Bab 21

Fanfiction Completed 49058

"SILA beri tepukan kepada Prof. Jung yang sudah banyak mencurahkan ilmu kepada kita. Tidak lupa juga kepada dua pelatih kita, Huang Zi Tao dan Park Chanyeol. Mereka akan berpindah ke Los Angeles kerana perkhidmatannya sebagai pelatih penari yang bagus amat diperlukan di sana. Sebab itulah pihak LA meminta dan memohon dua pelatih ini ke sana. Saya rasa satu U dapat merasakan kehilangan dua pelatih ini. Jasa mereka di sini memang kami kenang." Pengacara majlis, Prof. Gabriella berhenti bercakap kerana tidak dapat menahan dengan sebak di dada. Memang benar apa yang dia maksudkan tadi. Seluruh pelajar-pelajar dan tenaga-tenaga mengajar termasuklah pelajar-pelajar praktikal semalam menitiskan air mata kerana mengadakan raptai untuk majlis ini untuk kali yang terakhir. Apa yang dia perasan semalam, dua gadis yang selalu bersama dengan Tao dan Chanyeol tiada. Tercari-cari juga dia dimanakah perginya gadis-gadis itu tetapi tidak sempat mahu menanya kerana terlalu sibuk semalam. Kalau melihat hari ini, nampaknya ada dua orang itu. Tetapi jauh di hujung penjuru dewan yang cantik dihias ini. Siaa sangka? Tao dan Chanyeol menghias dewan ini untuk majlis perpisahannya sendiri. Itu yang paling memilukan. Cantik dekorasi dewan ini. Penuh dengan cita rasa orang ramai tapi itulah... berita tak disangka-sangkan? Nak buat macam mana lagi?

"Baiklah maafkan saya. Kesedihan saya memang tak dapat saya bendungkan. Sebum saya terlupa, kita ada pengganti kepada dua orang pelatih kita yang akan berpindah tu tapi sayangnya saya masih lagi tertanya-tanya siapa dua lelaki itu. Baiklah, bagi mengakhiri majlis, ke semua pelajar dikehendaki memberikan kata akhir kepada tiga orang teraju tenaga kita sebelum Tao dan Chanyeol ke lapangan terbang."

NAFAS dihela berkali-kali untuk menenangkan diri sendiri. Lagi tadi dia tercari-cari Hanna dibarisan pelajar yang panjang untuk menemuinya ini sebelum dia ke lapangan terbang nanti. Ini sudah hampir di penghujung, kelibatnya langsung tiada. Bukan Hanna sorang, Ayuna pun ikut tak ada. Hati Chanyeol dan Tao sedikit hampa.

"Oppa,"

Tao dan Chanyeol tersenyum melihat dua orang gadis setahun lebih muda daripada Ayuna dan Hanna. Siapa lagi kalau bukan Suzy dan Hyuna. Dulu, gadis itu terkenal dengan geng queenkanya. Kini, sejak mereka berdua dipinggirkan dan dikulikan oleh Hyorin, mereka terkenal dengan assigment yang baik dan cemerlang pula. Tao dan Chanyeol benar-benar tidak sangka. Yelah, setiap manusia boleh berubah mengikut kepercayaan dan motivasi diri. Betul tak?

"Ya. Apa khabar? Sihat adik-adik oppa ni?" Ramah Chanyeol berbahasa. Tao dan Suzy berbalas senyuman. Ketika Suzy bergeng dengan Hyorin dulu, Suzy benar-benar berminat dengan Tao sehingga pernah bertekak dengan Ji Yeon. Tao tahu Suzy dan Ji Yeon menyukainya ketika ada gosip-gosip mengatakan yang Ji Yeon menulis namanya di dalam buku diari. Suzy pula ketika gadis itu terlepas cakap dengan Chanyeol dan kebetulan dia berada di situ. Jadi dari situlah Tao tahu yang Ji Yeon dan Suzy menyukainya. Itu belum tahu cerita Chanyeol lagi bagaimana Hyuna dan Tiffany bertepuk tampar dulu? Tetapi sekarang Suzy sudah menganggap Tao itu seperti abang kandungnya sendiri.

"Sihat. By the way, ni hadiah untuk Tao oppa dengan Chanyeol oppa. Hope, oppa suka dengan hadiah yang tak seberapa ni." Hyuna mengeluarkan dua kotak bersaiz sederhana besar dan dihulurkan kepada dua lelaki kacak ini. Satu untuk Tao dan satu lagi untuk lelaki yang diminatinya. Ketika dia menyukai Chanyeol dahulu, tiada sesiapa yang tahu. Sejak telefon bimbitnya diambil oleh Tiffany tanpa kebenarannya dahulu, habis rahsianya terbongkar kerana dia meletakkan gambar Chanyeol menjadi kertas dindingnya. Sejak dari situlah Hyuna tahu yang Tiffany juga turut menyukai Chanyeol. Hampir sahaja kes mereka bertepuk tampar itu melibatkan polis kerana lengan Tiffany luka dan lebam. Bukan salahnya. Salah gadis itu sendiri kerana tersandung benda dan menyebabkan tubuhnya luka. Mujur ketika itu hanya Prof. Gary dan Prof. Haha sahaja yang tahu. Kena marah juga tu. Kalau tidak... huh!

"Gomawo... boleh oppa buka kat sini?" Senda Chanyeol sambil membuat wajah kacaknya di hadapan Hyuna. Hati Hyuna sedikit tergugat melihat wajah tersenyum Chanyeol tetapi dia menasihati hatinya supaya menganggap Chanyeol itu seperti abangnya sendiri. Sama seperti Suzy menganggap Tao seperti abang kandungnya juga.

"Eh, janganlah. Tak surprise nanti!" Halang Hyuna kelam-kabut. Suzy juga turut sama kelam-kabut apabila tangan Tao sudah mula mengoyakkan bungkusan yang bersampul hadiah hati itu. Nampak comel je bila tengok. Sama seperti Suzy yang masih lagi bawah ini.

"Oppa acah je. Kenapa nak halang oppa sampai macam tu sekali? Ni mesti ada benda ni?" Tao mengecilkan matanya sambil mengoncang-goncang kotak sederhana kecil itu. Dia memandang Suzy dengan wajah 'baby'nya membuatkan Suzy agak segan.

Hyuna tersenyum memandang Tao dan Chanyeol. "Oppa tengoklah kat rumah nanti. Kitorang nak kena pergi ni. Nanti siapa yang hantar oppa ke airport?" Tanya Hyuna.

"Student-student praktikal oppa yang dua orang tu lah. Korang ada nampak tak kat mana diorang? Lagi tadi oppa cari, tapi tak jumpa-jumpa." Chanyeol menanya tanpa menapis sehingga mengundang curiga di dalam hati Hyuna. Dari awal lagi Hyuna agak curiga dengan hubungan Chanyeol dan Hanna. Keakraban mereka seakan-akan seperti pasangan kekasih yang sedang menyulam cinta. Yelah, di mana ada Hanna, di situ ada Chanyeol. Di mana ada Chanyeol, di situ ada Hanna. Siapa tak curiga?

"Entah. Kitorang pun tengah cari Yuna Unnie sebab Pengetua Lee Kwang Soo nak jumpa sebelum dia pergi ke luar negara tu. Entah apa yang pengetua nak cakap." Kata Suzy dan membuatkan Tao agak pelik. Ada apa pengetua nak jumpa Ayuna pula? Nak apa? Ada apa? Hal apa? Ha, ni yang nak kena siasat ni! Manalah tahu Ayuna kena pergi ke sana sekali dengannya. Alangkah bahagianya hidup ni!

"Hanna?" Chanyeol menanya pula.

"Ha tu lah pasal! Kitorang pun nak cari Hanna Unnie juga ni sebab kalau pengetua panggil Yuna Unnie, Hanna Unnie mesti ada sekali. Betulkan? Macam oppalah. Mana ada unnie, mesti ada oppa." Hyuna menokok tambah pula. Chanyeol dan Tao tersenyum mendengar Hyuna berkata begitu. Apa betul mereka seperti itu? Macam tak percaya pula. Tapi bila difikirkan kembali, Ayuna dan Hanna tak sampai sebulan di sini. Nampak sangat ke yang mereka berdua menyukai dua gadis itu?

"Hyuna sshi! Suzy sshi! Prof. Yoo panggil ni!" Seru satu suara seorang lelaki yang sebaya dengan Hyuna dan Suzy. Mungkin itu kawan mereka berdua. Hyuna dan Suzy menganggukkan kepala dan menunjukkan telapak tangan mereka. Tandanya, 'sekejap'.

"Oppa, kitorang nak jumpa Prof. Yoo kejaplah. Nanti kalau kitorang dah jumpa kekasih awal dan akhir oppa tu, kitorang call. Okey, anyeong, oppa! Good luck for your next job! Saranghae!" Bermacam-macam pesanan yang Hyuna dan Suzy ajukan sebelum mereka lari mencicit untuk berjumpa dengan Prof. Yoo. Chanyeol dan Tao tersenyum melihat gelagat dua gadisi itu berlari anak ke arah rakan yang memanggilnya tadi.

Keliling ditengok. Pelajar semakin beransur-ansur pulih. Hadiah pula? Tidak pulih-pulih. Ada je yang datang sampai sudah penuh kotak yang diberi oleh pihak dewan tadi. Bengang juga Tao dan Chanyeol dibuatnya.

"Flight kita pukul berapa?" Tanya Tao sambil mengemas-ngemas apa yang patut masuk ke dalam keretanya setelah majlis tamat tadi. Mereka sudah pun menyuruh beberapa orang pelajar untuk memasukkan hadiah-hadiah ke dalam kereta sementara menunggu si jantung hati menghantar mereka ke lapangan terbang. Masalahnya, satu kelibat pun tak ada. Baik Ayuna mahupun Hanna. Langsung tak ada.

"Erm... dua jam dari sekarang. Sempat kut kalau..."

"Oppa!"

Tao dan Chanyeol menoleh ke arah suara yang memanggil itu.

"Ada apa, Hyuna, Suzy?" Soal Chanyeol. Hyuna dan Suzy yang kelihatan sedikit berpeluh dan termengah-mengah itu dipandangnya atas bawah.

"Yuna Unnie dengan Hanna Unnie pesan dekat kitorang yang diorang tak dapat nak hantar oppa ke airport. Pengetua suruh diorang ke Jepun petang ni juga. Pengganti oppa tu ada kat sana." Beritahu Hyuna panjang lebar. Suzy menganggukkan kepala bagi menyakinkan lagi kenyataan itu. Wajah Tao dan Chanyeol mula berubah. Pengganti oppa?!

"Lelaki ke perempuan yang jadi pengganti oppa tu?" Tanya Tao. Ni yang jealous ni!

"Entah. Dengar-dengar macam lelaki." Suzy yang tidak tahu apa-apa memberitahu. Hyuna yang tidak mahu Tao dan Chanyeol risau tentang Ayuna dan Hanna mencubit kecil lengan Suzy yang tidak berpakaian itu. Orang dah warning awal-awal, dia cakap juga. Sengal betullah dia ni!

"Auch! Sakitlah!" Suzy mengaduh tetapi Tao dan Chanyeol langsung tidak perasan. Mungkin mendengar apa yang Hyuna beritahu tadi punya pasal. Tapi kalau Hyuna dan Suzy berada di tempat dua jejaka ini, pasti merasa benda yang sama juga.

"Emm... oppa. Kitorang nak kena masuk kelas dulu ni. Nanti Prof. Yoo marah. Kalau ada apa-apa yang oppa nak tanya, boleh call kami." Pesan Hyuna tetapi langsung tiada sambutan daripada Tao dan Chanyeol. Lagi tadi asyik termenung sahaja. Tao dilihat seakan-akan tidak nampak sesiapa di hadapan matanya apabila lelaki kacak itu terus sahaja pergi begitu sahaja dengan telefon ditekupkan ke telinga. Suzy dan Hyuna sudah tidak mampu mahu berkata apa lagi apabila Chanyeol juga berkelakuan hal yang sama. Tinggal mereka berdua sahaja di situ.

"Kaulah ni! Yang bagitahu pengganti oppa tu lelaki kenapa?!" Marah Hyuna sambil menampar kuat bahu Suzy. Suzy yang lagi tadi menahan kesakitan membalas kembali.

"Apa pulak aku? Aku mana tahu! Kau pun satu. Tak bagitahu aku awal-awal." Marah Suzy kembali. Dia tidak diberitahu apa-apa pun. Tiba-tiba je kena pijak. Kalau perlahan tak apa, ni kuat nak mampus!

"Alah kalau aku tak bagitahu pun, kau fahamkan? Macam kau tak tahu yang oppa dengan unnie couple." Hyuna tidak mahu mengalah. Dia akan membalas selagi boleh dibalas.

"Mana kau tahu oppa dengan unnie couple?!"

"Kau ni kan! Ada je jawapannya tu. Dah jom. Nanti Prof. Yoo Jea Suk kesayangan kau tu marah." Tangan Suzy ditarik dan pergi meninggalkan Tao dan Chanyeol yang sudah pun bersiap sedia dengan kereta masing-masing. Sebenarnya mereka agak terkilan dengan berita yang baru disampaikan oleh Hyuna dan Suzy tadi. Kenapa Ayuna dan Hanna pergi ke Jepun pula sedangkan mereka yang perlu dihantar ke lapangan terbang ini tidak dipedulikan? Siapa tak sakit hati?

"Aku yang dah nak pergi ni tak dihiraukan. Dengan pengganti aku tu dia sibuk sangat menggedik apa pasal?! Huh..!" Rungut Tao geram lalu stereng kereta sportnya dihentak geram. Panas betul hatinya dengan Ayuna. Sebelum ni beria-ria betul. Bila dah tiba masa, ditinggalnya pula.

"Patutlah tak datang jumpa aku. Sibuk sangat menggatal dengan pengganti baru. Yang pengetua tu pun satu. Dah tahu Hanna yang hantar aku selaku pelajar praktikal, yang pergi suruh ke Jepun tu dah kenapa?!!" Jerit Chanyeol geram. Berderau darah memikirkan kelakuan penggantinya dengan Hanna nanti. Mesti sibuk tanya itu ini. Nak menggatal segala. Aduhai. Sabarlah duhai hati...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience