Bab 23

Fanfiction Completed 49058

WAJAH kehampaan memang tidak boleh ditutup lagi. Wajah kekecewaan turut terserlah pada wajah Ayuna. Penat dia dan Hanna ke sini untuk menemui si pengarang jantung, tetapi apabila kaki mencecah pada lantai lapangan terbang, tiada satu jasad manusia pun yang membolehkan dia memeluknya. Siapa tak kecewa? Siapa tak menangis?

"Dah berlepas ke, Yuna?" Soal Hanna gelisah. Kalau diperhatikan, tangannya sedikit menggigil kerana lupa untuk menyarungkan baju sejuk sebelum keluar tadi. Kelam-kabut bimbang Chanyeol sudah berlepas ke Los Angeles punya pasal, inilah yang jadinya.

"A... aku tak tahu. Tadi aku macam ada ternampak. Aku panggil, tapi..." Ayuna mengeluh. Terduduk dia di sebelah begnya yang berisi baju-baju yang cukup untuk dua hari itu. Fikirnya, sebelum dia pergi ke Jepun, dia mahu menemui Tao dahulu. Sebab itulah dia dan Hanna membawa beg-beg sekali. Tetapi boleh ini pula yang jadi. Penerbangannya akan bermula setengah jam lagi pula tu. Macam mana nak buat?

"Ayuna, jom check kat kaunter." Pinta Hanna. Tangan Ayuna ditarik perlahan.

Ayuna mengeluh berat. Wajah Hanna dipandang sekilas sebelum dia tersenyum sinis. Senyum dalam kesedihan.

"Kau nak check apa lagi? Cuba kau tengok kat sana tu." Arah Ayuna sambil meluruskan tangannya tepat pada sebuah skrin besar yang memaparkan jadual-jadual penerbangan serta kapal terbang yang akan mereka naiki nanti.

Kepala Hanna tertoleh di tempat yang sama.

LOKASI: LOS ANGELES
MASA: 5 P.M.
PESAWAT: ............
STATUS: SUDAH BERLEPAS 5 MINIT YANG LALU

"Pukul 5 tadi?!" Hanna menyoal dengan suara yang agak tinggi menyebabkan segelintir orang-orang yang dekat dengannya memandang hairan.

Hanna hanya buat pandang tidak pandang dan kembali kepada soalannya tadi.

"Ayuna sshi!"

Ayuna menganggukkan keplanya berkali-kali. "Ya. Kita lewat 5 minit." Kata Ayuna lemah. Kaki disilangkan. Kepala yang bertenggek cap bertulis AYUNNA ditanggalkan. Terlihat keperangan rambutnya yang sedikit beralun itu. Hampa dan sudah berputus asa. Kalau dia mendail nombor Tao sekarang, bukan boleh pun. Buang masa je.

"Kenapa tak nak tunggu??" Keluh Hanna lalu dihempaskan punggungnya di sebelah Ayuna pada kerusi besi yang disediakan di sana. Kecewa sedikit dengan Chanyeol. Kalau betul Chanyeol mahukan dia ke sini, pasti Chanyeol akan menunggu dan terus menunggu. Barulah boleh dibanggakan. Tapi ini bukan salah Chanyeol seorang. Salah dia, dan kesalahan paling besar, salah pengganti Chanyeol dan Tao itu. Baginya, pengganti itu agak mengada-ngada dan sesuka hati mahu menyuruh pengetua untuk memajukan masa penerbangan mereka. Sudah elok-elok mereka akan berlepas jam 6 petang, tiba-tiba dipercepatkan lagi pada pukul 5:30 petang? Siapa tak panas? Fikir dia dan Ayuna tu siapa?! Sesuka hati diarah-arahkan. Tu belum tahu lagi apa motif si pengganti tu menyuruh mereka berdua membawa bekalan baju selama dua hari nanti. Apa masalah mereka entah menyuruhnya membawa baju segala. Nampak sangat 'kegedikan' pengganti itu. Belum nampak dah tahu.

Kring! Kring!

Hanna mencari-cari iPhone5snya yang berbunyi menandakan ada SMS masuk.

"Hanna, aku nak ke sana kejap. Kau nak apa-apa ke?" Tegur Ayuna yang sudah berdiri itu. Hanna mendongak. Wajah kemerah-merahan Ayuna dipandang.

"Emm.. nak hot chocolate."

Tanpa memberikan apa-apa jawapan, Ayuna berlalu. Matanya yang banyak menakung air mata dilindung dengan cermin mata hitam. Hidungnya yang merah dilap perlahan. Dia menangis kerana satu hal. Satu perkara yang baru dia terima tadi. Sabarlah wahai hati...

Hanna hanya diam memandang sikap Ayuna yang berubah itu. Dia tahu Ayuna sedang melayan perasaannya. Ditambah pula dengan earphone di telinga yang mendendangkan lagu-lagu sedih. Mahunya air mata tak mengalir?

Kring! Kring!

Hanna melihat telefon di tangan. SMS daripada LINE. Dia membukanya dan melihat siapakah gerangan yang menghantar mesej tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila yang menghantar SMS itu ialah...

"Chan... yeol?" Matanya terbuntang luas membaca dua teks yang tertera pada skrin telefonnya. SMS itu berbunyi...

Jaga diri masa saya tak ada kat Korea. Jaga makan minum awak juga. Jangan sampai kena penyakit. Kalau awak sakit, saya pun akan sakit juga. Jadi jangan seksa saya selama saya ada kat LA nanti.
-Chanyeol-

Sebelum saya nak berlepas, maafkan saya kalau saya ada buat silap dengan awak. Maafkan semua salah-salah saya. Katalah kalau flight saya ada masalah, tak pun terhempas di mana-mana, saya dah minta maaf dengan awak. Jadi, tak perlulah awak menangis masa baca teks saya ni nanti. Hanna, saya nak bagitahu yang saya cintakan awak lebih daripada apa yang ada kat dunia ni. Saya harap awak dapat jaga dan simpan hati awak sampai saya balik nanti. I love you, jagiya...
-Chanyeol-

Serentak dengan itu, bibirnya mengeluarkan esak yang sungguh pilu. Sehingga membuatkan orang-orang lain melihatnya dengan perasaan yang pelik. Dia menekup mulutnya dengan tangan apabila esakannya kedengaran agak kuat. Telefonnya dicampak masuk ke dalam beg tangan. Dia tidak mahu melihat mahupun membaca lagi teks daripada Chanyeol itu. Sedih datang menjelma. Rindu pun tiba-tiba boleh datang. Itu semua gara-gara tidak dapat menjumpai Chanyeol buat kali yang terakhir. Baru dia dapat meneka mengapa wajah Ayuna sedikit kemerah-merahan tadi. Dia yakin, Tao juga ada menghantar teks sama seperti Chanyeol. Telefon Ayuna yang berada di atas beg tangan gadis itu dicapai. Kebetulan telefon itu sedang menyala. Cepat-celat dia membuka aplikask LINE. Kalau dibiarkan skrin itu mati, kod keselamatan yang Ayuna letak, dia tidak tahu. Baik dia baca teks Tao cepat-cepat sebelum Ayuna sampai.

"Omo!" Hanna terkejut. Dia serba salah mahu membuka SMS yang berbentuk pesanan suara audio itu. Nampak sedikit panjang kerana berdurasi 10 saat. Bila dilihat masa dan tarikh, nampak sangat baru. Cuma sedikit awal daripada tek yang Chanyeol hantar tadi. Kalau dia buka, agak-agak Ayuna marah ke tidak ya?

Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, disentuh juga petak kecil itu dan dia mendengar apa yang Tao cakap kepadanya.

"Saya nak marah pada awalnya sebab saya kecil hati dengan awak. Yelah, mula-mula awak cakap nak hantar saya. Tapi awak kena ke Japan pula. Tapi bila saya fikirkan balik, awak kena ke Japan tu adalah satu tugas yang awak kena laksanakan. Takkan awak nak hantar saya ke airport sedangkan ada benda lain yang awak kena buat? Saya faham, Ayuna. Kalau saya dengan awak tidak ditakdirkan bersama, saya terima. Tapi saya harap kita masih boleh berkawan lagi. Itupun kalau saya selamat pergi dan balik. Yelah, naik kapal terbang risikonya tinggi. Jaga diri awak masa naik flight nanti ya? Tak mustahil kalau...kalau kita sama-sama ada masalah masa naik flight nanti. Kalau kita tak dapat buat apa-apa bersama-sama, at least kita mati bersama dalam waktu dan lokasi yang berbeza. Jaga makan minum. Kalau awak masih rasa saya milik awak dan awak tu masih saya punya, saya minta tolong pada awak, awak jagalah hati awak tu daripada dicuri orang lain. You're be mine. Everyday, ever after. Ayuna, sarangheayo..."

"Hanna! Kau buat apa?!" Sergah Ayuna pantas. Hanna terkejut. Nasib tak terlepas telefon rakannya itu dari tangan. Kalau tidak... habislah.

"Kau dengar dulu aku nak cakap apa."

"Kenapa kau buka audio tu?" Keluh Ayuna perlahan. Walaupun marah, tetapi marahnya tidaklah sampai tahap lempang-melempang. Tampar-menampar. Marah biasa-biasa je. Ketika dia menyoal pun lembut sahaja. Cuma sergah tadi je yang kuat sehingga membuatkan Hanna sedikit terkejut.

"Tak. Aku cuma... cuma..." Hanna tidak dapat nak teruskan ayat penjelasannya itu. Payah untuk dia menjelaskan perkara yang sebenar.

"Chanyeol ada hantar teks kat LINE ke?" Soal Ayuna terus-terang. Dia tahu Hanna mahu menyampaikan berita itu tetapi susah mahu memberitahu. Sambil menanti jawapan daripada Hanna, punggungnya dilabuhkan ditempatnya tadi. Air coklat panas yang dipesan oleh Hanna dihulurkan kepada gadis itu.

"Haah. Mana kau tahu?"

"Hanna, kita kenal diorang memang tak sampai sebulan. Apa yang diorang buat, mesti sama-sama tanpa diorang sedar. Cuma tarikh, dengan masa je lain-lain. Ni namanya kebetulan. Diorang tak pakat nak hantar teks sama-sama. Pendapat aku macam tu. Tak tahulah kalau kau." Ujar Ayuna tenang. Cermin mata hitamnya ditanggalkan. Jelas sekali ada bekas air mata pada pipinya. Dengar audio yang Tao bagi punya pasallah! Sudahlah suara lelaki itu jika bercakap dengannya lembut, mendayu dan penuh perasaan. Bila situasinya begini, air mata memang menjadi peneman setiap masalah jawabnya.

"Aku benci headmaster."

Ayuna mengerutkan dahi. Dah kenapa pula? Sesekali telinganya tajam mendengar arahan-arahan yang bergema datangnya dari speaker yang dipasang beberapa tempat di lapangan terbang tersebut.

"Dah kenapa?" Ayuna yang masih lagi tidak faham apa yang Hanna mahu sampaikan menyoal.

"Yelah. Disebabkan headmaster, kita tak sempat. Kelam-kabut macam ni. Dah tu pengganti oppa tu satu hal! Yang menyibuk suruh headmaster majukan jadual kita apa pasal?! Jahat betullah!" Rungut Hanna geram. Kakinya yang bersarung kasut tetapi bertumit tinggi itu dihentak-hentak pada lantai. Rasa sedih tu masih ada tapi kurang sikitlah sebab sudah diganti dengan amarah yang menyirap satu badan.

"Ha! Tu yang aku pelik tu. Mesti ada udang di sebalik batu."

"Kau rasa apa dia?"

"Entah. Mungkin..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience