Bab 8

Fanfiction Completed 49058

KIM Ayuna menanti kedatangan Tao yang meminta menemaninya ke kedai untuk membeli perhiasan dewan pada majis perpisahan Prof. Jung Ah Min nanti. Choi Hanna dan Chanyeol pula berada di dewan tersebut. Mahu merancang apa yang patut sementara menunggunya dan Tao membeli barang-barangan tersebut.

"Ayuna," namanya dipanggil. Kim Ayuna memandang gerangan yang memanggil namanya itu. Tidak lain lagi ialah Taolah. Rupa-rupanya lelaki itu mandi dan mengganti baju. Patutlah lewat.

"Ya?"

"Lama ke? Sorry. Saya mandi tadi." Beritahu Tao. Cap yang berada di atas kepala dipusingkan ke depan. Silau sedikit kerana matahari hari ini agak memancar walaupun suasana sedikit dingin.

"Tak apa. Saya tahu." Jawab Kim Ayuna. Dia memasuki kereta Tao apabila lelaki itu sudah menghidupkan enjinya.

"Ha? Dah tahu? Oh... awak mengendap saya mandi ya?" Senda Tao seraya ketawa kecil. Baginya itu sekadar bahan gurauan, tetapi bagi Kim Ayuna, tiada istilah gurauan. Bila bergurau benda yang agak sensitif sikit je, dia pasti akan teringat soal pagi tadi ketika di dalam bilik latihan. Bagaimana mereka berdua ditonton oleh 30 orang pelajar bawah umur. Sudahlah keadaan mereka seperti sepasang kekasih yang sedang bercium. Padahal tidak pun. Serik dia lepas ini mahu menanya itu dan ini dengan Tao.

"Eee... tolonglah!"

"Oh ya, tadi Hanna dengan Chanyeol pesan, belikan diorang vitamin C. Saya berhenti kat pam minyak, awak beli ya? Nanti kalau bertangguh-tangguh, takut lupa." Pesan Tao sekali gus menukar topik perbualan mereka tadi. Dia tahu Kim Ayuna tidak selesa jika bercakap hal sensitif seperti itu. Lagipun umur mereka beza hanya dua tahun, jadi bagi Tao, 19 tahun itu masih lagi budak-budak. Belum sesuai bercakap soal itu.

"Okey." Jawab Kim Ayuna. Sesampai sahaja di stesen minyak, Kim Ayuna menurut apa yang diarah oleh Tao.

Dia memasuki kedai yang terdapat di stesen minyak tersebut. Dia mengambil beberapa peket vitamin dan dibawanya ke kaunter pembayaran.

Tangannya menyelok poket seluar. Beberapa helai duit kertas dikeluarkan dan dihulurkan kepada jurujual tersebut. Tetapi belum sempat lagi jurujual itu menyambut, datang seorang manusia baik hati menghulurkan sekeping kad kredit kepada jurujual sampai berkata,

"Bayarkan untuk dia ni sekali." Arah manusia baik hati itu. Jurujual itu hanya menurut dan menjalankan tugasnya tanpa menanya pendapat Kim Ayuna dulu.

"Eh, tak..."

"Shut up or I will..."

"Not this time, Jakson." Marah Kim Ayuna. Macam mana dia boleh terserempak dengan Jakson di sini? Siap belanjanya lagi. Dah tu kerjanya asyik nak mengugut pula tu. Yang tak boleh tahannya, ayat ugutan itu sama seperti Tao mengugutnya tadi pula tu. Naik berhantu Kim Ayuna dibuatnya.

"Dah tu, awak sibuk bercakap. Cium sekali, diam." Selamba Jakson bercakap sehingga mengundang kemerahan pada pipi Kim Ayuna.

PAP!

"Aduh, sakitlah. Janganlah cubit orang." Jakson mengaduh sambil menggosok perutnya yang dicubit kuat oleh Kim Ayuna.

"Awak tulah!"

"Apa pulak?!"

"Gatal!"

"Pulak??"

"Ya!"

"Shut up..."

Terus Kim Ayuna terdiam. Fobia betul dengar ugutan seperti itu. Serik-serik. Ada kawan lelaki tetapi kerjanya asyik mengugut je. Tao macam tu, Jakson pun macam tu. Apalah nasib labu-labu.

"Tahu pun diam. Nah ambil ni. Terima kasih sikit kat jejaka idaman wanita ni. Baik hati dengan awak." Kata Jakson seraya menghulurkan bungkusan berisi vitamin tersebut. Tapi Kim Ayuna tidak menyambutnya. Pandang pun tidak.

"Eleh. Tak ikhlas nak buat apa. Patutnya awak tak payah suruh saya berterima kasih kat awak. Biar saya sendiri. Ini tidak. Nampak sangat yang awak..."

"Nak ambil ke tidak? Ke nak saya..." Jakson mengugut lagi. Dia tahu, pasti Kim Ayuna akan menerimanya. Seperti dia menghadiahkan telefon bimbit baru itu kelmarin. Kena ugut, baru diam.

"Hish! Yelah. Kamsahamida!!" Ujarnya sejurus selepas merampas plastik ditangan Jakson. Asyik kena ugut je, boleh sakit kepala lama-lama kalau macam ni.

Jakson ketawa. Bahagia bila tengok Kim Ayuna seperti itu. Tidak semena-mena bibirnya mengukir senyuman dan berkata,

"Tak rugi aku terserempak dengan kau hari ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience