Bab 6

Fanfiction Completed 49058

SEGALA apa yang berada di dalam bilik latihan menari itu dibersihkannya. Hari ini merupakan hari pertama Kim Ayuna dan Choi Hanna menjalani praktikal. Semalam, dia baru sahaja mendengar taklimat daripada senior-senior mereka mengenai tugas-tugas yang perlu mereka lakukan sepanjang praktikal ini.

Tidaklah sesukar mana tugas itu. Hanya ikut jadual kelas-kelas yang diberikan sahaja. Tiada jawab soalan atas kertas seperti dulu lagi. Cuma yang membezakannya hanyalah, Kim Ayuna dibawah pengawasan Tao manakala Choi Hanna dibawah pengawasan Chanyeol. Kini, Kim Ayuna sedang menunggu pelajar-pelajarnya masuk ke dalam kelas. Tao pula sibuk memanaskan badan sebelum kelas bermula nanti.

"Ayuna," panggil Tao yang sibuk memanaskan badannya itu.

"Hmm..." rambutnya yang berwarna perang itu diikat tinggi sambil kakinya diatur menuju ke arah Tao.

"Awak busy tak lepas class ni?" Tanya Tao. Sesekali kepalanya menoleh ke arah Kim Ayuna yang turut memanaskan badan di sebelahnya. Wangian yang melekat pada tubuh Kim Ayuna mengundang senyum pada bibir. Dia suka bau minyak wangi Kim Ayuna. Sesuai dengan cita rasanya. Tetapi dia kini memakai minyak wangi lelaki. Jadi lebih macholah.

"Hmm... tak kut. Kenapa?" Soal Kim Ayuna hairan.

"Temankan saya pergi beli barang untuk hias dewan nanti. Boleh?"

"Boleh tu boleh. Tapi... hias dewan untuk apa?" Ini yang best ni. Membuli Tao dengan soalan-soalan yang boleh mengundang rasa geram di dalam hati lelaki itu. Ingat lagi semalam ketika sesi taklimat habis, ketika itu Choi Hanna dengan Chanyeol sudah lesap entah ke mana. Kim Ayuna menanya lagi apa yang sudah diberitahu oleh Tao. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Sehingga mengundang rungut dalam diri Tao. Habis satu bilik latihan mereka berkejar-kejaran. Tu baru kali pertama berjumpa, dah macam tu. Lagi kalau dah berbulan-bulan nanti.

"Ha, mulalah tu." Tao menjeling tajam. Kim Ayuna menunjukkan tanda peace dan membuat muka comel ke arah Tao.

"Tanya je kan? Jawablah! Nak buat apa?!" Pinta Kim Ayuna lagi sambil menghentak-hentakkan kakinya ke lantai. Tao yang melihat gelagatnya tergelak kecil. Macam budak-budak. Tapi cute, pujinya dalam diam.

"Majlis perpisahan Profesor Jung Ah Min. That's why saya nak hias dewan tu. Biar jadi cantik." Tao menjawab juga. Dia melihat Kim Ayuna menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia berharap Kim Ayuna bertanya lagi dan lagi kerana dia mahu melakukan sesuatu yang dia sangat pasti, Kim Ayuna tidak terfikir langsung.

"Bila?" Soal Kim Ayuna.

"Entah. Next month kut."

"Pukul berapa?" Tanya lagi. Sengaja sebenarnya. Bukan dia nak tahu sangat pun. Sengaja mahu melihat apa tindakan Tao. Adakah Tao akan mengejarnyanya seperti semalam? Ataupun...

"I... don't... know..." Jawab Tao. Dia mula mengatur langkah menuju ke arah Kim Ayuna. Kalau Kim Ayuna menanya lagi dua soalan, dia mahu bertindak apa yang dirancang di dalam kepala otak ini.

"Kenapa dekat?" Kim Ayuna mengundur setapak demi setapak ke belakang. Dah kenapa pula ni? Aduh, janganlah yang bukan-bukan.

"Why? Takut?"

"Mana ada! Dah tak tan..."

"Stop asking. Or I will..."

"Will what?!"

"Kiss you..."

Gulp! Dah kenapa pula dengan mamat ni? Tubuhnya kini berada di dinding. Tangan Tao memagari tubuhnya daripada melarikan diri. Ketika Tao menuturkan ayat terakhirnya tadi, suaranya amat romantik dan berbisik sekali. Boleh menggugatkan hati Kim Ayuna ketika ini.

"Eee... dah kena rasuk apa awak ni? Sewel eh?" Kim Ayuna menolak tubuh Tao yang berada begitu dekat dengannya.

"Yup. Sewel dengan pertanyaan awak yang mengundang..." ujar Tao dan dalam masa yang sama, wajahnya semakin di dekatkan dan dekat. Hampir sahaja hidung mereka berlaga tetapi belum berlaga lagi.

Kim Ayuna panasaran. Kalau terus dibiarkan Tao berbuat begitu kepadanya, silap haribulan ada 'kapal terbang' mendarat pula. Itu yang tak nak tu!

"Tao yah..." tubuh Tao ditolak perlahan. Nak kuat-kuat pun dah tak boleh sebab dah terlalu dekat sangat. Menyesal betul sebab tidak menolak tubuh tegap itu dari awal lagi. Kalau tolak dari awal tadi, pasti senang. Ni dah tak boleh dah. Hei...

"What?" Masih lagi dalam keadaan yang sama. Dia memandang wajah Kim Ayuna yang sudah berpeluh sakan itu. Penghawa dingin bukan main kuat, tapi berpeluh juga. Nak tergelak rasanya perut ini.

"Please let me go."

"I don't want."

"I said, let me go!"

"Stop talking or I will..." selepas menuturkan ayat itu, Tao semakin berani. Kim Ayuna memang perasan akan hal itu, dengan sedaya kudrat yang dia ada, ditolaknya tubuh Tao yang tidak bersedia itu. Akhirnya dia terlepas juga daripada keadaan yang boleh dikatakan romantik paksaan itu.

"Uuuu... Tao oppa dengan Yuna noona berasmara...! Uuuu...!!!" Sorak sekumpulan pelajar yang sudah pun tiba lagi tadi. Cuma mereka tidak masuk kerana melihat scan-scan romantic antara Kim Ayuna dan Tao tadi. Rasa rugi pula tidak melihat setiap satu babak yang terpamer percuma dihadapan mata. Kalai diikutkan, belum cukup umur tu.

Kim Ayuna dan Tao saling berpandangan. Oh my! Apa yang dah jadi ni?! Ke semua pelajar seramai 30 orang itu melihat adegan romantik paksaan mereka tadi?! OMG!!!

"Kenapa lewat?! Tahu tak dah pukul berapa ni?" Tao mula menukar topik sekali gus menyelamatkan keadaan yang hampir terjunam ke dalam jurang. Bukan sengaja dia bertindak sebegitu tadi, cuma niat dia hanya bergurau sahaja. Dan... cuba merapatkan hubungan diantara mereka berdua. Kim Ayuna pun keihatannya tidak marah. Cuma geram sahaja dengan tindakannya tadi.

Lihat? Baru dua hari berjumpa, gurau dan cara percakapan mereka tadi bukan setakat seperti sudah lama berkenalan, tetapi seperti sudah lama menjalinkan hubungan.

"Tao oppa nak tukar top..."

"I said shut up, right? Or I will..."

"Kiss youuu...."

Tao memegang kepala, Kim Ayuna mengeluh berat. Apa sudah jadi ni, Tao, Kim Ayuna???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience