Bab 38

Fanfiction Completed 49058

AYUNA dan Hanna menunggu insan yang mereka berjumpa dua minggu lepas di pejabat perundingan di Universiti Dongguk. Tujuan mereka ini sebenarnya mahu memberikan kata putus yang benar, tepat dan sahih. Tiada selindung-selindung dan tiada lagi main bertarik tali. Maka, perjumpaan mereka pun bermula dengan Ayuna.

P/S: Pertemuan mereka adalah pada waktu dan masa yang sama. Cumanya yang lain hanyalah tempat. Harap pembaca faham dan teruskan membaca. Ada apa-apa masalah, atau konflik, saya sentiasa ada di komen. Sekian.

Ayuna menunggu lelakinya tiba. Sementara itu, dia sempat bermain permainan Android ditelefonnya. Baru sahaja enak bermain, tiba-tiba ada orang yang agak 'sewel' merampas telefonnya itu dan dibalingnya ke lantai. Terbeliak mata Ayuna melihat telefonnya yang ketiga ditukar pecah berderai di lantai. Kepala didongakkan dan memandang orang yang jahat membanting telefonnya ke lantai itu.

"Kenapa? Nak marah? Marahlah sekarang." Selamba betul Tao bercakap. Wajahnya yang sengaja digarangkan, penampilannya yang memang sentiasa kelelakian membuatkan Tao kelihatan seperti pelatih menari universiti terbaik dunia. Kacak pula tu. Kegilaan ramai gadis-gadis barat.

"Kenapalah awak ni daripada dulu tak pernah nak berubah?! Tahu tak yang awak ni menyus..."

"Menyus apa? Ha? Menyusahkan?" Kening dinaikkan menghadap Ayuna yang seperti hendak menangis sahaja dihadapannya. Bukan dia sengaja nak baling telefon Ayuna yang dia dapat tahu, sudah kali kedua Ayuna membeli telefon yang sama. Sebab dia menukar telefon pun kerana pecah berderai. Kali pertama ketika Jackson merempuhnya suatu ketika dulu. Dia mendapat telefon baru hadiah lelaki itu. Lepas tu sewaktu Hanna mengamuk di Jepun dan membaling telefonnya ke dinding dan itu adalah kali kedua telefonnya pecah berderai. Yang ini, adalah kali ketiga pecah berderai di hadapan mata sendiri gara-gara teman lelakinya ini. Tidak tahulah lelaki itu mahu ganti ke tidak.

Ayuna diam dan menghempaskan punggungnya di atas kerusi kembali. Lemah kaki lututnya melihat perangai Tao yang seperti dirasuk ini. Nak je dia lari dari situ. Biar putih matanya!

"Are you miss me, jagi?" Soal Tao lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Ayuna. Kaki disilangkan dan tangan yang lagi tadi di belakang di bawa ke depan. Tadi bukan main garang, ni dah baik pula!

"Bisinglah awak ni! Dahlah, baliklah sendiri. Saya nak balik U. Ada banyak class yang saya kena cancel. It's because of you!" Rungut Ayuna lalu bangun. Belum lagi dia melangkah, tangannya ditarik dan menyebabkan dia terduduk semula. Masalahnya bukan di atas kerusi, tapi dia atas riba Tao! Aduh! Masalah!

"Hei, apa awak ni?! Lepaslah! Tahu tak ni tempat apa?! Ini public! Malulah nampak orang!" Marah Ayuna dan cuba untuk bangun dari ribaan lelaki itu. Hari ini Tao agak pelik dan nakal. Tadi garang, bengis dan jahat. Ini tak alih-alih romantik, comel dan sweet pula. Naik pelik Ayuna yang menghadapnya.

"Alah, sekejap je. Nanti saya lepaskanlah. Emm... Ayuna," seru Tao lalu dagunya diletakkan di atas bahu teman wanitanya itu. Masih lagi teman wanita ya sebab hubungan mereka hanya digantung tidak bertali. Pergh, dah macam apa dah.

"Hmm..." pendek tapi penuh dengan persoalan di kepala. Orang yang lalu lalang bukannya memandang menyampah, tapi ada yang sanggup berdiri statik untuk melihat mereka berdua bercinta pula. Segan. Sangat segan!

Tao mengambil kotak sederhana besar yang disorokkan di belakang tubuhnya tadi dan diletakkan di tangan Ayuna. Ayuna terkedu melihat kotak itu.

"i... iPhone?"

Ya, kotak iPhone5s kini berada di tangannya. Apa semua ni? Dia langsung tidak faham. Bukankah tadi Tao yang membaling telefonnya? Tetapi kenapa ada gantinya pula? Bila masa beli?

"Apa semua ni? Saya... saya tak faham." Kata Ayuna sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tao menarik nafas dan menyuruh Ayuna duduk di kerusi dan menghadapnya. Tangan gadis itu dipegang erat dan dia memejamkan mata.

"Ayuna, awak tahukan, telefon awak banyak kena ganti sebab pecah?" Tao menyoal dan tentu sekali Ayuna mengangguk. Dia menyambung. "Siapa yang belikan telefon yang pecah dulu?" Tanya Tao lagi. Ayuna mengerutkan dahi. Masih tidak faham tetapi dijawabnya juga soalan itu.

"Jack... son."

"Yang pecah baru-baru ni sebab Hanna baling ke dinding?"

"Jackson juga." Jawab Ayuna lurus. Perlahan-lahan otaknya cuba mentafsir apa yang Tao cuba sampaikan sebelum akalnya berkata, 'Dia buat semua ni sebab dia cemburu asyik Jackson yang bagi kau telefon. Sebab tu dia baling.'

"Saya tak suka semua tu. Sebab tu saya baling telefon awak dan, bagi telefon baru ni. Saya harap awak lebih suka daripada apa yang Jackson bagi sebelum ni sebab, ada kelainan sikit tau pada skrin, dengan casing tu." Jelas Tao sedikit demi sedikit dan ianya sama dengan apa yang akalnya tafsirkan. Tanpa dapat Ayuna tahan, dia ketawa. Tao pelik tetapi dia hanya senyum. Hailah, suka tengok dia ketawa.

"Kalau ya pun cemburu, tak payahlah baling. At least saya ada banyak handphone pemberian fans-fans saya." Kata Ayuna dan mengukir sekuntum senyuman paling manis sekali. Dia akui dan memang sudah terpujuk dan sekarang sedang berbaik dengan teman lelakinya ini. Dia bukan terpujuk kerana telefon itu, tetapi terpujuk kerana cara dan layanan Tao kepadanya. Dia sangatlah bertuah mempunyai lelaki yang baik, kacak dan pandai memujuk seperti Tao ini. Kalau dia dan Tao berpisah, pasti dia akan menyesal seumur hidup. Dia sendiri yang mengaku. Tiada paksaan atau keterpaksaan.

"Banyaklah awak punya fans. I ask you to open the box right? So, open it." Arah Tao dan tangannya nakal pula memeluk tubuh itu. Ayuna tersenyum sambil menyilangkan kakinya sama seperti Tao. Tangannya lincah membuka dan apabila dia membuka telefon itu, dia sungguh terkejut.

"Omo!" Tangan menutup mulut sambil yang lagi satu melihat kertas dinding hidup telefon itu. Kertas dinding itu bergerak yang menunjukkan Tao memegang sekeping kertas yang ada tulisan 'TaoxAyuna'. Kemudian wajahnya bertukar dengan gaya yang lain dengan perkataan yang lain iaitu, 'Saranghae'. Gambar itu bergerak-gerak dan membuatkan ianya nampak cantik dan comel. Terharunya.

"Are you... like that?" Tanya Tao apabila Ayuna diam sahaja. Apabila gadis itu mengangkat wajah, dia dikejutkan dengan pelukan tiba-tiba Ayuna. Dah tu dahlah kena peluk secara tiba-tiba, dapat pula ciuman sekilas daripada gadis itu lagi membuatkan Tao seakan-akan mahu pengsan di situ juga rasanya.

"Oh... so sweet!!!" Laungan orang keliling mereka yang melihat kejadian-kejadian comel tadi.

Tao dan Ayuna ketawa. "Amboi, sukanya sampai macam tu sekali? Cuba tengok casing." Arahnya pula. Rasa macam nak ketawa terbahak-bahak je rasanya. Konon masa jumpa di U dulu bukan main tak mahu. Egonya tinggi melangit. Ini bila dah macam ni, suka betul. Macam mimpi je dia rasakan semua itu.

Ayuna mengikut dan melihat casing yang kelihatannya seperti ditempah khas kerana siap berkotak lagi. Dia buka dan terkejut buat kali kedua. Casing tersebut ada beberapa gambar mereka berdua yang dicantum-cantumkan dan ianya berada di belakang casing tersebut.

"Pandaikan awak ambil hati saya yang dah nak cair ni?" Ayuna berkata sambil tersenyum dan memandang wajah lelaki itu. Tao tersenyum dan menampakkan giginya yang putih. Sebenarnya, bukan itu sahaja. Ada lagi satu kejutan yang Ayuna tidak tahu.

"Emm... awak belum cukup terkejut lagi. Saya nak tunjukkan yang lagi satu ni," ujar lelaki itu. Ayuna melihat tingkah Tao yang bangun dan mengeluarkan telefonnya sendiri dari kocek belakang lalu dihulurkan kepada Ayuna. Sekali lagi Ayuna terkejut.

"Casing sama?" Tanya Ayuna dan membezakan antara casingnya dan casing Tao. Sama. Bila dia menghidupkan telefon lelaki itu, dia dikejutkan lagi. Boleh kena sakit jantung dia dibuatnya.

"Inikan video yang saya letak dekat Instagram dulu. Awak... awak ambil?" Soal Ayuna terkejut dan melihat kertas dinding hidup milik Tao yang ada gambarnya yang bergerak-gerak juga. Sama seperti Tao buat cuma tulisan yang ada pada kertas itu sahaja yang lain. Jika Tao buat pada kertas dinding telefonnya bertulisan 'TaoxAyuna Saranghae,' yang Ayuna buat sendiri dan dimuat naik di Instagram bertulisan, 'Tao Oppa I Love You.' Video pendek itu dimuat naik dan diedit sewaktu dia dan Tao dalam mabuk kepayang. Sedang hangat bercinta ketika itu. Fuhh... kiranya sekarang ini seperti terjaga semulalah hubungan itu setelah agak lama digantung tidak terjaga.

"You know what, penat saya edit benda ni sampai saya demam-demam. Demam sebab saya rindukan awak. Yelah, masa tu kan awak tengah dihasut dengan Jackson. Masa tu saya dekat manalah agaknya kan?" Tao seakan-akan mengungkit kisah lama. Ayuna menjeling kerana dia memang benci dengan benda yang sengaja diungkit-ungkitkan. Kalau benda itu kenangan manis tak apa, ini kenangan yang memang meninggalkan kesan di dalam hatinya. Walaupun tidak berluka dan tidak berparut, tetapi dalamnya sangat berdarah! Sangat pedih bila mengalir ke kalbu.

"Kenapa suka sangat mengungkit?" Ayuna menyoal perlahan. Telefon-telefon pintar tersebut diletakkan di kerusi kosong disebelahnya. Tangannya memegang tangan Tao yang berada di atas bahunya itu. Sepatutnya mereka bercinta tidak boleh di sini kerana, ramai yang menonton. Walaupun ianya tidak pelik dikalangan masyarakat Korea, tetapi kelakuan mereka yang romantik itu mengundang haru kepada semua.

"Siapa yang mengungkit? Saya tak mengungkit." Kata Tao. Perlahan seakan-akan berbisik. Ayuna mencebik.

"Yelah tu. Emm... sebenarnyakan, saya nak bagitahu awak sesuatu ni. Pasal relay kita." Ayuna memulakan tujuannya berjumpa dengan Tao di lapangan terbang ini. Dia tahu Tao penat. Lihat sahajalah mata lelaki itu. Lebam kerana tidak cukup tidur.

"Pasal relay? Kenapa? Kita still couplekan?" Tao menanya. Dia tahu apa yang Ayuna mahu sampaikan. Lihat sahajalah pada wajahnya. Tersenyum kegembiraan. Dia suka melihat senyuman itu.

Ayuna menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Awakkan tuntut jawapan saya pasal ni. Jadi saya nak bagitahulah. Saya dah buat keputusan yang saya..." sengaja menganggantungkan ayat. Mahu melihat reaksi kekasihnya ini. Ternyata wajah Tao tidak serius seperti tadi. Senyum sahaja. Seakan-akan tahu apa yang dia mahu katakan.

Ayuna tersenyum kecil sambil mendekatkan bibir pada telinga Tao. Tao menanti dengan memejamkan mata dan menanti kata-kata Ayuna. Hembusan nafas Ayuna membuatkan telinganya geli pula.

"Saya nak kita berbaik dan... kita tutup buku lama, buka buku baru. Oppa, Ayuna sayang oppa." Ucap Ayuna dengan penuh dengan perasaan kasihnya kepada Tao. Sebab apa dia berbisik sebab dia tidak mahu orang sekelilingnya dengar. Dah macam lakonan pula sebab ramai yang menonton.

Tao ketawa kecil dan membalas,

"Oppa sayang Ayuna lebih dari segala-galanya..."

Akhirnya, gadis yang sudah lama dia tunggu terlerai juga. Cinta Ayuna kepada Tao dan cinta Tao kepada Ayuna memang tiada galang gantinya. Kalau sudah ditakdirkan, berpisahlah beribu batu jauh ke mana pun, pasti akan jumpa juga. Sakitlah macam mana sekali pun hati tu, tapi ianya akan terubat juga apabila ada ubatnya. Cinta. Bukan kerana harta, wang ringgit atau paras rupa. Tapi cinta itu kerana cinta yang sejati! Lebih hebat cinta itu, lebih baguslah kisahnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience