Bab 25

Fanfiction Completed 49058

"KAMSAHAMNIDA." Ayuna dan Hanna menundukkan kepalanya serentak tanda hormat kepada dua orang pramugari yang bertugas di pintu keluar pesawat boeing ini. Tepat jam 10 setengah malam waktu Jepun, mereka tiba di negara matahari terbit ini. Kepenatannya sama seperti penatnya mereka datang dari Amerika ke Korea dulu.

"Akhirnya!!!" Hanna terpekik kegembiraan apabila tiba di Jepun. Suasana sejuk memang menusuk tulang hitam. Memang bukan nasib Ayuna nampaknya kerana dia terlupa untuk memakai baju tebal. Baju sejuknya pula yang biasa dia pakai tertinggal di Korea. Hanya baju sejuk nipis sahaja yang membaluti tubuh.

"Hanna sshi," panggil Ayuna yang sudah mula menggigil kesejukan. Bagasinya ditarik dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi dimasukkan ke dalam poket baju sejuknya.

Hanna menoleh. "Apa?" Seakan-akan tidak faham apa yang berlaku kepada Ayuna sekarang ini. Senang sahaja tanya, 'apa'. Nak je dihempuk kepala Hanna dengan beg bagasinya.

"Kau nampak aku tengah diserang 'penyakit' pakinson ni boleh tanya apa?" Soal Ayuna bengang. Kaki tetap juga dilangkah laju menuju ke balai berlepas sebelum mereka akan mengambil teksi dan menyewa hotel. Tu belum lagi mendail nombor senior-seniornya lagi. Haish!

Hanna tersengih sebelum tangannya mengambil beg panas yang sengaja dibekal dari Korea di dalam beg tangannya. Beg panas berisi air panas itu diletakkan di bahu Ayuna, perut dan belakang badan berlapikkan dengan baju yang gadis itu pakai. Mujur Hanna membawa banyak dan saiznya kecil-kecil. Jadi mudah untuknya digayakan.

"Gomawo..." sempat mengucapkan terima kasih sebelum meneruskan lagi setelah berhenti untuk meletakkan beg panas pada tubuhnya.

"Emm.. sama-sama. Palli, yah. Nanti dah lambat." Hanna memegang tangan Ayuna yang sejuk itu untuk membantu Ayuna sekali gus membantu rakan baiknya itu berjalan. Mereka melewati kesemua benda yang ada di sana untuk terus mengambil teksi. Daripada pemeriksaan barang, sampailah pemeriksaan pasport. Ayuna dan Hanna mengambil satu teksi dan terus ke hotel yang mereka mahu berehat malam ini.

"Kau dah call budak dua orang tu?" Tanya Hanna dan dengan selambanya dia membahasakan pengganti si jantung hatinya dengan 'budak' dua orang. Walaupun mereka tidak kenal sesama sendiri, tetapi cukup membuatkan Hanna berasa biadap dengan kata-kata sendiri. Bagi Hanna, dia tidak dapat menemui Chanyeol buat kali yang terakhir gara-gara budak dua orang itu. Jika budak dua orang itu tidak menyuruh pengetua supaya menganjakkan lagi masa penerbangannya, pasti dia sempat. Ini, sampai je lapangan terbang, teks yang cukup sedih diterima. Rindu dah satu hal. Kalau diikutkan, Chanyeol belum tiba di Los Angeles ni. Tadi selepas teks kedua Chanyeol diterima sewaktu dia di tempat menunggu dengan Ayuna, teks ketiga pula tiba semasa dia di dalam pesawat sebelum dia menukar mod telefonnya kepada mod pesawat. Teks itu berbentuk...

Jagiya, nanti kalau oppa dah sampai LA, oppa teks Hanna. Kalau ada apa-apa, terus call oppa. Oh ya nanti jangan lupa on Skype. Kita date kejap walaupun tak face to face betul-betul. Okey? Love you, jagiya. Take care. Bye, love. ^_^ ???

Ketika itu hanya Hanna sahajalah yang tahu betapa berbunganya hati kecilnya. Taman bunga di dalam hatinya semakin meluas apabila Ayuna juga mendapat mesej audio daripada Tao. Hanna yakin mereka menghantar SMS bersama dalam bentuk yang sama tetapi berlainan waktu. Mereka seakan-akan menggunakan ilmu telepathy yang dapat melakukan sesuatu perkara yang sama secara kebetulan.

Hanna mendengar apa yang Tao kirimkan melalui SMS audio tadi. Bukan senang mahu menipunya. Nampak Ayuna kalau tersenyum-senyum sendiri, adalah bendanya tu. Lagipun Ayuna tak marah kalau dia mendengar mesej audio daripada Tao . Audio itu berbunyi seperti...!!!

Ayuna, nanti oppa call Ayuna bila oppa dengan Chanyeol oppa sampai sana. Please take care you heart dan diri masa oppa tak ada. Miss you so much, sayang. Love you. Bye... ???

"Yah, Hanna yah! Dengar tak aku cakap apa tadi?" Sergah Ayuna sambil menepuk paha Hanna yang termenung di sebelahnya.

"Ha? Apa dia? Aku tak dengar apa-apa pun? Oh ya, kau tak jawab lagi soalan aku. Kau dah call belum?"

Ayuna mengetap gigi mendengar kata-kata balas daripada Hanna. Punyalah banyak dia bagitahu, boleh Hanna cakap yang dia belum bagi jawapan soalannya tadi? Ingat tak panas ke?!

"Kau ni kan. Kalau aku..."

"Okey-okey! Sorrylah, baby. Tadi sibuk bermimpi dengan buah hati pengarang jantung." Kata Hanna sambil tersenyum-senyum simpul. Ayuna mengherotkan bibirnya tanda menyampah.

"Hish, ada-ada je kau ni kan?! Dahlah tu. Back to old story, kau tanya aku apa tadi?" Ayuna menukar topik akhirnya. Kalau bercerita pasal benda lain lebih-lebih lagi pasal kekasihnya, menangis kat situ silap haribulan. Rindu punya pasal. Sebelum ini mereka hanya berpisah beberapa jam sahaja. Ini? Dah nak satu hari kut? Siapa tak merana? Orang cakap, kalau dah sayang, kentut pun bau wangi.

"Kau dah call?"

"Belum lagi. Tu yang aku suruh kau call pakai handphone aku. Kau sibuk berangan pula!" Jelas Ayuna dan sedikit tinggi juga lantang suaranya sehingga mengejutkan pemandu teksi berbangsa Cina itu.

"Wei?" Lelaki Cina yang tidak tahu apa-apa itu menanya dengan longhatnya. Ayuna dan Hanna sedikit bengang. Mesti pemandu Cina itu mendengar apa yang mereka tekakkan.

"Nothing, sir." Jawab Hanna mewakili sekali dengan Ayuna. Ayuna sempat tersenyum dan menundukkan kepalanya sekilas tanda hormat. Pemandu pertengahan umur 50-an ini hanya tersenyum nipis sahaja. Biasalah, darah mudakan? Berbual rancak tu bagi mereka tak hairan. Dia ni? Dah nak 'jalan'. Bercakap sikit, dah terbatuk-batuk.

"Kecohlah kau." Hanna menuduh perlahan. Ayuna hanya mencebik sambil menyelok poket seluarnya dan mengeluarkan iPhone5s miliknya pemberian Jackson suatu ketika dahulu.

"Nah, call." Arah Ayuna dengan mudah sambil meletakkan telefon itu di atas paha Hanna.

Hanna mengeluh kerana disuruh menelefon pengganti kekasihnya itu tetapi tetap dicapainya juga. Sebelum dia mendail, dia membelek telefon Ayuna. Otaknya berpusing-pusing mengingatkan tentang telefon ini. Bukan ke telefon ni...

"Jackson bagikan?" Tanya Hanna tiba-tiba. Ayuna yang sedang menyedut air kopi panas yang dibeli di lapangan terbang tadi hampir sahaja tersedak.

"Kau ni! Soalan apa yang kau tanya ni?" Sedikit marah dengan Hanna. Kalau dia tersedak, sah terkena pada pemandu tersebut. Habislah. Apa kata pemandu tu pula? Sudahlah menumpang, pengotor pula tu!

"Betulkan? Jackson bagi? Tao oppa tahu?"

Ayuna menggeleng. Itu dia! Kalau boleh, janganlah sampai Tao tahu. Nanti kalau Tao tahu, lain pula yang jadinya. Lebih-lebih lagi Tao pernah nampak Jackson sebelum ini. Ketika itu mereka berdua di stesen minyak dan mahu pergi membeli barang-barangan perhiasan dewan. Cuma Jackson je yang tidak tahu. Habislah nanti. Tapi elok juga kalau dia beritahu. Tapi biarlah Tao tahu sendiri! Ah, lantaklah!

"Kau tak na..."

"Okay. We're arrived." Pintas pemandu itu sambil menarik brek tangan. Hanna dan Ayuna mengalihkan perhatiannya kepada lelaki tersebut. Lupa sudah pasal telefon tadi.

"How much, sir?" Hanna menanya. Setelah pemandu itu memberitahu harga perjalanan mereka dari lapangan terbang ke mari, Hanna nembayar dan terus masuk ke dalam hotel bertaraf 5 bintang tersebut. Walaupun hanya tempat berehat, tetapi takkanlah nak bilik kecil je? Tak syok kut? Baik sewa 5 bintang. Baru adventure kan???

"Thanks you, sir." Ucap Hanna dan Ayuna serentak. Berlalu sahaja teksi tadi, mereka terus masuk ke dalam hotel ini. Di dalam perjalanan itu, Hanna mendail nombor yang diberikan oleh pengetua Lee tadi sementara Ayuna pula sibuk menguruskan pendaftaran bilik.

Lama juga Hanna diam menanti jawapan daripada yang dipanggil. Cubaan kali yang kedua barulah panggilannya diangkat.

"Helo," suara garau lelaki bergema di hujung talian. Hanna nengerutkan dahi. Macam pernah dengar suara lelaki ini. Siapa ya?

"Ermm... helo. Err... saya... saya..." Hanna menepuk mulutnya sendiri. Kenapa boleh tergagap-gagap pula ni?! Mungkin tidak tahu bagaimana mahu menerangkan yang mereka ialah pelajar praktikalnya.

"Awak ni pelajar praktikal ya?" Lelaki yang berada di hujung talian menyoal. Hanna menarik nafas lega. Mungkin lelaki itu tahu nombor Ayuna ialah nombor pelajar praktikal kerana pengetua Lee Kwang Soo yang memberitahu. Pengetua Lee bukan boleh dijangka. Silap haribulan tarikh lahirnya pun diberitahu juga. Tetapi apa yang dia tahu, pengetua Lee tiada kerana ada kursus di luar dan penggantinya ialah pengetua Kim Jong Kook a.k.a Kommander. Seorang penolong pengetua yang tegas dan garang. Panas baran dan lagi satu, tubuhnya yang sasa dan berketak-ketak. Itu adalah pakej pengetua Kommander mengurat wanita tapi sampai ke umurnya 30-an nasih lagi belum berkahwin. Entah apa yang tak kenanya sampai tak kahwin.

"Haah. Saya Choi Hanna. Tapi ini nombor Kim Ayuna, kawan saya. Saya cuma nak bagitahu yang kami dah sampai dah. Sekarang ni kami ada dekat Royal Sakura Japan Hotel." Ujar Hanna panjang. Sesekali dia menjeling Ayuna yang berada beberapa tapak sahaja daripadanya. Nampaknya Ayuna hampir sahaja selesai kerana gadis Jepun itu sudah bangun dan mengambil kunci bilik untuk mereka berdua.

"C... hoi Hanna? Hanna?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience