Gagalkah aku ?

Poetry Completed 4544

Layakkah aku digelar manusia ?
Ketika masa depan aku gadai dengan mudah
Hidup ku jalani bagai tiada hari esok
Segala yang haram aku langgar
Seakan-akan timbunan pahala menunggu didepan.

Gagalkah aku menjadi insan beragama Islam ?
Disaat segala dosa didepan mata
Aku biarkan seakan perkara biasa
Hanya kerna tak mahu hatinya terluka.

Perintah Allah dilanggar semua
Larangan Allah dibuat teliti
Satu persatu langkah kau ambil
Tanpa sedar diri tersasar jauh dari landasan

Apa aku sudah gagal membawa mu pulang ?
Apakah aku sudah gagal menarik tangan mu
Untuk berlari bersama aku pulang ke syurga ?
Gagalkah aku sebagai sahabat mu ?

Berkali-kali aku cuba , dan terus mencuba
Untuk menggenggam erat tangan mu
Namun tetap saja terlerai diakhir perjuangan.
Maafkan aku , kerna tak mampu membawa kau pulang.

Berkali-kali juga aku cuba
Mengejar mu dari belakang
Namun tak terdaya aku mengejar
Tak terdaya juga jasad mu aku tarik sekuat hati

Kerna apa ? Kerna aku bimbang
Aku tak mahu kau terluka didunia.
Tapi aku lupa bahawa bahagianya kamu didunia
Adalah deritanya kamu diakhirat nanti

Segala yang benar aku anggukan
Setiap yang salah aku tutup mata
Layakkah aku digelar sahabat mu ?
Gagalkah aku dalam membimbing tangan mu ?

Kerna dunia , adalah penjara
Buat mereka yang beriman
Dan di akhirat kelak , adalah penjara
Buat mereka yang hanyut didunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience