Bab 5

Fanfiction Completed 49058

KINI, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Tepat jam 9 pagi, Kim Ayuna dan Choi Hanna tiba di Universiti Konkuk. Rasa berdebar memang tidak lekang sejak dari rumah lagi. Kereta mereka dipakir sebelah-menyebelah. Nasib baik ada dua pakir kosong.

"Ready? Kaja." Dua pasang kaki yang tersarung seluar jeans biru gelap ini mula melangkah setapak demi setapak. Fail dikepit kemas. Tidak sampai beberapa minit, mereka berdua tiba di pejabat pengetua universiti, Lee Kwang Soo yang terkenal dengan ketinggiannya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Choi Hanna mengetuk pintu bilik Prof. Lee Kwang Soo. Satu, dua, tiga...

"Come in," arah Prof. Lee Kwang Soo dari dalam. Kim Ayuna dan Choi Hanna menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk.

"Silakan duduk. Tak payah takut-takut, saya tak makan orang." Arah Prof. Lee Kwang Soo. Sempat lagi berseloroh tu. Kim Ayuna dan Choi Hanna saling-berpandangan sambil berpandangan sebelum tersenyum manis. Ini yang mereka mahukan. Seorang pengetua yang baik dan tidak berapa tegas.

"So, awak berdua ke yang akan menjalani praktikal sebagai guru tari kat sini?" Prof. Lee Kwang Soo sambil menanggalkan cermin matanya sejurus selepas menyoal. Kedua-dua wajah suci ini dipandang. Muda, cantik dan menawan. Mujur dia sudah berkahwin, jika tidak, sangkut juga ni.

"Ya, prof." Jawab Kim Ayuna mewakili sekali dengan Choi Hanna. Teruja dan berdebar menjadi satu membuatkan diri mereka gementar.

"Baiklah kalau macam tu. Berikan saya fail-fail yang Prof

Lee suruh awak bawa tu. Sementara tu, saya akan panggil senior-senior awak sepanjang awak praktikal di sini." Ujar Prof. Lee Kwang Soo panjang lebar. Kim Ayuna dan Choi Hanna menganggukkan kepalanya. Fail yang diminta Prof. Lee Lwang Soo diletakkan di atas meja. Prof. Lee Kwang Soo membaca sekilas dua fail mereka berdua sebelum tangannya mencapai ganggang telefon.

5 minit membebel ditalian, Prof. Lee Kwang Soo pun bersuara.

"Sekejap lagi senior-senior awak berdua akan tiba. Sebelum tu, saya nak tanya awak." Prof. Lee Kwang Soo membetulkan duduknya yang sedikit menyelorot.

"Apa dia, prof?" Soal Choi Hanna tidak sabar.

"Awak berdua setuju tak kalau saya letakkan terus nama awak sebagai guru tari wanita kat sini?" Tanya Prof. Lee Kwang Soo. Kim Ayuna dan Choi Hanna tersenyum gembira dan tidak percaya. Prof. Lee pernah mengkhabarkan berita ini juga semalam tetapi dia agak kurang percaya. Tetapi kini, dia percaya. Mereka saling berpandangan sebelum berkata,

"Peluang dah terhidang kat depan mata, takkan kami nak tolak?" Kim Ayuna bersuara seraya tersenyum.

"Ya, prof. Kalau boleh, kami memang dari awal nak terus stay kat sini. Tapi bila prof. sendiri dah tawarkan padakami, kami tak kisahlah." Sambung Choi Hanna menandakan yang mereka berdua benar-benar bersetuju dengan cadangan Prof. Lee Kwang Soo.

Prof. Lee Kwang Soo tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.

"Baiklah kalau kamu berdua dah sebulu dan setuju dengan cadangan saya. Kalau macam tu, saya akan pendekkan masa praktikal awak."

"Ha?! Pendekkan masa praktikal? Maksud... prof?" Kim Ayuna mengerutkan dahinya. Agak blur dengan kata-kata Prof. Lee Kwang Soo.

"Awak berduakan bakal menjadi guru tari baru kat sini, jadi saya ada hak memendekkan masa praktikal awak berdua menjadi 2 bulan sahaja. Selepas je 2 bulan, awak berdua dapat sijil pelepasan dan... boleh teruskan pekerjaan awak di sini. Saya tak nak awak berdua lama-lama praktikal sampai 5 bulan. Menyusahkan saya nak kena cari guru baru. Sudahlah kat sini kurang khidmat guru tari wanita. Payahlah saya nanti." Terang Prof. Lee Kwang Soo selebar-lebarnya.

Kim Ayuna dan Choi Hanna tidak tahu mahu berkata apa lagi melainkan tersenyum dan ketawa sahaja. Tidak sangka pekerjaan mereka semudah ini. Tidak seperti apa yang disangkakan selama ini.

Selama ini mereka menyangka, mahu mencari pekerjaan adalah perkara kedua lebih sukar selepas mencari harta karun. Rupa-rupanya tidak. Jika dibantu dengan usaha dan minat, inilah yang dapat. Mudah sahaja seperti menyebut ABC.

"Thanks a lot, prof. I don't know what to say. Kamsahamnida." Ucap Choi Hanna sekali gus menundukkan kepalanya tanda hormat terhadap Prof. Lee Kwang Soo. Kalau boleh, nak dipeluk-peluknya lelaki yang masih kelihatan muda itu kat situ juga.

"Most welcome, girls." Balas Prof. Lee Kwang Soo sambil tersenyum manis. Asyik tersenyum je lagi tadi. Senang sebab selepas ini, dia tidak perlu lagi nak risau-risau mahu mencari guru baru.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Come in," arah Prof. Lee Kwang Soo. Dia sudah tahu gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu. Pasti senior-senior kepada Kim Ayuna dan Choi Hanna.

"Anyeong." Dua lelaki dalam lingkungan awal 20-an memasuki ruangan bilik itu. Mereka menundukkan kepala tanda hormat kepada Prof. Lee Kwang Soo. Kim Ayuna dan Choi Hanna yang melihatnya terus sahaja bangun. Dia juga turut menundukkan kepalanya.

Dua lelaki yang masih belum dikenalinya ini dipandang atas bawah. Kacak. Dengan hanya memakai baju T-shirt dan berseluar jeans sahaja, penampilan lelaki ini mampu menggugat hati gadis-gadis muda. Cap yang dipusingkan ke belakangyang bertenggek di atas kepala menjadi penghias penampilan lelaki-lelaki ini. Senang cakap, setaraf dengan kekacakan V dan Jakson.

"Baiklah. Ayuna, Hanna. Ini senior kamu berdua. Tao, Chanyeol, ini junior kamu. Bimbinglah seikhlas hati, ya? Saya harap tiada apa-apa perselisihan faham. Kalau ada apa-apa masalah, boleh report pada saya." Prof. Lee Kwang Soo memperkenalkan antara satu sama lain sekali dengan pesan memesan. Zi Tao dan Park Chanyeol tersenyum manis sambil menunduk. Begitu juga dengan Kim Ayuna dan Choi Hanna.

Ketika pandangan mata Kim Ayuna dan Zi Tao bertembung, jantung kedua-dua manusia ini seperti mahu terkeluar daripada badan rasanya. Ada suatu aura yang menyinar diwajah masing-masing.

Tetapi, bukan Kim Ayuna dan Zi Tao sahaja yang rasa, Choi Hanna dan Park Chanyeol juga merasakan benda yang sama.

'Kenapa jantung aku macam nak terjatuh?' Getus hati Park Chanyeol perlahan. Matanya seperti dapat dikalihkan ke tempat lain selain daripada muka Choi Hanna. Tangannya sekilas sahaja menyentuh dada. Benar! Laju betul.

'Laju jantung ni... tak sama macam... macam debar aku jumpa V.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience