Bab 37

Fanfiction Completed 49058

KALAU Jackson sudah menyedari yang Suzy menyukainya, kenapa tidak V untuk meneruskan hasratnya melamar Hyuna untuk menjadi suri hatinya?

Hari ini V ada temujanji dengan Hyuna di taman. Tanpa pengetahuan sesiapa. Mereka bercadang mahu memberitahu yang lain tentang ini selepas mereka bertunang nanti. Lihat? Target dah awal-awal letak ni.

"Oppa," suara Hyuna memecah kesunyian taman yang dipenuhi bunga-bungaan cantik ini. V tersenyum sambil melirik ke arah Hyuna yang duduk di sebelahnya.

"Lama ke tunggu?" Tanya Hyuna. V menggeleng. "Belum. Oppa baru je sampai." Kata V. Kekok pula dia jika bercakap dengan pelajar praktikalnya sendiri. Tidak pula seperti bercakap dengan Hanna. Mudah je memulakan bicara. Ini? Macam baru kena cium je gayanya.

"Oppa nak apa jumpa? Nanti kalau orang nampak macam mana?" Hyuna memberitahu kerisauannya. Bimbang betul jika ada yang nampak. Sudahlah Hanna tidak tahu yang mereka ada hubungan. Kalau tiba-tiba nampak macam mana? Dah susah...

"Taklah. Kita tak lama. Nanti baliklah. Lagipun dah petang. Malam ni oppa nak hang out dengan Jackson." Ujar V. Hyuna mengangguk dan mahu mendengar apa sambungan ayat V.

"Hyuna setuju tak kalau kita bagitahu pasal hubungan kita pada diorang... sekarang?" Tanya V ragu-ragu. Hyuna sedikit terkejut.

"Lah, oppa cakap hari tu masa kita lepas bertunang nanti." Sedikit tidak menyokong cadangan V. Mereka ini seperti pasangan yang tidak direstui ibu dan ayah sahaja keadaanya. Takut nak memberitahu perkara yang sebenar.

"Ya. Tapi kalau kita bongkarkan lepas kita tunang, Hyuna tak rasa ke yang diorang akan marah? Yelah, kita dah bertunang, baru diorang tahukan? Tak rasa macam..." V menggantungkan ayatnya. Hyuna mengangguk. Faham dengan apa yang V mahu sampaikan walaupun tak habis ayatnya. Dia berfikir sejenak.

"Habis tu, oppa nak bagitahu bila?" Soal Hyuna. V diam. Mahu berfikir sebentar. "Esok?" V menjongketkan kening. Hyuna menggeleng laju.

"Mana boleh! Esok oppa ada full classkan? Mana sempat."

V mula kebingungan. Sah, dah macam pasangan tak direstui pula. Pasangan kahwin lari pun tak ubah. Cemas V dan Hyuna sama seperti pasangan kahwin lari dan pulang dengan seorang kanak-kanak yang dipanggil anak. Tu kalau betul-betul, sentap dua bulan tu. Tak percaya? Buatlah.

"Emmm... lusa?" V bersuara.

Sekali lagi Hyuna menggeleng. "Unnie dua orang tu ambil cuti. Tak ada."

V mengerutkan dahi. "Nak ke mana?" Cuti? Tak pernah Ayuna dan Hanna mengambil cuti. Tambahan pula dalam waktu genting musim pertandingan menari masuk macam ni. Memang taklah. Ada apa ya?

"Entah. Tak tahu pula. Apa kata kalau hari ni je, oppa. Malam ni, kita suruh diorang berkumpul. Then kita bagitahulah." Cadang Hyuna. V nengerutkan dahi kerana berasa pelik dengan cadangan Hyuna.

"Oppa dengar dah macam nak adakan mesyuarat je." Itu pula jawapan V.

Hyuna mengeluh. "Dah pulak? Habis tu?" Cerewet juga mamat ni. Nasiblah dapat, Hyuna Hyuna, getus hati Hyuna perlahan. Wajah kacak milik Kim Taehyung ini dipandangnya dalam-dalam.

"Emm... kita bagitahu hari ni jelah. Kita pergi sekarang.." Kata V. Seakan-akan sudah memberikan kata putus. Hyuna terdiam sebentar sebelum menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Mereka pun bangun bersama. Baru sahaja tangan mereka berpegang sesama sendiri, tiba-tiba ada tepukan tangan berbunyi di belakang, hadapan, kiri dan kanan mereka. Semuanya kuar daripada belakang pokok-pokok menyebabkan V dan Hyuna terkejut badak.

"Ehem... ini kerja korang berdua ya? Amboi, amboi? Selama ni, bukan main acting. Konon macam tak ngam. Sekali kitorang tengok, mengalahkan orang yang baru balik honeymoon!" Suara Hanna bergema. Ayuna yang datang dari bahagian kanan, Hanna di bahagian kiri, Suzy di bahagian depan dan Jackson di belakang. Mereka membuat muka bengis dan sambil bertepuk tangan. V dan Hyuna kebingungan.

15 minit sebelum Hyuna tiba di taman...

Waktu itu, empat serangkai ini berjalan kaki untuk meluangkan masa di taman. Tiba sahaja di sana,

"Eh, tu bukannya ke..." Hanna meluruskan jari telunjuk dan berhenti berjalan. Ayuna yang sedang berjalan tidak memandang hadapan melanggar tubuh Hanna dari belakang. Terdorong juga Hanna ke depan. Mujur sempat brek.

"Hish kau ni!" Marah Hanna. Matanya kembali menumpukan pandangan ke depan.

"Eh, tu V kan?" Seru Jackson yang baru sahaja tiba dengan Suzy dari belakang. Maklumlah, sesi perapatan each other kan? Hanna dengan Ayuna pun tak dipandangnya.

"Ha tu lah pasal. Dia tunggu siapa tu?" Hanna mengerutkan dahinya. Pelik. Ayuna cuba mendengar apa yang rakan-rakannya cakap tapi tak dengar.

"Apa yang korang cakap? Tak dengar?" Soal Ayuna, blur. Hanna, Jackson dan Suzy sama-sama menepuk dahi. Jackson gang berdiri di sebelahnya menarik sesuatu pada telinga Ayuna. Ayuna tersengih. Rakan-rakannya yang lain menggeleng.

"Unnie, oppa, perasan tak apa yang saya perasan?" Tanya Suzy. Ayuna, Hanna dan Jackson kini memandangnya pula.

"Apa dia?"

"Tadi, masa saya ajak Hyuna join kita, dia kata ada hal. Tak boleh ikut. Masa Jackson oppa ajak V oppa pun, dia cakap benda yang sama? Do you see?" Soal Suzy dan memandang bergilir-gilir wajah-wajah itu. Perlahan-lahan kepala dianggukkan. Setelah itu, Jackson tersengih nakal. Melalui matanya sahaja, ketiga-tiga gadis ini sudah faham. Mengekek-ngekek ketawa.

"Macam ni, kita sorok dekat belakang-belakang pokok tu. Bila dorang nak pergi je, sergahlah! Acting like you all marah sebab dorang secretly couple. Pandai-pandailah!" Jackson menerangkan lebih terperinci. Hanna memetik jari. Genius walaupun kadang-kala menyakitkan hati juga.

"Okey! Kalau macam tu, let's go!!!" Ayuna dan Hanna sama-sama berlari ke pokok yang dari jauh sudah ditargetnya. Tinggallah Jackson dan Suzy. Sempat lagi bagi senyuman tu sebelum menyusul Ayuna dan Hanna. Orang mabukkan bercintakan?

Selepas sahaja mereka menceritakan bagaimana mereka ada di situ...

V dan Hyuna tidak mampu berkata apa lagi. Walaupun Ayuna, Hanna, Jackson dan Suzy tidak marah dah sudah lama tahu tentang hubungan mereka, tetapi rasa bersalah itu tetap ada. Patutnya mereka yang memberitahu sendiri tetapi ini pula yang jadinya? Nak buat macam mana lagi.

"Guys, mian... ak... aku tak ada niat nak rahsiakan tapi aku perlukan masa." Jelas V dengan wajah bersalahnya. Rakan-rakannya yang berada di situ tersenyum. Lawak melihat wajah bersalah V.

"Alah, abaikan jelah. Bukan penting pun. Lagipun, asalkan awak happy, I' am happy too." Kata Hanna wakil kawan-kawannya sekali. Hyuna dan V tersenyum. Mudah betul Hanna dan yang lain terima? Tidak sama langsung dengan apa yang disangkakan. Mungkin selama ini mereka terlalu berhati-hati dan takut-takut. Sebab itulah macam tu.

"Hmm... betul tu. Kalau Jackson dengan Suzy tengah hangat bercinta, takkan oppa dengan si cute ni tak boleh? Kan?" Tokok Ayuna sambil mencuit hidung si Hyuna sekilas. Suzy tunduk malu. Boleh pula Ayuna berkata begitu? Buat segan je.

Mereka ketawa sebelum masing-masing tersenyap dan memandang Ayuna dan Hanna silih-berganti.

"Kenapa pandang-pandang? Salah apa saya?" Soal Hanna kebingungan. Ayuna juga turut sama mahu bertanya tetapi Hanna laju menanya dahulu.

"Kalau semua orang dah ada couple, yang lagi dua orang ni mana?" Tanya Jackson menyebabkan Ayuna dan Hanna masing-masing memegang kepala dan memejamkan mata tanda bengang. Cepumas! Pedas! Hangat! Semua ada! Boleh terkena pada batang hidung sendiri pula.

"Alah oppa ni. Macam tak tahu. Lusakan Tao oppa dengan Chanyeol oppa datang sini dan stay here one month. Lusa tu jugalah Ayuna unnie cakap nak minta cuti. Ada hal. Nak jemput kesayangan kat airportlah tu." Sakat Hyuna dan disambut dengan 'uuuuu....' yang dikeluarkan dari mulut masing-masing. Hanna terbeliak manakala Ayuna,

"Yah! Hyuna yah! Watch your lips, shut your tongue!" Jerit Ayuna dan sempat menyebut ayat lagu daripada Super Junior, Mamachita yang disebut oleh Shindong pada lagu itu. Pecah ketawa mereka ini sehingga menjadi tumpuan orang yang berada di taman itu. Hanna dan Ayuna yang sudah tidak tahu mahu kata apa hanya menggeleng sahaja.

'Tao oppa...'

'Chanyeol oppa...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience