Bab 26

Fanfiction Completed 49058

TIDAK tahu mahu berkata apa lagi apabila insan yang disukai berada di hadapan mata. Baru sahaja tadi dia berkata soal Hanna. Dah ada kat depan mata dah. Ketika dia mengangkat telefon Jackson, rakannya itu pergi ke tandas. Takkan nak biarkan? Betul tak? Jadi dia angkatlah. Mula-mula dia agak hairan juga. Macam kenal suara ni? Di dalam hatinya mula target yang itu adalah pelajar praktikalnya dan Jackson. Okey, betullah. Itu memang pelajar praktikal mereka.

Tapi bila pelajar itu memperkenalkan diri sebagai Choi Hanna dan siap memberitahu pemilik nombor yang menelefon, V seperti di awang-awangan. Bila dia memberitahu Jackson soal ini, satu benda pun Jackson tak nak percaya. Mana nak percaya? Baru je bercakap pasal Ayuna dan dan Hanna, malamnya dah muncul. Pelajar praktikal mereka pula tu. Macam mana selama ini dia tidak tahu yang Ayuna dan Hanna adalah pelajar praktikalnya?

"Saya tak tahu nak cakap apa. Kita berjumpa lagi." Ujar V sambil tersenyum lebar. Hanna juga turut tersenyum dengan perjumpaan ini. Dia benar-benar tidak sangka yang pengganti Chanyeol adalah V. Tidak tahu pula selama ini V ialah pelatih guru tari di Universiti Korea.

"Sebenarnya, awak pelatih tari sejak bila? Kenapa saya boleh tak tahu?" Soal Hanna dan ini membuatkan V membuka cerita. Alang-alang dia sudah menyewa bilik di hotel yang sama dengan Hanna tadi, bercerita jelah terus. Senang. Kalau mengantuk, terus masuk ke dalam bilik saja.

Jackson dan Ayuna pula berada di bawah. Menguruskan aktiviti untuk esok. Apa yang perlu mereka buat selama dua hari di sini dan banyak lagilah!

"Kalau awak nak tahu, saya jadi pelatih sejak umur 20 tahun. Masa tu saya belum kenal Jackson pun. Saya kenal Jackson masa saya umur 21. Sejak dari tu, saya mula berkawan baik dengan Jack." Cerita V sedikit. Walaupun dia rasa ceritanya itu lari dari soalan kerana tiba-tiba bercakap pasal cara perkenalannya dengan Jackson pula, tetapi hatinya senang melihat Hanna menganggukkan kepala. Mungkin faham dengan apa yang dia cerita walaupun kedengarannya agak sengal.

"Ohh... so kiranya saya kena panggil awak oppalah? Nampak sangat yang awak banyak pengalaman dari saya. Tapi tak tahulah kalau... Chanyeol oppa."

Dua perkataan terakhirnya disebut bagai dengar tidak dengar sahaja membuatkan V mengerutkan dahinya.

"Awak cakap apa? Kalau..." V menuntut jawapan. Hanna terkedu. Dengar ke? Ah sudah! Getus hati Hanna perlahan.

"Chanyeol oppa," jawab Hanna sambil tersenyum. Hanya untuk mengkaburi mata V.

V kelihatannya menukar mood wajah. Elok-elok okey dan gembira, bertukar masam mencuka pula. Perasaan satu itu mula menguasai diri. Entah siapa pula yang disebut oleh Hanna tadi.

"Siapa tu?" Tanya V. Walaupun kedengarannya agak dingin, tetapi dia cuba untuk membuat suara seperti mula-mula tadi.

"Abang kandung saya," bohong Hanna sambil hatinya bergerak mengatakan, 'Mianhea, jagiya. Bukan Hanna yang minta. Hanna terpaksa. Mian, jagiya...'

"Oh... ingatkan namja chingu (teman lelaki) awak. Nampaknya saya masih ada peluang lagilah ni." Ujar V dengan senang hati tanpa mempedulikan riak wajah Hanna yang berubah.

"Apa yang awak merepek ni? Ada-ada jelah." Hanya itu yang mampu Hanna ucapkan. Kenapa V berkata begitu kepadanya? Adakah V atau nama sebenarnya Kim Taehyung menyukainya? Ah, parah. Nanti kalau Chanyeol tahu macam mana? Bukan itu je, pasal dia mengakui Chanyeol itu abang angkatnya pun dia tak berani nak bagitahu, lagikan ini?! Merajuk setahun kesayangannya itu nanti.

"Mana ada saya merepek? Betul apa saya cakap." Masih lagi bermain tarik tali. Dia mendekati Hanna yang duduk bersila di atas katil. Sebenarnya ini adalah bilik Ayuna, tetapi disebabkan dia sudah lama tidak berjumpa dengan Hanna, bilik Ayuna menjadi tempat datingnya bersama Hanna. Biliknya jauh dengan bilik Hanna. Bilik Hanna dan Ayuna di tingkat 6, biliknya pula berada di tingkat 12. Bayangkan. Betapa jauhnya!!! Jackson pula sedang mendaftar bilik di tingkat bawah bersama Ayuna. Itu pun entah apa jadi dengan Ayuna. Entahkan bergaduh, entahkan berdating. Lagi tadi tak sampai-sampai. Jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Dah terlalu malam.

"Hanna yah!" Panggil Ayuna dari pintu bersama Jackson dan membuatkan ayatnya terputus. Dua kepala yang sedang duduk bersila di atas katil di dalam bilik itu menolehkan kepalanya ke arah pintu.

"Awak nak buat apa?" Soal Hanna hairan apabila V bertindak duduk satu katil dengannya. Cepat-cepat dia.bangun dan menuju ke pintu bilik. Ngeri melihat wajah V yang tersenyum dan ketawa itu.

"Awak ni comellah bila cemas. Saya suka. Saya tak ada buat apa-apalah. Takkan saya nak buat yang bukan-bukan. Awak bukan yeoja chingu (teman wanita) saya. Tapi.. saya akan pastikan... you're mine. Forever..." Kata V dengan penuh perasaan dan rasa cinta terhadap Hanna. Hanna yang mendengar seperti mahu termuntah hijau. Begitu berbunga ayat V tapi satu pun tidak nencairkan hatinya yang berada di dalam hati Chanyeol kini. Perasaannya langsung tidak sama sepertimana dia dan Chanyeol. Jika dia dan Chanyeol, taman hatinya kembang seluas lautan. Tapi bila dia bersama V seperti ini, perasaan geli pula menyapa. Hatinya tetap dengan Chanyeol. Bercerita pasal Chanyeol, bila lelaki itu mahu menghantar teks kepadanya? Takkan tak sampai-sampai? Dah lama kut?

"Hanna...?" V menyeru.

"Mwo?" Hanna terkejut. Terkejut kerana V berdiri di hadapan matanya. Tadi duduk. Ni tiba-tiba ada kat sini. Fikir tak terkejut ke?!

"Awak berangan apa tu?" Tanya V hairan. Dia bimbang jika Hanna tidak selesa selepas mendengar luahan hatinya yang dia sendiri tidak sangka boleh terluah di sini pula. Di bilik Ayuna!

"Err... nothing."

"Oh.. okey."

"Hanna yah! V oppa!"

Hanna dan V menoleh ke arah pintu yang berada di sebelahnya. Pintu yang tadinya rapat kini sudah ternganga luas.

"Eh, dah siap ke?" Soal Hanna dan terus mendapatkan Ayuna yang berdiri di sebelah Jackson.

"Dah siap. Tapi dah tak ada bilik kosong dah. Kalau ada pun bilik untuk husband-wife." Beritahu Ayuna dan menarik nafas penat. Rasa macam nak pengsan je rasanya apabila bilik untuk Jackson sudah tiada yang kosong. Semua sudah penuh. Kalau ada pun, bilik untuk pasangan baru berkahwin. Takkanlah Jackson nak sewa bilik tu? Setakat untuk malam ini je pun. Pelikkan bila dengar hotel 5 bintang sudah tiada bilik yang kosong?

Ini pun salah Jackson juga. Sibuk sangat interview itu ini kepadanya. Dari manalah? Buat apalah? Sampai masa nak daftar, perut Ayuna sendiri pula meragam. Suruh daftar sendiri tak mahu. Tunggu juga dia ke tandas. Bila sampai, sedap je wanita Jepun itu kata,

"Maaf, bilik single semua sudah penuh. Hanya tinggal bilik untuk wife-husband je."

Ha ambik kau! Nak tidur mana si Jackson a.k.a Happy Virus ni?

"Lah, habis tu macam mana, Jack?" Kini V pula menyoal. Jackson yang sedari tadi diam mengangkat bahu.

"Alah, kalau susah sangat, aku tidur dengan kau. Tak pun... dengan Ayuna..." kata Jackson dengan selambanya. Ayuna menjeling tajam lelaki yang berdiri di sebelahnya. Ulat bulu kalau dah naik daun, gatal je! Ayuna, ingat orang yang kat LA tu, pesan hatinya sendiri.

"Kau lapar? Oppa?" Tanya Ayuna kepada dua orang manusia yang berada di dalam biliknya ini sekali gus menutup topik yang sengaja dibuka Jackson. Dari bawah lagi topik ini bermain-main. Hanna dan V tidak tahu akan hal ini. Kalau mereka berdua tahu, matilah. Kecoh punya. Ceritanya bermula begini...

"HABIS tu nak tidur kat mana malam ni?" Soal Jackson, sengaja. Ayuna menggaru kening yang tidak gatal. Masalah betul.

"V oppa kan ada. Takkan nak tidur dengan Hanna pula." Kata Ayuna sambil menyandarkan tubuhnya pada tepi meja kaunter pendaftaran. Rasa macam nak demam apabila minah Jepun itu berkata yang bilik sudah tiada yang kosong. Kalau ada pun pakej perkahwinan yang entah berapa harganya. Naik berbulu juga telinga mendengar.

"Kalau tidur dengan awak tak salahkan? Tidur dengan awak jelah." Senda Jackson. Dia hanya bergurau tapi tak tahu pula Ayuna mengambil serius tentang hal itu dan...

"Auch!!!" Jackson mengaduh lantas menggosok laju lengannya yang kena penangan cubitan Ayuna. Pergh, sekali tengok lagi sekali lepas diketil, ada kesan merah dilengannya. Tak sangka pandai mencubit orang.

"Sakitlah!"

"Padanlah dengan muka awak yang selenga tu. Nak rasa lagi,main-mainlah!" Marahnya geram. Nak je dia cubit kuat-kuat tadi. Kalau tak memikirkan soal kasihan, merah satu badan Jackson dikenakannya.

Kakinya sudah bersedia mahu mengorak langkah tetapi ditahan Jackson. Lengannya dipegang erat. Ni kalau lama-lama dipegang, tersekat pengaliran darahnya satu badan. Pucat lesi kat situ juga.

"Awak nak apa lagi? Tahu tak dah malam? Pukul 11 dah? Nak tidurlah, Jack. Mengantuk!" Rungut Ayuna geram. Dicuba juga untuk melepaskan tetapi tidk berjaya. Pegangan lelaki itu memang erat.

"Apa awak cakap? Muka saya selenga?" Soal Jackson perlahan. Otaknya sudah mencongak-congak sesuatu. Ini adalah umpan. Dengan itu dapatlah dia mengeratkan hubungannya dengan Ayuna yang menurutnya masih lagi single ini.

"Saya bergurau jelah! Tak payahlah nak ambil hati sangat. Berkira betullah." Marah Ayuna. Seram pula melihat wajah Jackson yang seperti mahu memakannya ini.

"Saya tak kira. Joke or not, sama je. Disebabkan awak kata saya ni bermuka selenga... awak dikenakan denda." Dengan selamba badaknya Jackson berkata tanpa mempedulikan wajah Ayuna yang sudah bertukar kelat.

'Tao oppa!!! Tolong Ayuna! This man want to kill me, jagi!!!' Jeritnya di dalam hati. Mendengar Jackson berkata begitu, hatinya tiba-tiba diulit rasa rindu kepada Tao. Tak sempat langsung mahu memeriksa telefon sejak Hanna mendail Jackson tadi. Telefonnya pula sedang dicharge di dalam bilik pula tu. Mana sempat nak menjengah.

"Ayuna... are you hear me?" Pipi Ayuna ditepuk perlahan. Ayuna terkejut.

"Apa dia?"

"See? Berangan. Okey, kalau macam tu, saya tambah denda. Untuk malam ni, saya akan tidur satu bilik dengan awak seba yang pertama saya tak ada bilik, yang kedua, awak kata muka saya yang handsome dan macho ni selenga dan ketiga, awak berangan masa saya cakap."

"What?! Mana boleh jadi?!" Marah Ayuna. Apa pasal pula macam tu cara hukumannya? Kalau setakat belanja makan ke apa okey. Ini kalau dah sampai tidur satu bilik, mana boleh jadi realiti? Buatnya si kekasih tahu, mahu haru satu Jepun?!

"Boleh jadi, jagiya..." kata Jackson sebelum melepaskan tangan Ayuna dan berlalu pergi. Sempat lagi ketawa gembira tu sebab dapat satu bilik dengan Ayuna.

HANNA dan V menggeleng tanda tidak lapar dan tiada hati mahu makan. Ayuna dan Jackson menganggukkan kepala serentak.

"Erm... okeylah kalau macam tu. Aku ngantuklah. Nak tidur. Jackson, awak tidur dengan V oppa. Jangan ada hati nak tidur dengan saya." Kata Ayuna lalu masuk ke dalam bilik yang luas tersebut. Tanpa mempedulikan Jackson yang terpinga-pinga, dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Moodnya benar-benar merindui orang yang di sana. Sebab tu lah nak cepat-cepat masuk bilik supaya dapat dating dengan oppa!

"Err... Ayuna tengah down. Maybe mengantuk. So, I think you all can go to bedroom now. Dah lewat dah ni. Okey. Night!"

Terus pintu bilik ditutup. Sudah awal-awal sebenarnya dia berniat mahu tidur bersama Ayuna. Rasa seram tidur sorang-sorang pula. Sambil tu, bolehlah dia membuka Skype pada telefon. Baru hari ini dia teringat yang Chanyeol ada memesan suruh membuka Skype! Ah, oppa! Mianheayo...!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience