Bab 31

Fanfiction Completed 49058

"OKEY, nanti awak jangan lupa pula balik! Takkan nak biar saya dengan Ayuna pula?" Hanna berkata-kata sambil menghadap skrin. Kadang dia senyum, kadang dia ketawa. Kadang dia hanya diam meneliti kata-kata orang yang berada di dalam skrin tersebut.

"Ya, sekejap je. Tak lama pun. Banyak sangat jenis koreografi sampai saya rasa tak nak balik. Oh ya pasal baju? Kan pengetua cakap suruh apa tu namanya?"

"Tempah baju T-shirt untuk para pelatih..." sambung Hanna sambil tersenyum. Insan yang berada di skrin laptopnya.

"Ha... itu nanti awak dengan Ayuna cari. Boleh?" Pinta suara itu lagi. Hanna mengangguk.

"Okeylah kalau macam tu. Pakcik sorang tu dah memekak je dari tadi. Okey bye, jagi..."

Hanna ketawa. "Bye..."

"Ehem... " Ayuna berdehem. Lagi tadi dia perhtikan Hanna. Seronok betul berbual sampai tidak sedar yang ke semua pelajar yang menyertai pertandingan muzikal sudah tiba termasuklah Suzy dan Hyuna.

"Apa?"

"Kau tak rasa nak call Chanyeol oppa ke?" Tanya Ayuna. Hanna hanya mengeluh sambil meletakkan laptopnya di atas meja kecil.

"Entahlah. Aku rasa macam..."

"Kalau kau tak nak jadi macam aku, baik kau buat. Jangan jadi macam aku, Hanna. Sia-sia je selama ni." Ujar Ayuna dengan wajahnya yang sedikit kecewa.

Hanna diam. Dia sudah tahu apa yang berlaku kepada hubungan Ayuna dan Tao. Dia dengar perbualan itu. Hampir sahaja retak semalam. Mujur Jackson pantas bertindak dengan mematikan talian tersebut. Tapi dia bingung, apa motif Jackson berkata, "She's my wife." Tidak sedarkah Jackson jika dia berkata begitu, akan meretakkan lagi hubungan Ayuna dan Tao yang sudah sedah merekah? Ada niat apa disebalik semua ini?

"Kau tak marah ke bila Jackson oppa mengaku yang kau ni... wife dia..."

"Bwoya?! Bila masa?! Kan aku suruh cakap yang aku kat tandas. Tak suruh pun..." terputus ayatnya sampaikan. Rasa macam nak pengsan mendengarnya. Kenapa boleh jadi macam ni pulak? Apa semua ni? Jackson memang nak kena.

"Semalam aku dengar, Jackson oppa cakap yang kau ni wife dia." Hanna memberitahu buat kali yang kedua. Ayuna terduduk dengan disaksikan oleh beberapa orang pelajar di dalam bilik latihan ini.

"Dahlah. Mungkin bersebab dia buat macam tu. Dahlah jom kita practice." Cepat-cepat dia menukar topik kerana rasa bersalahnya itu terhadap Ayuna. Menyesal dia berkata begitu.

Ayuna menurut sahaja. Dia terus bangun dan memulakan tugasnya. Walaupun dia melatih pelajar-pelajar, tetapi otaknya asyik berfikir pasal Jackson.

Hanna pula serupa. Hatinya mengakui yang dirinya seperti sudah mula tawar hati dengan Chanyeol dan mula menyukai V. Tetapi bila dia merasa begitu, cepat-cepat dia menafikannya semula. Dia juga rasa yang dia sudah mula menduakan Chanyeol. Dia ada hubungan dengan Chanyeol tetapi dalam masa yang sama, dia mula jatuh sayang dengan V. Kenapa payah untuknya kekal hanya satu sahaja?

Tiba-tiba dia merasakan yang semua ini salah V. Jika V tidak muncul di dalam hidupnya, pasti dia tidak akan bingung begini. Ini semua salah lelaki itu!!! Argh!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience