Bab 39

Fanfiction Completed 49058

JIKA perjumpaan Tao dan Ayuna berlaku unik dan penuh romantis seperti itu, pertemuan Chanyeol dan Hanna pula hebat juga. Ianya berlaku di luar dan berada di kerusi menunggu di luar. Pertemuan Chanyeol dan Hanna bermula...

P/S: pertemuan Chanyeol dan Hanna berlaku pada waktu dan masa yang sama dengan Tao dan Ayuna. Saya harap tiada kekeliruan semasa membaca sebab kisah ini ada dua pasangan. Jadi proses pertemuan itu agak payah untuk disampaikan. Ini sahaja cara untuk menunjukkan pertemuan itu nampak real dan cantik. Kalau ada sebarang kekeliruan, boleh beritahu kat komen. Sekian.

Menunggu Chanyeol keluar dari pesawat memang lama. Dia tiba tadi jam 9 setengah dan sekarang jam 10 pagi. Mana pula Chanyeol itu pergi? Rasa berdebarnya kurang sedikit kerana mahu memberitahu kata putus soal hubungan mereka itu. Sama ada kekal putus ataupun bersambung seperti dulu semula. Hanna mengeluh.

Beberapa minit kemudian...

"Jagiya..."

Hanna menoleh ke belakang dan tersenyum nipis melihat Chanyeol datang bersama bagasi. Tanpa disuruh, Chanyeol melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Hanna.

"Lama ke tunggu saya?" Tanya Chanyeol seraya membuka cermin mata hitamnya dan menyilangkan kaki. Jelas sekali mata Chanyeol sedikit bengkak kerana kurang tidur. Maklumlah, tadi semasa pesawat berlalu, ada sesuatu kejadian yang berlaku iaitu pelanggaran awan tebal yang mendung menyebabkan risikonya agak tinggi dan pesawat bergegar agak teruk walaupun ianya adalah pesawat boeing. Ketika itu Chanyeol seperti mahu mati sahaja. Tao yang sudah terlena memang tidak sedar apa yang berlaku. Jika tidak, pasti dia memberitahu Ayuna tadi.

"Lama sangat. Dari tahun lepas." Seloroh Hanna. "Awak tak cukup tidur ke? Teruk mata awak tu lebam." Hanna menyentuh mata Chanyeol yang lebam. Dia sebenarnya kekok tetapi dia buat seperti mereka bercinta dulu.

Chanrharu dengan keprihatinan Hanna lalu tangan Hanna dicapai dan digenggamnya perlahan. Senyuman diukir.

"Flight saya kena risiko sikit tadi. Termasuk awan tebal yang mendung. So, shaking dia agak teruk jugalah sampai saya tak boleh tidur dan asyik ingat mati je. Tapi nyawa saya masih panjang dan dapat jumpa awak lagi kat sini." Kata Chanyeol. Hanna agak terkejut mendengar cerita Chanyeol itu. Risiko? Awan tebal? Mendung?

"Bahayanya. Awak ni, next time ambillah flight boeing. Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?" Sedikit marah dengan Chanyeol. Paha Chanyeol ditepuknya perlahan. Belum bagitahu status hubungan mereka, tetapi gayanya dan macam getback semula pula. Nampak sangat yang Hanna terima Chanyeol kembali tetapi hanya memandang kasar. Mana tahu kalau Hanna masih lagi keras hati? Tak mustahilkan?

"Saya dah ambil pesawat boeinglah tu, sayang. Kalau terjadi apa-apa pada saya, saya tak ad..."

"Awak nak diam atau saya pergi dan takkan bagitahu apa status kita sekarang?" Pintas Hanna dan menekup mulut Chanyeol dengan tangannya. Chanyeol ketawa kecil.

"Tak payah bagitahu pun saya dah nampak dah sama ada awak nak kita macam dulu ke tidak. Okey-okey. Bagitahu apa yang awak nak bagitahu."Ujar Chanyeol sambil menongkatkan kepalanya dengan tangan. Matanya dalam merenung anak mata Hanna.

Hanna menarik nafas. "Saya tak nak..." perlahan dengan gelengan kepalanya. Chanyeol terkejut. Matanya membulat seperti rakannya di Los Angeles dahulu, Do Kyung Soo. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Hanna.

"Jadi awak tak naklah... kita macam dulu semula?" Tanya Chanyeol serius. Meminta kata putus. Tetapi dia ada rasa sedikit pelik, kenapa dalam waktu dan detik macam ni baru Hanna mahu mengaku. Dia lihat tadi, Hanna seperti mahu menerimanya semula buat kali kedua tetapi apabila Hanna berkata 'tak nak' dan menggeleng, hatinya remuk. Retak sehingga menjadi cebisan yang menjadi debu. Pecah menjadi serpihan yang tajam.

"Awak ni, dengarlah dulu saya cakap sampai habis!" Marah Hanna dan paha Chanyeol ditepuk lagi. Chanyeol agak kebingungan. Apa sebenarnya yang Hanna mahu sampaikan? Dia langsung tak faham.

"Tak... saya tak faham,"

"Chanyeol, sebenarnya saya nak cakap yang saya tak nak... hubungan kita macam..." digantung-gantung ayatnya itu supaya dapat nelihat wajah Chanyeol yang pelbagai reaksi. Dia suka memainkan lelaki itu kerana tampak comel sangat.

"Macam apa, Hanna? Janganlah buat saya tertanya-tanya." Ujar Chanyeol, marah pula dengan Hanna yang kelihatannya tidak serius. Hanna cuba menyembunyikan senyumanya dengan menarik nafas. Kali ini dia bercakap dengan betul tanpa gantung-gantung lagi.

"Chanyeol, saya tak nak hubungan kita macam dulu, sekarang atau kelmarin. Tapi saya nak hubungan kita yang baru. Kita mulakan hidup baru sekali lagi. Chanyeol, saya terima awak buat kali yang kedua. Saya harap, saya bagi peluang ni, awak dapat gunakannya baik-baik. Saya tak nak awak sia-siakan. Cinta saya bukan murah dan percuma. Cinta saya mahal dan tidak ternilai harganya. Saya pilih awak untuk jaga hati saya, sampailah saya mati nanti," luah Hanna dengan air mata yang berlinangan. Sedih ayat yang diatur itu keluar dari bibir. Sungguh dia katakan, dia kalah dengan ego sendiri. Cara Chanyeol, sikap Chanyeol, sifat dan tingkah laku itu nembuatkan dia cinta separuh mati dengan Chanyeol.

Chanyeol mendengar dengan senyuman yang melebar. Lebarnya seperti rasa cintanya terhadap Hanna. Tidak terkata dek mulut, betapa gembiranya dia sekarang ini. Macam nak dilambung-lambung sahaja Hanna ke udara meraikan cinta mereka.

"Hanna, terima kasih. Terima kasih sebab bagi hati awak pada saya. Saya, Park Chanyeol, berjanji dengan diri saya sendiri akan menjaga Choi Hanna sepenuh dan sekuat kudrat saya sampai saya mati. Andai kata saya mati dahulu sebelum awak, saya akan serahkan hati awak semula dan awak berhak bagi kepada orang lain. Sumpah atas nama cinta."

DUM!!! Serentak dengan itu, hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Incheon ini. Ramai yang menyaksikan sumpah dan janji Chanyeol itu sambil bertepuk tangan. Hanna dan Chanyeol kehujanan. Mereka saling berpandangan dengan mata yang turut menurunkan 'hujan' dek pengakuan masing-masing.

"Chanyeol oppa, sarangheayo..." Hanna berucap dan memeluk Chanyeol seeratnya. Chanyeol juga sama membalas pelukan itu dan berkata,

"Sarangheayo, jagiya..." kata Chanyeol sebelum dahi Hanna dikucupnya perlahan.

Lama mereka begitu sebelum satu pasangan lagi tiba tetapi tidak bersama. Tao di hadapan manakala Ayuna di belakang. Chanyeol melepaskan pelukan dan membuat isyarat mata kepada Tao. Tao mengangguk dan mengarahkan Ayuna duduk di sebelah Hanna. Chanyeol bangun.

"Emmm.. semua! Mari sini!" Panggil Tao dan Chanyeol kepada orang ramai yang berteduh dari terkena hujan. Hanna, Ayuna, Tao dan Chanyeol sudah lencun. Orang-orang ramai tersebut mengerumuni mereka berempat. Ayuna dan Hanna berpandangan sesama sendiri tanda pelik. Apa semua ni? Langsung tidak faham.

"Baiklah. Saya panggil awak semua supaya menyaksikan dan menjadi saksi pada benda ni," Tao bersuara dan sesekali meraup wajahnya. Semua orang yang berpayung di situ menganggukkan kepala tanda setuju. Teruja mahu melihat apa yang jadi.

Tao dan Chanyeol saling berpandangan dan mengangguk serta tersenyum. Hanna dan Ayuna semakin tidak faham.

Apabila bebola matanya menangkap Tao dan Chanyeol melutut di hadapan mereka secara serentak, hati mereka terdetik sesuatu. Jantung terus sahaja berdegup kencang tatkala Tao dan Chanyeol mengeluarkan bekas cincin berwarna merah hati dan menunjukkan sebentuk cincin. Cincin yang Tao pegang berwarna putih kerana ianya emas putih yang dibeli di LA. Ada banyak butir berlian kecil dikeliling cincin tersebut dan ada sebutir berlian bertahkta di atasnya. Cincin yang Chanyeol pegang pula berwarna putih, mempunyai berlian sederhana di tengahnya dan yang paling penting, ada perkataan 'HannaxChanyeol' di keliling cincin tersebut. Ianya dibeli di LA.

"Tao,"

"Chanyeol,"

Sama-sama terharu. Ketika itu guruh pun kuat dan hujan lebat. Sama seperti tangisan mereka berdua tanda terharu. Tao dan Chanyeol ketawa sebelum berkata,

"Ayuna," Tao menyebut.

"Hanna," Chanyeol menyambut.

"Will you marry me and always be my couple, wife, and partner? Forever?" Serentak ayat lamaran itu dilafazkan. Ayuna ternganga dan Hanna terkejut. Langsung tidak boleh bagi respon sebelum orang ramai yang menjadi saksi lamaran itu menepuk tangan supaya terima.

"Terima!"

"Terima sahaja!"

"Terima jelah!"

"Yes! I will!"

Macam-macam jenis jawapan yang keluar dari orang-orang tersebut. Ayuna dan Hanna menarik nafas dan menyebut.

"Yes, I will..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience