Bab 4

Fanfiction Completed 49058

"MAAF saya lambat. Dah lama ke awak sampai?" Tanya Choi Hanna seraya melabuhkan punggungnya dibangku yang terdapat di taman itu. Dia memandang wajah V yang berada di hadapannya ini.

"Lama juga. Saya dengan Jakson memang lepak kat sini sejak call awak tadi." Kata V tenang. Choi Hanna menganggukkan kepalanya.

"So, awak nak buat apa jumpa saya?" Choi Hanna mula mengajukan soalan. Matanya menyorot pada setiap inci wajah V. Kacak walaupun hanya berpakaian biasa. T-shirt dan seluar panjang. Hati siapa tidak berdebar sakan? Choi Hanna pun berdebar juga.

"Actually, I want to give this to you. I think, awak tercicir masa kejar Ayuna pagi tadi. Am I right?" Terang V sambil tangannya yang lagi tadi di bawa meja dinaikkan ke atas. Disorongkan kad pelajar milik Choi Hanna yang hilang itu kepada gadis yang berada di hadapannya ini. Ketika itu, rahang Choi Hanna sudah melorot jatuh dengan matanya tidak berkalih daripada kad pelajar yang masih berada di tangan V itu. Rupa-rupanya, kad pelajarnya ini ada pada V?

"Mana awak jumpa? Penat saya selongkar kat rumah dengan Ayuna. Rupa-rupanya ada pada awak. Kamsahamida." Ucap Choi Hanna panjang lalu mencapai kad pelajarnya itu. Tidak salah, memang betul kad pelajar itu miliknya.

"Sama-sama. Saya terjumpa dekat mall. Tercicirlah tu agaknya. Nombor telefon awak pun saya ambil dekat student card tulah." Kata V sambil tersenyum manis. Dia merenung wajah ceria Choi Hanna. Boleh tergugat hatinya yang mudah cair ini kalau membiarkan matanya tidak berkalih ke tempat lain. Silap haribulan dipeluknya Choi Hanna di situ juga. Parah tu.

"Oh... thanks again." Ucap Choi Hanna sambil tersenyum manis.

"Most welcome,dear."

"Ha?!"

"Eh, tak ada apa-apalah." V konon-konon mengaru kepala. Padahal dia sudah terlajak kata tu. Macam mana boleh terlepas pula ni?! Nasib sahaja Choi Hanna tidak berapa nak perasan sangat.

"Oh ya, Jakson mana? Tadi kata ada dengan awak." Soal Choi Hanna sekai gus cuba menukar topik perbualan mereka. Bukan dia tidak dengar dengan jelas perkataan 'dear' tu. Dengar cuma sengaja tanya.

Dua pasang mata ini melilau di sekitar taman rekreasi ini. Kim Ayuna tadi katanya mahu duduk di dalam kereta sahaja. Katanya tidak mahu bertembung dengan Jakson. Takut berlaku pergaduhan pula nanti. Dia pun akur sahaja dan je sini seorang diri.

"Entah. Tadi kata nak ke toilet. Tak balik-balik lagi ni. Ambil angin kut," V menduga. Dia hairan juga. Lagi tadi Jakson tak sampai-sampai.

"Oh... Eh, eh. Tu bukan ke Jakson? Dengan Ayuna?!"

"Mana?!"

"SORRY sebab jatuhkan handphone awak pagi tadi." Pinta Jakson sambil memandang wajah Kim Ayuna yang seperti mahu menelan orang itu. Dah malam-malam begini, makin menyinga pula dia. Mana tak singanya, Kim Ayuna lena tidur, tiba-tiba ada orang menekup mulutnya. Dan orang itu adalah Jakson! Silap sendiri juga sebab lupa nak kunci pintu. Sedar-sedar je, Jakson sudah menekup mulutnya dengan tangan. Nasib baik tak sesak nafas.

"Lain kali cakaplah betul-betul. Tak payahlah nak tekup mulut orang. Sesak nafas tahu?" Walaupun marah dan geram, namun suaranya lembut, lemah gemalai sekali. Sudah penat mahu bertekak lagi. Semput dah nak terpekik terlolong.

"Tahu. Tapikan, awak tu bukan boleh percaya. Masa mula-mula kita jumpa pun awak dah mengaum macam singa betina lapar. Sebab tu saya tekup mulut awak, bawa awak ke sini. Kalau awak tak meronta-ronta, tak semput pun awak tu." Kata Jakson yang turut menurunkan kelantangan suaranya. Romantik bila didengar.

"Awak tu lah." Kim Ayuna tetap dengan pendiriannya. Baju sejuk yang ada topi kepala dinaikkan ke atas kepala. Sejuk pula lama-lama.

"Nah," sebuah kotak sederhana besar disorongkan di hadapan Kim Ayuna. Kim Ayuna mengerutkan dahinya. Kotak... iPhone5s?

"Apa ni?"

"Handphonelah. Takkan makanan kut?"

"Tahulah. Tapi nak bagi siapa?" Kim Ayuna benar-benar bingung sekarang ini. Takkan nak bagi kat aku kut?

"Bagi dekat awaklah. Kan saya dah jatuhkan handphone awak tu. Ni saya gantilah balik." Kata Jakson. Baru nak bermadah-madah, si gadis pula tak reti. Buang romantik aku je.

Kim Ayuna ternganga. "Un... untuk saya?" Tergagap Kim Ayuna sampaikan. Sungguh dia tidak percaya. Baik sungguh hati Jakson. Eh, tapi... kena siasat sikit sama ada Jakson ikhlas ke tidak.

"Nak ke tidak? Penat saya pilih untuk awak tu tau. So, jangan nak mengada-ngada tak mahu pulak." Awal-awal lagi Jakson sudah memberi amaran. Baru Kim Ayuna mahu menolak tadi kononnya mahu menguji keikhlasan hati Jakson. Tapi Jakson benar-benar ikhlas. Buktinya lelaki itu tidak mengharapkan balasan pun.

"Hmm... thanks. Tapi..."

"Stop talking or I will kiss you."

"Oh my! Gatal!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience