Bab 3

Fanfiction Completed 49058

"YUNA! Kau ada nampak tak student card aku masa kat Amerika dulu? Tadi aku ada letak kat kocek seluar, tapi bila aku nak ambil, bendanya tak ada. Kau ada nampak tak?" Tanya Choi Hanna sambil tangan tidak henti-henti menyelongkar biliknya.

Bilik Kim Ayuna yang berhadapan dengan biliknya memudahkan dia berkomunikasi dengan Kim Ayuna. Buka je pintu bilik, nampaklah Kim Ayuna yang sedang menaip sesuatu di iPadnya. iPhone5s nya sudah berkecai dipijak-pijak di pusat membeli-belah tadi.

Jadi yang besar gedabak inilah yang tinggal. Tiada perasaan rasanya mahu beli baru. Balik-balik asyik teringat pasal Jakson tadi. Menyampah pula lama-lama.

"Entah. Tak perasan pula aku. Tercicir kut," jawab Kim Ayuna. Dia memandang Choi Hanna yang sudah berpeluh-peluh itu. Kim Ayuna bangun. Kasihan pula dia melihat kawan baiknya itu. Dia mencapai beg tangannya yang berada di atas meja kecil. Manalah tahu kalau-kalau Choi Hanna tersalah letak ke sampai termasuk ke dalan begnya.

Lagipun benda tu penting untuk esok. Tidak mustahil kalau pengetua Universiti Konkuk meminta kad pelajar tersebut sebagai bukti yang mereka berdua belajar di Amerika dulu. Kalau tak ada, macam mana? Dah susah...

"Aduh, masaklah kalau tercicir." Keluh Choi Hanna berat. Mana dia mahu cari lagi? Semua tempat sudah dicarinya, tapi tak ada. Ni yang nak nangis ni!

"Tapi kalau tercicir pun, kalau ada orang jumpa, mesti dia call. Dekat student cardkan ada nombor kau." Kim Ayuna cuba untuk menenangkan hati Choi Hanna.

"Kalau ada yang nak call. Macam kau tak tahu orang sekarang. Lebih baik simpan daripada bagi kat orang yang sepatutnya. Tu pun kalau ada orang yang jumpa. Buatnya terjatuh longkang ke, atas jalan ke, hancur berkecai! Satu maklumat pun dah tak boleh nak scan." Keluh Choi Hanna sedikit berputus asa.

Tubuh dihempas lemah pada sofa yang terdapat di dalam bilik Kim Ayuna. Duduk sorang-sorang dalam bilik tak best. Bukan ada kawan pun. Baik melengkar di dalam bilik Kim Ayuna ini.

"Alah kau ni. Think positivelah. Ada-ada orang jumpa." Kata si kawan lagi. Punggung diletak pada birai katil. iPadnya yang tersadai lagi tadi dicapainya. Bila sudah tiada apa yang menarik, ditutupnya semula. Fac, Twitter, Instagram, dan Tumbler sudah tiada yang menarik perhatiannya. Jam hampir menunjukkan pukul 9 malam namun mata tetap belum dapat dipejamkan. Hati sentiasa berdebar kerana esok, mulalah mereka menjalani praktikal.

"Yuna! Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?!" Sergah Choi Hanna. Kakinya digoyang-goyangkan membuatkan Kim Ayuna tersentak.

"Hish, kau ni pun. Terkejut aku tahu tak?! Kau cakap apa?" Marah Kim Ayuna. Orang tengah sibuk memikir pasal esok, dia memotong pula. Mana taknya tersentak.

"Aku cakap, lelaki dua orang tadi tu handsomekan?"

"Maksud kau... yang melanggar tadi tu?"

Choi Hanna meganggukkan kepalanya. Matanya memandang Kim Ayuna yang sedang membuat muka meluat.

"Handsome tu memanglah. Aku tak nafikan. Tapi yang aku tak boleh tahannya, si sengal tu. Geram aku tahu tak?! Dahlah tak minta maaf apa semua, boleh pulak kata orang tunggul kayu. Eee...!!!" Penumbuk dikepal-kepal.

Tilam ditumbuknya beberapa kali. Seolah-olah dia sedang menumbuk Jakson. Terbayang-bayang dia bagaimana Jakson 'membuli' nya pagi tadi. Ikut suka hati dia je.

"Kau jangan. Menyampah-menyampah juga, jangan sampai... fall in love sudah. Dangerous..." bisik Choi Hanna perlahan.

Dia tersengih melihat wajah Kim Ayuna yang menunjukkan pelbagai reaksi itu. Muncung itik, muncung ayam, muncung segala muncung terpamer pada wajah Kim Ayuna.

"Tak payah nak cakap aku. Kau tu. Baru sikit dah pandang-memandang. Senyum-tersenyum dengan... siapa tu namanya..."

"V..."

"Wah... nama pun dah ingat! Ada peluang ni..." sakat Kim Ayuna sehingga pipi Choi Hanna bertukar rona. Tidak dinafikan, V mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Dapat menarik perhatian gadis-gadis termasuklah dirinya sendiri. Kali pertama bertentang mata dengan V pun jantung cukup berdetak laju. Tetapi itu tidak bermakna dia telah jatuh cinta.

"V tu memang handasome pun. Takkan kau tak sedar?"

"Dah lamalah aku sedar. Kalau dengan Jakson, handsome Jakson lagi kut," Kim Ayuna membuat berbandingan sehingga mengundang senyum pada bibir comel Choi Hanna.

"Uuuu.... dalam diam ya? Konon menyampah. Tapi puji juga. Tu lah, aku dah cakap. Jangan menyampah, nanti sayang jugak. Kan dah.." sakat.Choi Hanna sebelum tubuhnya diringankan. Otaknya sudah tidak memikirkan hal kad pelajar tadi tetapi sudah masuk topik lain pulak. Wajahnya yang tadi bukan main risau lagi kini sudah kembali tenang.

"Nak ke mana pula tu?" Tanya Kim Ayuna apabila Choi Hanna mengambil langkah keluar daripada biliknya. Dah puas menyakat, baliklah.

"Handphone aku bunyi tu. Nak ambil kejap." Ujar Choi Hanna sebelum hilang masuk ke biliknya yang hanya beberapa langkah sahaja dari bilik Kim Ayuna.

Lagu yang lagi tadi keluar daripada iPhone6 nya akhirnya terpadam apabila dia mengangkat. Entah nombor siapa, dia angkat sajalah. Mana tahu kalau-kalau Prof. Lee. Tak mustahil jugakkan?

"Yeoboseyo?"

"Yeoboseyo. Choi Hanna ke?" Suara garau seorang lelaki bergema di hujung talian menyoal. Choi Hanna mengerutkan dahinya. Dah siapa pulak yang menelefonnya malam-malam ini? Kalau perempuan tak apalah juga. Ni lelaki. Takut juga tu.

"Ya, saya. Siapa ni?"

"Emm... saya V. Lelaki yang langgar awak pagi tadi. Saya telefon awak ni sebenarnya ada benda nak bagi. Awak datanglah kat Nami Garden malam ni. Saya dengan Jakson tunggu." Terang V panjang lebar. Ketika itu, Choi Hanna hanya mampu terlopong sahaja. V? Telefon aku? Mana dia dapat nombor ni?

"Oh... okey. By the way, mana awak dapat nombor telefon saya?" Tanya Choi Hanna. Sedikit sebanyak, ada juga rasa berdebar dalam hati tu.

"Nanti awak akan tahu. Awak datang je ke Nami Garden sekarang. Saya dengan Jakson tak boleh tunggu lama ni. Kami ada hal lain lepas ni." Kata V tanpa memberitahu jawapan dari mana lelaki berusia 20 tahun itu mendapat nombor telefonnya. Takkanlah baru jumpa tadi pagi, petang ni dah tahu nombor telefon? Tak ke pelik?

"Araso... see you later. Anyeong."

"Hmm... anyeong."

Choi Hanna meletakkan telefonnya di atas katil. Benda apa yang hendak diberi oleh V? Daripada mana lelaki itu mendapat nombor telefonnya? Dan... di manakah Nami Garden? Belum pernah dia mendengar nama taman sebegitu rupa.

"Siapa?" Tanya Kim Ayuna yang sudah pun bertukar pakaian. Tadi berpakaian biasa, kini hanya T-shirt tidak berlengan dan berseluar pendek bawah lutut. Mahu tidurlah tu agaknya.

"V," jawab Choi Hanna sebelum kakinya dilangkahkan menuju ke arah bilik Kim Ayuna. Dia perlu memberitahu hal ini segera. Jika tidak, perasaannya masih lagi dihantui tanda tanya.

"Ha?! V? Maksud kau... lelaki yang..."

"Ya. Yang langgar aku pagi tadi."

"Mana dia dapat nombor kau?" Tanya Kim Ayuna berserta dengan wajahnya yang kehairanan.

"Tu lah pasal. Dia nak jumpa aku. Dia dengan Jakson tunggu dekat Nami Garden."

"Mwo? Jauhnya?! Nak apa dia nak jumpa kau?!" Bertalu-talu persoalan bertandang di fikiran Kim Ayuna. Nak apa? Buat apa? Ada apa? Semuanya apa, apa, apa dan apa.

"Dia kata nak bagi something. Tu yang disuruh jumpa kat Nami Garden tu. Nami Garden tu kat mana?" Soal Choi Hanna. Tangannya berada di pinggang. Berpeluh juga dia dibuatnya. Bimbang, risau dan tertanya-tanya. Buatnya yang telefon itu bukan V yang sebenar, sebaliknya peculik ke apa? Tak ke naya? Tidak mustahil ada orang mahu mensabotajnya. Dia pun tak berapa ingat sangat macam mana suara V.

"Dekat dengan office SM Entertaiment." Keningnya digaru perlahan. Jauh tu daripada kawasan perumahan kondo mereka ini. Dekat 30 minit juga kalau bawa kereta. Laju pun belum tentu lagi sampai awal. Dah malam pula tu.

"Jauhnya. Macam mana nak pergi ni?" Bibir bawah digigit perlahan. Nak pergi ke tidak ni? Yang menjadi dia seperti ini cuma satu je, takut ada sesuatu yang berlaku diluar kotak pemikiran nanti. Tidak mustahil V itu orang jahat. Nak jumpa malam-malam sebegini mungkin ada makna. Tapi... tak baik juga kalau buruk sangka pada orang yang baik. Aduh!!

"Dah tu, kau nak pergi ke?"

"Entahlah. Aku takut V dengan Jakson tu bukan orang baik-baik. Risau juga aku." Choi Hanna meluahkan isi hati kerisauannya.

"Hish, tak baiklah kau cakap macam tu. Kalau aku, baik kau pergi. Manalah tahu, ada hal penting ke. Kau juga yang rugi nanti kalau kau tak pergi." Cadang Kim Ayuna. Choi Hanna menganggukkan kepalanya perlahan. Betul juga apa yang dikatakan oleh Kim Ayuna tu. Ada baiknya kalau dia pergi berjumpa sekarang.

"Emm... okeylah kalau macam tu. Aku siap-siap dulu." Pesan Choi Hanna sebelum kelibatnya menghilang masuk ke dalam bilik.

"Emm... kaja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience