Bab 30

Fanfiction Completed 49058

MARAH. Sakit hati. Sedih. Ketiga-tiga perasaan itu menjadi satu. Dua minggu berlalu dan itu ada maknanya jika cinta Chanyeol kepada Hann, cinta Tao keoada Ayuna juga ikut berlalu sama.

"Aku percayakan kau. Berapa lama aku tunggu kau buka Skype? Masuk hari ni, dua minggu aku tunggu macam orang gila. Teks langsung kau tak balas. Ke mana kau pergi? Ke selama ni, aku bertepuk sebelah tangan? Kau berlakon je depan aku? Bila aku tak ada, kau buka topeng? Bila aku ada, kau berlagak sayang kat aku?! Hanna!!!!!!" Chanyeol meracau-racau di dalam tidurnya. Tangannya tergapai-gapai diudara seolah-olah menggapai Hanna. Terjerit-jerit Chanyeol di dalam tidur menyebabkan Tao yang baru sahaja pulang dari kedai terkejut. Cepat-cepat dia ke arah Chanyeol.

"Chanyeol, Chanyeol bangun! Wei, sedarlah, wei! Chanyeol!" Pipi Chanyeol ditepuk-tepuknya. Chanyeol berhenti meracau tetapi sebaliknya mengeluarkan tangisan. Tangisan itu sama ketika Tao malam semalam.

Semalam Tao mengeluarkan air mata dan semua itu gara-gara Ayuna. Dia bergaduh teruk dengan Ayuna semalam sehingga dia terkeluarkan ayat...

"Kalau kau dah tak tahan dengan aku, dah tak suka, dah jemu, kita clash!"

"Chanyeol, sedar ke tak kau?" Tanya Tao. Cuba untuk menghilangkan perkara semalam yang berlaku buat kali pertama di antara hubungannya dengan Ayuna. Pergaduhan itu amat dahsyat sekali kerana ada yang masuk campur.

"Tao, balik Korea jom. Aku dah tak sanggup nak tahan lagi. Dua minggu wei?! Sampai bila aku nak kena tunggu dia?" Rintih Chanyeol dengan suara yang agak sedih. Tao mengeluh sambil menghemas tubuh pada sofa. Rambutnya yang memang menutupi dahi diselak ke belakang. Agak berat untuk dia pulang ke Korea.

"Aku rasa tak payah sebab... aku... aku..."

"Jangan cakap kau dah clash dengan Ayuna."

Tao mengeluh. "Hampir clash. Sebab tu aku cakap jangan balik Korea. Tunggu sampai lepas kontrak kita habis." Kata Tao perlahan. Chanyeol bangun. Nampak tidak puas hati.

"Habis tu kau nak give up macam tu jelah?! Wei, asal kau macam ni ha? Kau bukan Tao yang aku kenal. Kau bukan wei! Tao yang aku kenal walaupun hati dia lembut, tapi kuat. Zi Tao!" Panjang lebar Chanyeol protes. Bahu Tao dipukulnya. Geram dengan sikap Tao yang boleh berubah pula. Tidak pernah dia melihat kawannya begini. Pelik. Memang dia pelik.

"Aku ada sebab, Chanyeol! Ada sebab! Ini semua sebab Ayuna! Kalau kau nak tahu..." Tao membuka cerita.

IPHONE5Snya yang berkelip-kelip di atas katil biliknya dipandang dengan dahi yang berkerut. Sudah lama telefonnya tidak berbunyi sejak Ayuna menghantar SMS audio kepadanya dulu. Dia masih ingat dan bila dia ingat, dia akan sakit hati. Jadi baik dia diam daripada terus mengingat.

Kaki diatur menuju ke katil dan mencapai telefon pintar tersebut. Walaupun nombor itu bukan dari kenalannya, tetap juga dia angkat.

"Nuguseyo?"

"Tao oppa..."

Tao tergamam. Seakan-akan tidak percaya bahawa suara yang bergema ini adalah Ayuna. Sudah lama dia tidak mendengar. Rindu yang bertamu terus terubat tetapi tiba-tiba ada satu perasaan yang berbentuk dendam kesumat pula yang hadir secara tiba-tiba. Perasaan rindu itu sekejapan sahaja.

"Ingatkan dah tak ada. Rupanya masih hidup," ya dia tahu ayat itu agak pedas didengari. Tetapi yang menanggungnya dia! Dah macam kucing hilang anak dia dibuatnya selama dua minggu di LA ini.

"Oppa, mianheayo... lama dahkn kita tak bercakap? Ayuna ada masalah." Perlahan dan mendayu sahaja suaranya. Seakan-akan mahu menangis. Tao ketawa jahat dihujung talian.

"Masalah? Masalah apa? Masalah dengan namja lain? Bagus, Ayuna. Saya tunggu awak bagai nak mati, ini yang saya dapat? Jujur jelah, awak dah tak selesa ke dengan saya?" Tao terus direct. Dah tak ada perasaan mahu tapis-tapis lagi.

Kedengaran Ayuna seperti menahan tangisan di hujung talian.

"Sanggup oppa cakap macam tu. Oppa tahu tak macam mana kepayahan Ayuna nak call oppa?! Oppa ada fikir tak macam mana perasaan Ayuna bila handphone pecah?! Oppa tak rasa macam mana sibuknya kami nak siapkan students dalam pertandingan muzikal nanti? Oppa fikir perasaan oppa je. Perasaan Ayuna? Oppa ada tanya? Sakit, oppa. Sakit sangat-sangat..." rintih Ayuna di hujung talian menyebabkan Tao sudah terdiam. Dari awal lagi dia memang kalah dengan tangisan Ayuna jadi secara tidak dipinta, air matanya juga turut mengalir sama. Tapi itulah, lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan. Air matanya mengalir dan tidak bermakna dia okey. Perasan dengkinya terhadap Ayuna masih lagi menebal.

"Huh... dahlah tu berlakon. Bukan kau dapat ganjaran pun. Sekarang ni baik kau cakap terus-terang, kalau kau dah tak tahan dengan aku, dah tak suka, dah jemu, kita clash..." ringan betul mulutnya berkata begitu. Seperti menyebut ABC, mengira 123. Dia tidak tahu perasaan orang sana bagaimana. Bagai nak gila Ayuna semalam untuk ke kedai telefon. Sudahlah ramai orang di sana. Mujur Jackson ada. Jika tidak, sampai ke pagi nak beli telefon tak dapat-dapat.

"Oppa..."

"Tak payah nak beroppa-oppa segala. Geli telinga aku dengar."

"Aku pun geli dengar perbualan kau dengan Ayuna."

Gulp! Siapa pula ni?! Tao mula hilang arah. Lelaki mana pula yang berkata begini ni? Mana Ayuna? Bermacam-macam jenis soalan berderet diotaknya diminta untuk dijawab.

"Kau siapa? Mana Ayuna?"

"Ayuna kat toilet. Tak sanggup dengar ayat kau yang macam sial tu." Selamba sahaja lelaki yang berada dihujung talian itu membakar diri Tao. Sudahlah pijar, terbakar jadinya.

Tao mendengus geram. "Kau ni siapa? What's your problem?" Mula bertindak berani untuk mempertahankan pangkatnya sebagai teman lelaki Ayuna. Tadi bukan main minta putus. Ini lain jadinya pula.

"Huh... what is your problem? Hei, namja, I should ask you this question, what's your problem?" Lelaki itu juga tidak mahu mengalah.

Tao mula ingin naik angin. Cadar katil digenggam erat.

"She's my girlfriend..."

"She's my wife..."

PANG!!!

Satu tamparan hebat tepat mengena pada hati Tao. Lemah satu badannya mendengar lelaki itu mengakui yang Ayuna adalah isterinya. Jadi selama ni? Siapa dia di dalam hati perempuan tu?! Siapa?! Tao terperangkap dengan jerat lelaki itu dan menyebabkan dia mudah mengalah. Sama seperti apa yang Chanyeol lihat tadi ketika dia mengajak Tao pulang ke Korea. Tiada hati langsung mahu pulang setelah mendengar apa yang lelaki itu kata. Walaupun hanya tiga perkataan, tetapi maknanya sungguh kuat sekali. Sehingga dapat melukakan hati seseorang.

"Jadi selama ni, siapa aku di hati kau?" Hanya ayat itu sempat dilafazkan kerana Ayuna telah mematikan talian. Sebab itulah dia menangis macam orang gila malam semalam. Sebab inilah.

"SIAPA lelaki tu pun, aku tak tahu. Aku dah tak laratlah, Chanyeol. Aku tak tahu siapa aku ni, pada dia. Mungkin selama ni, aku bertepuk sebelah tangan..."

Terdiam Chanyeol mendengar cerita Tao tadi. Wajah sugul rakannya itu sangat nenyakinkan dia bahawa lelaki itu bersama kekasihnya bergaduh teruk semalam. Walaupun gaduh itu tidaklah panjang melarat-larat, tapi setiap perkataan yang dilafazkan amat pedih sekali rasanya. Seperti tiada ubat yang mengubati.

"Aku.. aku rasa lelaki yang mengaku Ayuna wife dia, is pengganti kita. Kau tak rasa ke?" Duga Chanyeol. Tao tidak menberi respon tapi sebaliknya bangun dan masuk ke bilik. Sebelum menutup pintu, Tao berkata,

"Kau bukalah Skype. Mana tahu, Hanna on Skype. Pasal Ayuna, itu urusan aku. Kau pergi uruskan Hanna."

DUM! Pintu dihempas kuat tanda marah. Chanyeol mengeluh. Ipad yang berada di atas meja dicapai lalu melakukan apa yang Tao suruh tadi. Betapa terkejutnya dia apabila Hanna sekarang ini sedang membuka Skype juga dan tiada sesiapa yang sedang berSkype dengan gadisnya itu. Baru Chanyeol mahu bertindak seterusnya, Hanna telah menerima satu Skype yang dia tidak kenal. Cuma apa yang dia lihat, ada isyarat yang menunjukkan Hanna sedang berbual dengan seorang lelaki?!!!

"Siapa... tu?" Chanyeol berasa tertipu. Tertipu dengan tindakan Hanna. Kenapa gadis itu buka Skype, tapi bersembang dengan orang lain pula? Apa semua ni? Selama dua minggu dia menunggu, rupa-rupanya menggedik dengan orang lain. Hati Chanyeol memang berasa tidak sedap. Sakit perit semua ada.

"Sanggup kau kan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience