mungkin , ini tandanya
Aku , akan perlahan-lahan hilang.
Jauh , dari pandagan kanta mata mu.
Entahlah. Aku juga tak tahu.
Tapi yang pasti..
Aku memilih untuk hilang dalam sunyi
Agar , kamu berhenti tersakiti oleh ku.
Andai nanti masanya tiba..
Tolong sedar. Bahawa kamu ,
Setiap satunya yang pernah ku luang waktu
Tanpa mengira siang atau malam.
Setiap satunya yang pernah ku biar kau lihat air mata ku.
Adalah hadiah teristimewa yang pernah ku punya
Tolong tahu. Bahawa sesungguhya
Aku , sudah terlanjur mencinta kamu.
Manusia , yang sanggup ku gadai nyawa.
Bahagia selalu ya ! Kerna bahagia mu juga bahagia ku.