Bab 32

Fanfiction Completed 49058

MEREKA berempat yang diarahkan oleh MC tadi untuk memasuki pejabat rundingan universiti untuk mendengar taklimat yang dikatakan oleh MC itu tadi menunggu pengetua Universiti Dongguk di dalam bilik yang besar ini. Sama besar dengan biljk pengetua Lee Kwang Soo. Mereka masih tidak mengenali siapakah pengetuanya. Dengar-dengar cerita, pengetuanya masih muda lagi. Tetapi sudah beristeri. Isterinya juga muda. Teringin juga nak tengok macam mana rupanya keluarga muda ni?

"Anyeong haseyo..." seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an menegur Jackson, V, Hanna dan Ayuna. Mereka berempat yang tadinya sibuk berbual terus bangun dan memberikan tunduk hormat kepada lelaki itu yang masih lagi belum dikenal pasti siapa.

"Kenalkan, saya Kang Gary. Pengetua Universiti Dongguk. Emm... marilah masuk. Kesian kamu berempat menunggu saya." Selepas memperkenalkan diri sebagai Kang Gary, dia mempelawa dua pasangan ini masuk ke dalam pejabat rundingan tersebut.

Mereka pun masuk. Sempat juga membisik-bisik yang pengetua ini memang nampak muda. Teruja kejap.

"Silakan duduk." Pelawa pengetua Kang. Mereka menurut. Setelah duduk, tenang dan tersenyum, pengetua Kang memulakan hasratnya.

"Emm, macam nilah ya? Err, dalam taklimat ni, ada banyak benda yang saya nak kena bagitahu. Masa saya tak banyak sebab ada appointment dengan orang lain. Jadi, saya minta dua orang daripasa awaklah, untuk ke pejabat rundingan kedua aras yang sama. Nanti ada orang lain yang akan bagi taklimat pada awak. Siapa ya yang nak pergi?" Pengetua Kang menanya setelah membebel panjang. Hanna memberi isyarat mata kepada Ayuna supaya pergi dengannya. Ayuna mengangguk dan bangun.

"Kami,"

"Baiklah. Sebentar ya? Saya panggil isteri saya untuk tunjukkan bilik tu." Kata pengetua Kang sambil mencapai gangang telefonnya. Ayuna dan Hanna memerhatikan pengetua Kang berbual dengan isterinya dengan mesra. Tiba-tiba sahaja, hati wanita ini diundang rasa sedih. Dulu, mereka begini. Tapi sekarang? Hanya kenangan yang tinggal.

"Hei, are you okay?" Tegur Jackson sambil menyentuh tangan Ayuna yang berada di sebelahnya. Ayuna tersentak seraya menggeleng.

"Cepat bangun. Puan Song dah tunggu tu. Hanna pun dah keluar." Arah Jackson perlahan. Ayuna mengangguk lalu terus keluar. Haish! Macam mana boleh berangan ni, marah Ayuna di dalam hati.

Mereka berdua membuntuti Puan Song Ji Hyo iaitu isteri kepada pengetua Kang untuk ke bilik rundingan kedua. Banyak betul bilik rundingan di U ini. Maklumlah, U besarkan?

5 minit berjalan, mereka tiba di bilik rundingan. "Masuklah. Kat dalam ni, ada dua orang lelaki. Dia tulah yang akan bagi taklimat kepada kamu berdua." Kata Puan Song sambil tersenyum. Ayuna dan Hanna membalas sebelum masuk ke dalam. Masuk sahaja mereka berdua, Puan Song menutup pintu dan berlalu pergi. Walaupun bilik ini terang-benderang, tetapi hati Ayuna dan Hanna berasa tidak sedap.

"Ayuna, jangan tinggal aku." Tiba-tiba Hanna berkata begitu dan memegang tangannya menyebabkan Ayuna kaget.

"Hish! Terkejut akulah!" Luruh jantung Ayuna dibuatnya. Bila dirasa, kencang betul jantungnya itu. Meremang kejap bulu roma.

"Aku rasa macam ser..." ayat Hanna terputus apabila ada seorang makhluk menekup mulutnya dari belakang. Terus pemandangan matanya kabur sebelum gelap sepenuhnya.

Ketika itu Ayuna langsung tidak sedar kerana sibuk menjengah-jengah bilik yang berada di dalam bilik itu.

"Hanna," panggilnya sambil terus menjengah sampailah ke hujung bilik.

"Hanna," panggil Ayuna dan menoleh ke belakang sebelum...

Pap! Berpinar matanya kerana dipukul dengan objek keras dikepala dan jatuh pengsan ke lantai. Tubuh itu diangkat dan dibawa ke satu bilik dan dikuncinya.

Persoalannya sekarang ini, siapakah orang yang memukul dan menekup mulut tersebut? Dengan suasana yang sunyi begini, ada ke orang yang berniat jahat? Ingin tahu? Nantikan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience