Bab 2

Fanfiction Completed 49058

"AYUNA, boleh tolong aku tak?" Tanya Choi Hanna yang sedang mengelap wajahnya dengan tuala. Matanya masih sembab kerana baru bangun tidur. Lena betul tadi malam tidur bertemankan mimpi yang indah. Udara pun segar bila.dihirup.

"Apa dia?" Tanya Kim Ayuna kembali. Sarapan hari ini dia yang siapkan. Esok Choi Hanna pula yang masak sarapan. Ikut giliran gitu.

"Aku ingat, lepas sarapan ni, aku nak ke Mega Hot Mall kejap. Nak beli barang. Banyak yang tak ada kat rumah ni. Sabun, syampu, semua tak ada." Bebel Choi Hanna geram. Tidak sangka pula kondo yang dibeli bersama dengan Kim Ayuna ini serba kekurangan. Kalau dia tahu dari awal, memang dari Amerika dia belinya sebelum terbang ke sini.

"Habis tu kau mandi siram-siram jelah?! Aigoo..." kepala Kim Ayuna tergeleng-geleng. Seolah-olah Choi Hanna memang kenyataan berbuat demikian.

Choi Hanna mengecilkan matanya memandang Kim Ayuna. "Kau ni memang nak kena tahu tak?! Tak padan dengan tak sihat. Nak kerjakan orang je... Boleh tak temankan aku?!" Dalam marah, tetap juga bertanya. Kakinya dihalakan ke arah meja makan. Kerusi ditarik. Roti yang disapu jem strawberi oleh Kim Ayuna dicapainya.

"Boleh je. Aku tak kisah. Tapi, kau kena belanja aku makan. Dah lamalah tak makan makanan sini. Rindu." Ujar Kim Ayuna sambil menggosok-gosok perutnya. Memang dia rindu masakan-masakan Korea. Kimchi, Jjambong, Ramyen lagilah dia rindu walaupun hanya sekadar mi segera sahaja. Asyik makan makanan barat je, naik muak juga tekak ni menelan.

"Itu tak kisahlah. Betul eh teman nanti?" Sekadar mahu memastikan sahaja. Manalah tahu, kut-kut Kim Ayuna berubah fikiran saat-saat akhir. Dia juga yang naya nanti.

"Ya." Jawab Kim Ayuna sepatah. Dia menyuapkan sedikit roti yang disapu jem tadi. Sedang mereka sibuk bersarapan, tiba-tiba iPhone5s milik Kim Ayuna yang berada di atas meja berbunyi. Bergegar satu meja dan membuatkan Choi Hanna mengangkat wajah.

"Siapa?" Choi Hanna menyoal.

"Prof. Lee." Balas Kim Ayuna tanpa memandang Choi Hanna yang sudah teruja semacam itu. Mungkin dia sangka tujuan Profesor Lee Jea Ha menelefon Kim Ayuna kerana mahu mengkhabarkan berita soal praktikal mereka itu.

"Angkatlah cepat!" Arahnya tidak sabar. Kim Ayuna menurut. Telefon diletakkan ke telinga selepas menjawab panggilan.

"Yeoboseyo?" Kim Ayuna memulakan perbualan.

"Kim Ayuna ke?" Prof. Lee menanya. Kim Ayuna membuka pembesar suara atas arahan Choi Hanna yang tidak sudah-sudah merengek. Nak dengar juga punya pasal.

"Ya, saya. Ada apa Prof. Lee telefon saya?"

"Macam apa yang saya cakap kelmarin, praktikal awak dengan Choi Hanna akan mula bila saya telefon. Jadi..."

"Jadi apa, prof?!" Jerit Choi Hanna tidak sabar sehingga mengundang rasa terkejut di dalam diri Kim Ayuna. Dia mengusap dada. Tak sabar betul.

"Oh, Choi Hanna pun dengar ya? Bagus-bagus. Tak adalah menyusahkan saya nak kena telefon dua-dua sekali. Dengar baik-baik ya?" Pesan Prof . Lee. Kedua-dua gadis comel ini menganggukkan kepala walaupun hakikatnya Prof. Lee sendiri tidak nampak. Rasa teruja dan berdebar semakin lama semakin membara apabila Prof. Lee mula memberitahu hal-al penting yang perlu diketahui.

"Lepas saya bincang-bincang dengan pihak U, awak berdua nanti akan buat praktikal dekat Universiti Konkuk selama 5 bulan. Pengetua U, Lee Kwang Soo akan bagi awak terus stay situ lepas habis praktikal nanti. Maknanya awak dah memang akan jadi guru tari di sana nanti lepas je awak praktikal. Oh ya, jangan lupa bawa surat lapor diri ke sana nanti. Awak boleh ke sana pukul 8 pagi esok." Pesan Prof. Lee panjang lebar. Kim Ayuna dan Choi Hanna mengangguk. Agak berat juga pesanan-pesanan yang ditutur oleh Prof. Lee itu.

"Oh... macam tu. Terima kasih sebab bagitahu. Cuma kami berdua je ke yang praktikal kat situ?" Soal Kim Ayuna. Manalah tahu, ada yang boleh dibuat kawan juga. Takkan nak berdua je? Ada eloknya kalau ramai pelajar-pelajar praktikal di situ.

"Buat masa ni, ada 5 orang pelajar je yang dapat kat situ. Tu pun bukan pelajar daripada Amerika, dari orang sini je... Saya tak boleh lama ni. Kalau ada apa-apa, boleh telefon pakai nombor saya ni. Ya?" Ujar Prof. Lee yang gaya bahasanya seperti mahu mengundur diri. Mungkin ada banyak kerja lagi.

"Araso, Prof. Lee."

"Okeylah. Saya ada hal lain. Anyeong."

KLIK! Talian terus dimatikan.

"Oh my Godness! Bestnya, Yuna!!! Jom cari baju. Kita shopping sekarang jugak!" Jerit Choi Hanna dengan terujanya. Dari dulu lagi dia dan Kim Ayuna berminat untuk menjadi guri tari. Bila impian mereka hampir tercapai, pasti tidak akan disia-siakan. Lagi-lagi bila dapat tahu yang mereka terus akan menjadi guru tari di sana. Siapa tidak gembira? Siapa tidak teruja?

"Okey jom. Tapi! Aku ada kerja sikit. Kejap lagi kita pergi." Kata Kim Ayuna seraya tersenyum. Dia yang tadinya tidak berapa sangat kini ikut teruja juga. Peraasannya berkobar-kobar mahu menjalani praktikal tersebut.

"Okey bos!"

RAMBANG biji mata dibuatnya apabila pakaian-pakaian yang dijual di situ sangat-sangat cantik. Maklunlah, perasaan nak menjalani praktikal tu berkobar-kobar. Semua benda cantik dan nak capai semuanya.

"Hanna, makan jom. Laparlah." Ajak Kim Ayuna sambil menggosok-gosok perutnya yang keroncong. Mereka sudah membeli barang-barang yang diperlukan, tapi disebabkan mahu memusing dan mencuci mata lagi, jadi mereka tidak makan lagi.

"Hmm... kejap eh? Aku nak bayar baju ni kejap. Lepas tu kita pergi makan." Pesan Choi Hanna sebelum berlalu ke kaunter dengan baju T-shirt beberapa helai di tangan. Kim Ayuna menganggukkan kepalanya. Sementara dia menunggu Choi Hanna membayar di kaunter, matanya melilau memandang sekeliling ruangan ini. Ramai betul orang. Sesak lama-lama jika ada para pengunjung yang berhenti di tengah jalan nanti. Bukan boleh percaya. Kadang-kala tengah berjalan pun orang berhenti mengejut. Silap haribulan dilanggarnya lagi.

"Yuna, jo..."

GEDEBUK!

"Aduh! Auch!"

Berpinar mata dibuatnya. Choi Hanna memegang belakang bahunya yang sedikit sakit. Tubuhnya yang dipegang oleh Kim Ayuna diangkat perlahan-lahan. Siapa pula yang melanggar aku ni?!

"Opss... sorry, miss. Are you okay?" Lelaki yang melanggarnya tadi meminta maaf. Dia benar-benar tidak sengaja. Asyik tengok telefon je sampai terlanggar orang.

"It's okay and i'm okay." Balas Choi Hanna perlahan. Dia memandang lelaki yang berada di hadapannya ini. Kacak! Rambut lelaki itu agak perang dan bila dipakaikan cap, nampak lebih kelakian dan lebih kacak lagi! Hati Choi Hanna mula bergetar hebat.

"Emm... by the way, saya Kim Taehyung. Just call me V. Jangan panjang-panjang, merimaskan." Lelaki yang mengakui sebagai Kim Taehyung a.k.a V memperkenalkan dirinya. Tangan dihulur sebagai tadi salam perkenalan. Tertarik dengan wajah Choi Hanna satu hal, hati gadis ini yang baik hati lagi menguatkan hati V untuk memberikan salam perkenalannya. Bukan mudah untuk dia berkenalan dengan cara seperti ini. Paling biasa pun tanya orang mana dan dari mana. Itu pun jarang-jarang.

"Choi Hanna. Panggil Hanna je pun dah okey." Salam disambut. Senyuman berbalas senyuman sehingga Kim Ayuna yang melihat drama sebabak ini pun dilupakan.

"Ohok! Ohok!" Kim Ayuna batuk-batuk palsu. Ingin menyedarkan Choi Hanna dan V daripada terus berangan. Berangan kalau termenung biasa tu tak apalah juga, ini kalau dah sampai tahap pandang-memandang, senyum-tersenyum, tak ke haru nanti? Silap haribulan ada drama berbabak-babak pula kat situ.

"Eh, sorry, Yuna. Aku lupa pasal kau pulak. V, ini kawan saya. Kim Ayuna..."

"Just call me Ayuna. Nice to know and meet you." Senyuman dilemparkan kepada V. Salam juga turut dihulurkan. Namun belum sempat tangannya dan tangan V berpisah daripada salam perkenalan, ada sesuatu yang merempuhnya pula daripada belakang. Ambik kau! Terjatuh semua barang-barang yang dipegang Kim Ayuna termasuklah iPhone5s miliknya yang boleh terlepas dari tangan. Lebih menyedihkan, orang-orang yang lalu lalang disitu turut memijak serpihan-serpihan telefonnya tanpa belas kasihan.

Nasib baik tubuhnya sempat disambut oleh Choi Hanna dan V, kalau tidak, macam nangka busuklah jawabnya. Aduh! Malu-malu!

"Jakson," bibir V mengeluarkan perkataan itu membuatkan Kim Ayuna memandang belakang. Ini ke yang melanggar aku tadi?

"Aku ada je kat belakang sana. Tunggu kau tak sampai-sampai. Tu yang aku cari tu. Sangka pula terlanggar 'tunggul' kat sini." Kata Jakson dengan selambanya. Mata Kim Ayuna terbeliak. Tunggul?! Si sengal ni cakap aku tunggul?! Eh, ini sudah lebih ni... Lebih ni...

"Amboi? Orang yang dah sebesar-besar orang ni pun tak nampak ke? Bukan nak minta maaf, makin mengata orang pula tu!" Tanpa disedari, mulut Kim Ayuna menembak-nembak kata-kata pedas. Jakson yang berdiri statik di sebelahnya hanya dian sahaja. Tetapi dalam kediamannya itu, mulutnya terkumat-kamit mengajuk percakapan Kim Ayuna. Choi Hanna dan V yang melihatnya seperti mahu tergelak-gelak saja. Tapi buat nasa sekarang ini, mereka tidak boleh ketawa dulu. Nanti makin panas keadaan pula. Itu lagi parah.

"Eee...! Kenapa manusia macam awak ni menyakitkan hati ha?! Nak je saya..."

"Nak buat apa dengan saya? Ha...? Nak belasah? Sedarlah diri tu sikit. Berdiri pun paras leher neck saya je, ada hati nak belasah." Kata Jakson sambil ketawa kecil. Kim Ayuna sudah tidak mampu bercakap apa lagi melainkan...

"Ayuna, wait for me! I get to go now. See you, again. Anyeong!" Kelam-kabut Choi Hanna bercakap sambil tangannya memungut beg-beg kertas milik Kim Ayuna yang terjatuh tadi. Tidak sempat dikira berapa minit, berdesup Choi Hanna berlari. V hanya memandang sambil tersenyum sahaja. Jakson pula jangan cerita. Kim Ayuna beredar, dia turut pergi. Tinggal dia seorang sahaja di situ.

Tubuhnya dipusingkan untuk beredar dari situ. Tetapi kakinya kaku tatkala memandang sekeping kertas melekat pada bawah kasutnya. Tubuh dibongkokkan sedikit sambil membaca isi kad tersebut.

"Choi Hanna. Student. Amerika Syarikat?! Wow!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience