Bab 17

Fanfiction Completed 49058

SUDAH hampir dua minggu Kim Ayuna dan Choi Hanna menjalani praktikal di Universiti Konkuk. Dan hampir dua minggu jugalah Kim Ayuna dan Choi Hanna merasakan sesuatu yang berbeza bila mereka mendekati Tao dan Chanyeol. Perasaan mereka sama seperti Chanyeol dan Tao rasa sebelum ini. Ini bermakna, mereka sudah saling jatuh cinta. Cuma hati itu sahaja yang tidak dapat tangkap apa sebenarnya perasaan tu.

Kini, Tao dan Kim Ayuna berada di bilik latihan mereka berdua sementara Choi Hanna ke tandas sebentar. Chanyeol pergi ke kantin untuk membeli makanan. Petang nanti, mereka ada reahsel untuk majlis perpisahan Prof. Jung lusa. Penat betul.

"Ayuna," seru Tao. Kim Ayuna yang sedang bermain telefon bimbitnya mengangkat kepala.

"Apa dia?"

"Emm... actually, I want to tell you something." Beritahu Tao perlahan. Dia yang tadi berada di penjuru bilik tarian, merangkak mendekati Kim Ayuna yang hanya beberapa tapak sahaja darinya. Kim Ayuna menoleh.

Dup, dap, dup, dap!

Jantungnya sudah mula bergendang lain macam. Tadi semasa mengajar pelajar-pelajarnya okey je. Ini dah mula balik bila Tao duduk di sebelahnya. 'Apa sebenarnya perasaan ni?'

"Apa dia? Cakaplah..."

Tao menarik nafas panjang sedikit. Rasa berdebar pula mahu memberitahu perkara yang satu ini.

"Oppa, apa dia?" Soal Kim Ayuna tidak sabar. Wajah Tao yang kelihatan sedikit tidak senang mengundang rasa curiganya di dalam hati.

Tao terdiam sebentar. Perlu ke dia memberitahu berita ini atau membiarkan Kim Ayuna tahu sendiri nanti?

"Ermm... kita tunggu Chanyeol dengan Hanna dulu. Baru saya beritahu awak." Kata Tao. Kim Ayuna menunjukkan muncungnya. Tertanya-tanya dia dibuatnya sementara menunggu dua insan lagi tiba di sini.

"Mian, lambat. Ada ni je kat kantin." Chanyeol menyergah mereka berdua sambil menjinjit dua beg plastik hitam yang berisi bibimbap, sushi dan beberapa bekas kecil kimchi. Lapar punya pasal, makanan mewah tak ada pun tetap jalan seperti biasa.

Tao dan Kim Ayuna mengesot sedikit dan mengambil tempat bersebelahan. Tao sengaja melagakan bahunya dengan bahu Kim Ayuna supaya keadaan mereka seakan-akan pasangan kekasih. Baju pun warna sama iaitu putih. Bercorak yang sama iaitu 'I ? You'. Entah dari mana mereka beli dan boleh tergerak hati pula nak pakai sama. Corak tu yang tak boleh blah.

"Hanna mana, oppa?" Soal Kim Ayuna sambil menyumbat dua potong cebisan sayur kimchi ke dalam mulut. Kepalanya masih lagi memikirkan apa yang Tao mahu sampaikan tadi.

"Tadi dia ke toilet lepas tu ikut oppa pergi beli makanan. Dia pergi beli air sementara tunggu makanan-makanan ni siap. Maybe ramai orang kut. Sebab tu lambat." Terang Chanyeol yang Kim Ayuna bahasakannya dengan oppa itu. Chanyeol menjamu selera dengan tenang.

Kim Ayuna menoleh ke arah Tao yang lagi tadi senyap itu. Entah kenapa, hari ini Tao dan Chanyeol tidak banyak bercakap. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi.

"Tao oppa..." Kim Ayuna bersuara. Dia akan memanggil Tao oppa jika lelaki itu seperti down saja. Perlahan tangan Tao yang sudah biasa berada di atas pahanya jika duduk berdua seperti ini dipegang. Dia berani berkelakuan begitu kerana Chanyeol sedang menjawab panggilan di telefon.

Tao menolehkan wajahnya menghadap Kim Ayuna. Bibirnya mengukir senyuman nipis kerana senang dengan kelakuan Kim Ayuna itu. Hatinya yang sedang gundah ini sedikit tenang bila Kim Ayuna berbuat begitu. Nak je dia peluk tubuh tu kat situ juga. Tapi bila fikir keberadaan mereka sekarang ini, Tao pasrah.

"Kenapa? Rindu?" Soal Tao tiba-tiba membuatkan Kim Ayuna mengerutkan dahi dengan pipi yang mula kemerah-merahan. Malu, pelik dan segan.

"Mana datangnya rindu kalau tak berjauhan?"

"Kejap lagi oppa akan berjauhan dengan awak." Tao rasa selesa bila membahasakan dirinya oppa bila berdekatan dengan Kim Ayuna seperti ini. Sebelum ini memang hanya berawak saya saja. Tapi tak salah kalau sekali sekala selitkan oppakan?

"What do you mean?" Tanya Kim Ayuna tidak faham. Berjauhan? Nak buat apa?

"Ni yang saya nak bagitahu awak tadi. Lepas je majlis Prof. Jung nanti, saya dengan Chanyeol kena pindahkan ke U lain atas arahan presiden Korea." Beritahu Tao sambil membuat wajah sedihnya. Benda inilah yang buat dia dan Chanyeol diam saja satu hari tadi. Monyok tak tentu pasal sebab pengetua Lee Kwang Soo bagitahu soal ini kepada mereka berdua pagi tadi.

Hampir setahun lebih mereka menyumbang tenaga di sini dan tidak sampai sebulan dia bersama-sama dengan Kim Ayuna. Tiba-tiba disuruh pindah ke U lain pula. Berdarah juga hati ni yang memang mudah sangat tergores.

"Lah, kenapa awak sedih sangat? Awak pindah U kat Korea jugakan? So tak ada benda yang nak dirisaukan." Kim Ayuna menjawab yang masih lagi tidak faham apa yang Tao cuba sampaikan. Tangannya meramas perlahan tangan Tao. Sekali imbas, sebiji macam pasangan kekasih.

"Awak tak faham eh apa yang saya cuba sampaikan?" Tanya Tao. Kim Ayuna mengerutkan dahinya sambil memandang wajah kacak Tao.

Kim Ayuna menggelengkan kepala. "Cuba cakap betul-betul. Tak fahamlah."

"Saya dengan Chanyeol kena pindah ke Los Angeles sehari selepas majlis tu. Kontrak saya dekat sana dengan Chanyeol lima tahun. Sedih tak?" Jelas Tao satu-persatu. Kim Ayuna terdiam. Tidak hadam rasanya makanan yang sudah berada di dalam perut bila mendengar kontrak Tao mengajar di Los Angeles selama lima tahun!!! Lama gila!

"Kenapa... lama sangat?" Tidak semena-mena bibir Kim Ayuna mengeluarkan sepotong ayat itu. Serius, hati Kim Ayuna seperti nak meraung sekarang ini. Sehari selepas majlis. Maknanya, tak lama lagilah. Waaaahhhhh...!!!

"Entah." Jawab Tao sepatah. Dia nak luahkan satu lagi ni tapi takut benda lain pula yang jadi. Takut dia berat hati mahu meninggalkan Korea.

Kim Ayuna mengesotkan tubuhnya rapat pada dinding. Tangan Tao masih lagi berada di pegangannya. Bila dapat tahu berita sedih ni, hatinya benar-benar dipagut rasa sedih yang amat. Terasa seperti tidak mahu melepaskan tangan lelaki yang berjaya mengusik tangkai hatinya ini. Kalau boleh nak je dia memberitahu tentang isi hatinya ini sekarang juga. Tapi hanya satu je masalah yang menghalang iaitu, malu. Teruk betullah.

Tao melepaskan keluhan berat. Kepalanya tiba-tiba sakit. Tanpa memikirkaan orang lain, dia meletakkan kepalanya atas ribaan Kim Ayuna. Gadis itu terkejut beruk. Tidak pula dia bercakap tetapi sebaliknya tangannya diletakkan di atas pipi Tao. Dia seperti mahu menangis rasanya.

"Awak penat eh?" Tanya Kim Ayuna prihatin seraya mengusap rambut lelaki yang kini sudah berada di hatinya itu. Kalaulah Tao tahu apa yang dia rasa sekarang ini. Kan bagus. Taklah asyik takut je nak bercakap. Takut kalau-kalau dia terlepas cakap yang dia mencintai jejaka kacak berketurunan Cina ini.

Agak lama soalan Kim Ayuna tergantung sebelum dia menjawab, "Haah. Penat sikit. Fikir pasal pindah ke LA lagi. Pasal reahasel petang ni." Kata Tao dalam nada yang boleh dikategorikan sebagai perlahan dan lemah. Bukan apa, jika dia bersuara seperti biasa, bimbang mengundang sedih dan hiba yang bertandang dijiwa. Sudahlah dia memang jenis pantang nampak dan rasa benda yang sedih. Mulalah meleleh air mata. Masa inilah dia cuba meluahkan isi hatinya dengan cara ini. Bermanja dengan Kim Ayuna supaya tidak terlalu sedih bila berpisah nanti.

"Tidurlah... kesian awak penat." Ujar Kim Ayuna perlahan di telinga Tao. Melihat Tao semakin lama semakin diam dan nafasnya sudah lain, air mata Kim Ayuna jatuh tepat pada pipi Tao. Dia tidak mahu berpisah. Dia tak mahu!!!

"Tao oppa... sarang.. saranghae..." Dia mengucapkan kata-kata hikmat itu tepat pada telinga Tao. Tidak lama selepas itu, bibirnya diletakkan tepat pada pipi Tao yang terdapat air matanya tadi. Dia tahu Tao tidak dapat rasa apa yang dia sedang lakukan ini kerana lena dalam tidur. Sebab tulah dia berani melakukan perkara ini.

Perlahan-lahan dia mengangkat bibirnya dan mengelap air mata yang terdapat pada pipi Tao. Sangkanya, Tao benar-benar tidur. Rupa-rupanya...

'Aku pun cintakan kau, Ayuna. Thanks because give me a kiss. Saranghae..' hati Tao berdentum perlahan. Walaupun matanya tertutup, tetapi hatinya tidak tidur. Hatinya masih dapat merasa titisan air mata Kim Ayuna, masih dapat rasa bibir Kim Ayuna berada di pipinya, dan masih dapat mendengar satu ucapan keramat pada telinganya. Tao oppa... saranghae...

"BETUL ke apa yang Tao oppa dengan Ayuna bualkan tadi? Betul ke apa yang awak cakap kat dalam call tadi?" Sergah Choi Hanna dari belakang tubuh Chanyeol yang baru sahaja selesai bercakap dalam telefon tadi. Soalannya berdetus-detus keluar dari mulut. Nak masuk ke dalam bilik latihan pun tak jadi bila Tao dan Kim Ayuna bercakap tentang satu benda yang dia tidak tahu. Dah tu, yang menguatkan lagi keyakinannya itu bila Chanyeol bercakap dalam panggilan dalam bahasa Inggeris. Perbualan itu berbunyi tentang pemindahan dua jejaka ini ke Los Angeles. Dia perlukan penjelasan. Dia perlukan penjelasan dari mulut Chanyeol setelah telinganya mendengar kata-kata daripada bibir Tao tadi. Tak kisahlah orang cakap dia apa. Mencuri perbualan orang ke apa. Janji dia perlukan penjelasan. Penjelasan yang betul-betul kukuh.

"Haah. Saya dengan Tao..." Chanyeol menjelaskan perkara ini dari A sampailah Z. Sama seperti Tao beritahu kepada Kim Ayuna tadi. Reaksi Choi Hanna sepanjang penjelasan Chanyeol hanyalah nempamerkan wajah yang benar-benar sedih.

'Kenapa hati aku nak nangis ni? Chanyeol oppa...' rintihnya di dalam hati. Hatinya betul-betul berasa pilu atas perpisahan yang akan berlaku tidak lama lagi. Detakkan jantungnya benar-benar laju tidak sekata. Seperti tak boleh dikawal lagi.

"Oh ya lagi satu, majlis perpisahan tu bukan Prof. Jung aje, tapi saya dengan Tao. Sehari lepas tu je, kami terus balik." Pesan Chanyeol denvan wajah yang tenang. Tenang? Tak. Dia langsung tidak tenang apabila melihat anak mata Choi Hanna mula dipenuhi dengan ir mata. Jantungnya berdegup kencang yang maha laju. Dia bimbang juga jika tangisan Choi Hanna meletus di sini. Bahaya. Tak pasal-pasal kena gosip.

Choi Hanna cuba beriak tenang. Dia perlu ke tandas sekaranc ini.

"Erm.. saya nak ke tandas kejap," mula meminta diri. Tubuh dipusingkan tetapi belum sempat kakinya mengorak langkah, dia merasakan tubuhnya dipeluk daripda belakang. Mulutnya ditekup rapat dengan tangan lelaki yang sedang memeluknya ini.

"Hanna..." Chanyeol menarik nafas sejurus selepas dia memanggil nama Hanna yang sedang dipeluk dan ditekup mulutnya itu.

"Choi Hanna, saranghae... I love you so much..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience