Bab 34

Fanfiction Completed 49058

AYUNA BERSAMA DENGAN TAO DI HUJUNG BILIK PERUNDINGAN. (KEJADIAN INI BERLAKU SAMA WAKTU DAN MASA DENGAN KEJADIAN HANNA DAN CHANYEOL)

Mata dicelikkan melihat sekeliling. Kepalanya berdenyut kencang. Tangan menyentuh kepalanya yang sakit itu. Dia cuba untuk mengingatkan kembali apa yang berlaku. Perlahan-lahan mata dipejamkan dan cuba untuk mengingat apa yang berlaku.

Ya! Dia dipukul dengan objek keras daripada belakang. Selepas itu dia pengsan dan baru inilah dia sedar. iPhone5s yang baru dibeli bulan lalu dilihatnya. 4 setengah petang. Setengah jam juga dia berada di dalam bilik ini. Tiba-tiba kepalanya teringatkan soal Hanna. Di manakah kawannya itu? Perasaan bimbang mula menyelubungi diri.

Ayuna bangun dari perbaringannya untuk keluar mencari Hanna. Tangan memulas tombol pintu dan secara tiba-tiba, pintu terbuka dengan kasar yang ditolak dari luar menyebabkan dia terkejut. Betapa terkejutnya dia apabila wajah seorang lelaki yang dia sangat kenali berada di hadapan mata. Wajah itu, susuk tubuh itu, sama seperti Tao! Kerana memang lelaki itulah yang berada di hadapan matanya ini.

"Ta... Tao yah..." perlahan sekali. Seperti berbisik. Tao yang bercap hitam, tersenyum nipis dia memandang Ayuna. Apabila dia tersenyum, dia dapat melihat ada air yang bergenang dimata kekasihnya itu. Perlahan tangannya ke mata Ayuna dan lapnya perlahan dengan jari. Dia tidak sanggup melihat air mata itu mengalir lagi yang entah kali yang ke berapa. Dia tidak mampu melihat setitis demi setitis air itu mengalir ke pipi.

"Stop crying, dear..." ucap Tao perlahan. Senyum. Dia kena senyum. Matanya juga bergenang tetapi cukuplah dengan senyuman. Dia cuba tahan daripada teresak.

Ayuna diam walaupun dia masih teresak. Matanya tajam nemandang Tao yang seperti mahu memeluknya. Dia tidak mahu! Dia tidak mahu dipeluk oleh lelaki ini lagi. Cukuplah ianya hanya tinggal kenangan. Dia tidak mahu mengulanginya lagi. Jika sekali ia datang, berkali-kali ianya perlu dilupakan. Itu yang dia tidak mahu.

"Ayuna..." Tao cuba untuk mendakap tetapi pantas Ayuna mengelak dan menuju ke pintu. Namun kepantasan Ayuna tidak setanding dengan Tao. Terus tanpa mempedulikan tindakan Ayuna, dia memeluk gadis itu daripada belakang dengan erat supaya tidak dapat lari ke mana-mana.

"Please, don't leave me..." pintanya perlahan. Sunyi. Tidak lama selepas itu Ayuna menangis teresak-esak. Pilu. Sepilu keadaan di dalam bilik yang Chanyeol dan Hanna huni tadi. Kenapa perlu muncul sekarang pula? Di dalam waktu-waktu begini? Ini memang masa yang tidak sesuai. Dan kenapa ada lelaki ini? Kenapa mesti ada?!

"Let me go..." Ayuna cuba untuk melepaskan diri tetapi pelukan lelaki itu begitu kuat sehingga payah untuknya bergerak.

"No. I never give you go... from my life."

"Tao, not this time..."

"Then when?" Dia terus dan terus menyoal sehingga Ayuna betul-betul mengalah. Dia sudah berazam yang dia akan menawan semula hati Ayuna setelah digantungnya begitu sahaja. Dulu dia tidak berfikir panjang. Dulu dia bodoh! Betul kata Ayuna. Dia tidak tahu apa yang terjadi, tetapi terus menuduh. Itu dia masalahnya. Tao tidak faham dan tidak tahu hal yang sebenar. Tanpa menyiasat dahulu, terus bertindak kepada yang lain. Mana Ayuna tak geram?

"Lepaskan saya. Kita dah tak ada apa-apa lagi. Tolonglah." Rayu Ayuna simpati. Sebenarnya, dia sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi kerana dia seperti sudah terpujuk dengan lelaki yang pandai memujuk ini. Suara dia, memang menggoda jiwa. Kelakuan dia, memang mencairkan hati. Tapi itulah, perangai Ayuna dua kali lima dengan Hanna. Egonya memang tinggi! Kalau boleh, nak dibiarkan sahaja Tao di situ.

Tao menggeleng. "Tak, sayang. You're still my mine. Selagi saya tak cakap kita putus, selagi itulah kita still ada relay. Remember that, Ayuna sebelum bercakap." Kata Tao tegas. Berhenti menangis Ayuna jadinya. Ya tak ya juga. Dia masih ada hubungan dengan lelaki ini. Cumanya ia tergantung sahaja tanpa kata putus. Macam mana dia boleh lupa.

"Err... itu bagi awak. Tapi bagi saya, kita dah tak ada apa-apa. We're nothing. Cukuplah sekali saya sakit. Saya tak nak rasa buat kali yang kedua. Saya serik. Just one. Saya dah tak nak lagi." Katanya panjang. Nafas ditarik perlahan. Cuba mencari nafas yang tidak dapat masuk dengan baik gara-gara dakapan lelaki itu.

Tao mengeluh. Payah juga mahu memujuk gadis ini. "Awak cakap awak nak saya buat apa supaya awak terima saya balik dan kita macam dulu?" Hanya itu yang terlintas buat masa sekarang ini.

"Cinta saya tak boleh dijual beli atau digalang ganti. Sekarang ni saya nak awak lepaskan saya." Tegas dia memberi arahan. Air mata dilapnya supaya jangan jatuh lagi.

"Saya tak akan lepaskan selagi awak tak bagi kata putus." Tetap dengan pendiriannya. Semakin erat pula pelukan itu. Ayuna terasa seperti mahu menangis lagi.

"Tolonglah, Tao. Saya nak keluar..." rintih Ayuna. Sikit je lagi dah nak keluar air mata. Tao ketawa kecil. Suka melihat Ayuna bersikap manja seperti itu.

"Tak boleh, jagi..."

"Okey macam ni. Saya cabar awak. Awak nak ke tak nak?" Tanpa menyebut apa cabarannya. Tao mengerutkan dahi. "Apa cabaran tu?"

"Nanti malam saya bagitahu kat LINE." Beritahu Ayuna ringkas. Tao mengangguk. Lantaklah apa cabaran itu. Janji dia dapat menambat hati gadisnya ini semula.

"Lepaslah. Awak nak apa lagi?! Saya jerit kang.." Tempelak Ayuna dan sempat mengugut. Dia akui seperti sudah terpujuk tetapi itulah masalahnya. Ego.

"Jeritlah. Tak ada sesiapa yang akan dengar." Tao mencabar. Dia ketaawa kecil menyebabkan Ayuna kegeraman. Dileraikan pelukan Tao dan akhirnya berjaya juga. Waktu itu Tao tidak bersedia. Tetapi kali ini, Tao tidak menghalang, dia hanya memandang. Ayuna memulas tombol pintu tetapi...

"Ayuna," panggil Tao. Ayuna menoleh dan...

Chup!

Dia memegang pipinya yang dicium sekilas. Oh my Godness! Ayuna tidak dapat menahan kegembiraannya pada hati namun masih kekal masam pada jasad.

"Gila..." terus sahaja keluar setelah mengucapkan ayat itu. Tao ketawa. Bahagia sekejap walaupun hati sedang gundah juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience