Bab 10

Fanfiction Completed 49058

CHOI Hanna dan Chanyeol masuk ke dalam dewan yang besar itu. Tidak berkelip mata Choi Hanna melihatnya. Atas bawah, kiri kanan, depan belakang ditenungnya. Sebesar-besar dewan ni, nak dihiasnya? Gila apa?!

"Hei, termenung apa tu? Marilah sini." Panggil Chanyeol apabila Choi Hanna asyik berdiri kaku di hadapan pintu besar dewan itu. Dia faham yang Choi Hanna pasti terkejut kerana kena mengemas dewan sebesar bilik kuliah yang boleh memuatkan 3,000 orang pelajar ini. Tapi apa boleh buat? Dah ini yang perlu dilakukan oleh dia, Choi Hanna, Tao dan Kim Ayuna.

Pasangan lagi satu itu rasanya lagi penat kerana kena mencari bahan-bahan perhiasan untuk dewan ini. Kalau pengetua Lee Kwang Soo tidak meletakkan nama mereka berempat sebagai ahli-ahli program dan dekorasi dewan, pasti sebentar lagi mereka akan pulang. Tapi disebabkan ini, terpaksalah mereka pulang lewat ke rumah. Aduh...

Choi Hanna mendekati Chanyeol yang sedang mencari sesuatu di bawah pentas yang tingginya paras pinggang Chanyeol yang tinggi lampai ini.

"Awak cari apa tu?" Tanya Choi Hanna. Risau betul melihat Chanyeol yang ke hulur ke hilir tidak reti duduk diam. Entah apa benda yang dicarinya.

"Saya tengah cari pisau lipat. Semalam saya rasa, saya ada bawa ke sini. Tapi..."

"Alah, dah-dahlah tu, Chanyeol. Penatlah mata saya tengok." Choi Hanna mula meluahkan ketidakselesaan dirinya. Dia duduk bersila di tengah-tengah pentas. Disebabkan bosan dan malas punya pasal, iPhone6 yang hari ini satu hari dia tidak godeh dikeluarkan dari poket seluar jeans.

"Hanna," panggil Chanyeol. Lelaki itu sibuk mengenakan kain berwarna merah terang pada tepi meja. Dia mahu menstaplerkannya tetapi disebabkan stapler besar khas untuk benda keras jauh dari tempatnya, dia meminta tolong Choi Hanna. Tetapi gadis itu sibuk menghadap telefon pula.

"Hanna," panggil Chanyeol lagi sekali. Tidak sangka pula yang Hanna ini kurang pendengaran. Bukan apa, baginya panggilan itu cukup kuat tapi kenapa Choi Hanna boleh tidak sedar? Ini yang tak sabar ni.

"Choi Hanna!" Jerit Chanyeol sekuat hatinya. Choi Hanna punya terkejut. Nasib baik tak terjatuh iPhonenya. Kalau tidak...

"Apa?! Awak ni, next time kalau panggil tu elok-eloklah sikit. Ini tidak. Nasib baik tak jatuh tau." Marah Choi Hanna. Dadanya masih lagi berombak tanda masih lagi terkejut.

"Aik? Saya pula yang kena marah? Saya panggil awak banyak kali tau? Awak tak dengar. Tu yang saya jerit tu." Chanyeol menerangkan lebih terperinci. Dah memang betul. Sekali dinaikkan volume, terkejut.

"Hish! Awak nak apa?" Kembali kepada suara yang normal. Di bangun setelah telefonnya dimasukkan ke dalam poket kembali. Kakinya berjalan mendekati Chanyeol yang sedang mencangkung di tepi meja yang perlu dihiasnya itu.

"Ambilkan saya stapler tu." Pinta Chanyeol. Choi Hanna hanya menurut apa dipinta seniornya. Yelah, hormatkan?

"Ada apa-apa lagi tak yang saya nak kena tolong?" Tanya Choi Hanna selepas sahaja memberikan stapler tadi kepada Chanyeol.

"Ada. Tapi tunggu Tao dengan Ayuna balik dululah. Tapi..." Chanyeol bangun. Lenguh pula kerana mencangkung terlalu lama.

"Apa dia?" Kening terangkat menanti jawapan Chanyeol.

"Tapi.. awak kena tolong saya dulu. Tolong ambilkan kerusi untuk saya. Kaki saya lenguhlah." Pinta Chanyeol sambil membuat muka kacaknya. Choi Hanna tersenyum nipis. Dia agak tergoda dan terbuai dengan wajah Chanyeol tadi. Nampak comel sangat! Dia suka!

Kerusi plastik dicapai lalu dihulurkan kepada Chanyeol. Chanyeol menyambutnya tanpa sepatah dua kata.

KETAK! KETUK! Stapler yang Chanyeol pegang tadi mula beroperasi. Choi Hanna yang masih lagi statik itu mula rasa bosan kembali. Keluhan berat dilepaskan.

Dia memanjat kembali naik ke pentas dan duduk bersila. Telefon bimbit dikeluarkan lagi dan mula bermain permainan Android Clash of Clans. Agak-agak bosan, dia menukar permainan kepada permainan Android paling popular, Candy Crush Saga.

5 minit, 10 minit, 15 minit. Dekat 20 minit Choi Hanna menala telefon bimbitnya. Dan dah dekat setengah jam juga Tao dan Kim Ayuna keluar. Itu Chanyeol tidak kisah kerana Mega Hot Mall memang jauh dari sini. Apa yang dikisahkan sekarang ialah Choi Hanna. Asyik betul dengan telefon. Dia yang sudah menghias tiga buah meja dari tadi mula mendekati Choi Hanna.

"Yah!! Chanyeol, yah! Give me back!" Serta-merta tubuhnya berdiri tegak di hadapan Chanyeol. Baru tengah seronok menang dari satu level ke level yang lain, telefonnya dirampas pula. Ini yang tak best ni!

"Nope. You can't get it, sweetheart." Ujar Chanyeol sambil tangannya menayang-nayangkan iPhone6 kepada Choi Hanna. Tidak lama selepas itu, telefon itu selamat mendarat pada kocek belakang seluar jeans hitam gelap Chanyeol. Putih mata Choi Hanna dibuatnya.

"Chanyeol, bagilah balik." Rayu Choi Hanna. Kini, kakinya sudah menghentak-hentak pada lantai tanda protes. Janji dah tak buat! Bagilah...

"I said what? No, right? Saya penat-penat buat kerja, awak buat apa? Main game?" Tiba di bahagian ini, Chanyeol mula bertegas sedikit. Sengaja dibengiskan rupanya. Dia fikir Choi Hanna takut, rupa-rupanya...

"Eee...! Nak baliklah!" Tempelak Choi Hanna. Dia cuba untuk mendekati belakang Chanyeol tetapi tidak berjaya. Dia ke sana, Chanyeol pun ikut sama. Dia ke sini Chanyeol pun ke sini. Ini yang nak nangis ni!

"No, sayang. Until you call me handsome." Ujar Chanyeol dengan selambanya. Choi Hanna punya terkejut. Suruh panggil lelaki itu handsome satu hal, siap memanggilnya sayang tu yang tak boleh tahan. Cairlah juga sekejap tapi lepas tu beku balik.

"Hei! Who's your sayang?! And one more think before I forget it, kan ramai student kat sini. Buat apa susah-susah nak kena decorate apa semua. Saya penatlah." Choi Hanna mengeluh berat. Dia tahu dia orang baru di universiti ini, tetapi jika dia penat dan tersangatlah penat, semua benda pasti jadi tak kena. Buat itu tak nak, buat ini tak mahu. Macam nilah jadinya. Asyik kena paksa je.

Chanyeol menggaru-garu kening. Idea, idea, idea.

TING!

"Penat?" Soal Chanyeol sambil membuat suara seksinya. Dia pasti, Choi Hanna tidak akan tahu apa yang terlintas pada fikirannya sekarang ini.

Choi Hanna mengangguk-anggukkan kepalanya bila Chanyeol bertanya. Dia berharap sangat Chanyeol tidak kisah jika dia berehat sebentar.

"Nak rehat kejap?" Tanyanya lagi. Choi Hanna menganggukkan kepalanya berkali-kali. Yes, ada chance nampaknya.

"Betul?"

Kepalanya dianggukkan lagi. Bila da nak bagi kata putus?

"Kiss me here first and you can rest selama mana yang mungkin." Kata Chanyeol dengan jari diletakkan di bibirnya yang kemerah-merahan. Dia menundukkan sedikit tubuhnya supaya wajahnya dapat menyamai wajah Choi Hanna.

Choi Hanna punya terkejut. Ternganga mulut dibuatnya. Kenapa mesti ada tebusan baru boleh berehat pulak?!

"Eee... gatallah awak ni! Minta yang bukan-bukan pula." Geram Choi Hanna dibuatnya. Dia penat dan perlukan sedikit rehat untuk mengumpulkan tenaga. Masalahnya sekarang ini, permintaan Chanyeol agak 'kelaut' dan perlu ke dia melakukan hal itu semua demi merehatkan tubuhnya?

"Nak rehat ke tidak?" Tanya Chanyeol seraya mendekati Choi Hanna setapak demi setapak. Keningnya siap ternaik-naik pula tu. Nampak sangat kenakalannya di situ.

Choi Hanna ke belakang dan terus berundur ke belakang apabila Chanyeol masih lagi maju kehadapan tanpa memikirkan keadaannya yang bakal tersepit nanti.

"Memanglah saya nak, tapi masalahnya..."

"Tak ada masalahnya lagi. Just kiss my lips, and I let you go." Potong Chanyeol lagi. Wajahnya benar-benar nakal dan suaranya benar-benar perlahan. Penghawa dingin di dewan ini sudah cukup sejuk tapi Choi Hanna tetap juga berpeluh. Buatnya dia terlanggar dinding dan Chanyeol tidak bersedia untuk berhenti ketika itu, habislah. Haru! Haru!

"Chanyeol..."

"Hmm...?"

"Let me go..." pinta Choi Hanna. Takkanlah benda ini berlaku lagi? Tadi ketika di bilik latihan pun benda yang sama berlaku. Itu dia dapat melarikan diri. Ini?

"No, dear." Kini, hidung Chanyeol betul-betul di pipi Choi Hanna. Dekatnya jarak antara itu, sehingga Choi Hanna merasakan yang nafas Chanyeol menderu menampar pipinya. Jika hidung Chanyeol terbenam pada pipinya yang gebu itu maknanya...

PAP!

Ah sudah! Choi Hanna kini terperangkap. Belakang tubuhnya kini bersandar pada dinding dewan. Mereka seakan-akan membuat persembahan dikhalayak ramai sahaja.

"Chanyeol, please wake up! Are you drunk?" Choi Hanna menampar-nampar lembut pipi Chanyeol tetapi lain pula yang jadinya. Tangannya ditangkap kemas oleh Chanyeol. Lelaki itu semakin berani mendekati wajah Choi Hanna.

10 cm, 7 cm, 4 cm dan apabila bibir Chanyeol mahu menekup bibir Choi Hanna, satu panggilan mengejutkan mereka.

"Chanyeol oppa?!"

"Hanna sshi?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience