Bab 29

Fanfiction Completed 49058

SATU jam berlalu. Baru sahaja satu jam tapi penatnya yang amat dahsyat. Perjalanan mereka kali ini memang meletihkan dan penuh dengan misteri. Perangai Jackson dan V berubah 360 darjah! Ayuna memang pelik. Hanna yang sudah tidak larat lagi mahu nemikirkan hal V yang tiba-tiba sahaja terlalu baik dengannya. Baik itu bukan bermakna selama dia hidup ni jahat, tetapi baik itu seperti dia itu teman lelaki Hanna. Ayuna yang mendengarnya pun naik meluat bukan kerana V melayan Hanna seperti Chanyeol, tetapi Jackson pun bersikap sama seperti V! Mirip macam Tao melayannya sebagai seorang kekasih. Tu yang meluatnya tu.

"Boleh tak jangan buat perangai? Meluat tahu tak?" Marah Ayuna dengan suara yang perlahan kepada Jackson yang berada di sebelahnya. Kalau tak memikirkan yang mereka di dalam pesawat, dah lama dah dia jerit kuat-kuat. Tapi tulah...

"Suka hati sayalah! Ada saya kisah?" Balas Jackason bersama dengan muka annoyingnya. Ayuna punya geram. Disiku perut lelaki itu dan...

"Aduh! Ganasnya! Cakap je pun. Garang betullah." Jackson mengaduh. Perutnya digosok-gosok perlahan. Bisa juga siku Ayuna ni. Tak padan perempuan.

"Padanlah dengan muka awak tu!" Marahnya lagi. Tangannya disilang ke dada tanda protes. Jackson ketawa melihatnya berperangai seperti budak-budak itu.

"Amboi, muncung? Panjangnya?" Tegur Jackason. Ayuna tidak mempedulikan kata-kata Jackson. Dia hanya senyap sahaja. Waktu ini, tiada wajah Tao lagi yang bermain-main difikirannya. Seolah-olah wajah lelaki itu digantikan dengan wajah Jackson. Langsung dia terlupa terus yang Tao sekarang sedang memendam rasa di Los Angeles. Manakala Chanyeol pula sedang menanggung kesakitan tidak terhingga sedangkan Hanna? Sibuk bersandarkan kepala pada bahu V. Mereka berdua seperti sudah hilang arah dan berubah drastik! Dengan telefon mereka yang sudah entah ke mana perginya, jadi perhubungan talian antara mereka terputus. Jika dibiarkan perkara ini berlarutan, ada harapan hubungan dua lasangan ini akan retak secara bersama-sama. Tak pun terus terbelah memandangkan mereka terputus talian di dalam keadaan down. Itu yang membimbangkan sebenarnya.

"Jagi..." Jackson cuba memujuk. Jari telunjuknya dimain-mainkan pada hidung gadis itu.

"Eee...! Jangan nak mengada-ngada boleh tak?! Hish!" Rungut Ayuna geram. Hidungnya ditutup. Bimbang diganggu lagi oleh Jackson yang sudah mengekek ketawa.

"Jagiya..." Jackson memanggil tetapi kini telinga Ayuna pula ditiupnya. Ayuna semakin tidak selesa lantas menekup mulut Jackson dengan tangannya. Wanita Inggeris yang berada di sebelah mereka tersenyum melihat anak muda itu bergaduh-gaduh manja.

"Dah lama ke berkahwin?" Tegur seorang wanita pertengahan abad kepada Ayuna dan Jackson. Dua anak muda itu menoleh sebelum berpandangan sesama sendiri. Apakah?!

"Yah! Awaklah ni!" Marah Ayuna seraya mencubit perut Jackson sekuat hatinya. Melampau sangat ke perangai mereka sehingga ditegur oleh wanita Cina itu? Rasanya ya sebab Jackson punya pasal. Jackson memang nak kena.

"Auch! Sakit! Baik awak lepas sekarang!"

"Tak nak selagi saya tak puas hati."

"Ayuna, I said, lepas. Sakitlah!" Arah Jackson. Tangan Ayuna ditarik dari perutnya dan dipegang erat. Ayuna terkejut dengan tindakan Jackson. Yelah, lelaki kan? Kuatnya bukan main.

"Ehem..." wanita itu berdehem bagi meminta jawapan. Jackson tersenyum sebelum berkata dengan syoknya.

"Err.. kami kahwin dah dua tahun. Anak kami ada dua. Satu dekat Korea. Satu lagi kat dalam perut. Tengah grow up."

PAP!!!

"Aduh!" Jackson memegang pipinya yang ditampar Ayuna. Walaupun perlahan tapi bisanya sampai ke kalbu. Mananya tak kena lempang. Sesuka hati je ikut kepala otak dia.

Anak ada dua. Satu dekat Korea satu lagi dalam perut. Tengah grow up. Rasanya memang patut kut kena pelempang?

"Oh... yakah? Dah ada dua anak pun masih lagi bergurau-gurau macam baru kahwin? Selamat berbahagia dan saya harap kekal." Wanita itu sempat berdoa pula.

Ayuna punya bengang. Takkan nak tunjuk muka tak senang pulakkan? Diukir juga senyum itu walaupun fake. Jackson tersengih-sengih mendengarnya.

Ayuna menjeling. Tangannya yang masih berada di pegangan Jackson direntap menyebabkan Jackson agak terkaget. Dia tidak membalas apa-apa kerana dia tahu Ayuna sedang beremosi. Baik dia diam sahaja. Daripada asyik dipukul, dicubit dan dilempang oleh Ayuna. Masih terasa siku Ayuna melekat pada perutnya, cubitan gadis itu dan tapak tangan kecil itu melekat pada pipinya.

Mabuk kepayang sekejap nampaknya.

"Erm... yang sebelah tu kawan kamu berdua ya?" Teka wanita yang bernama Sandra itu lagi. Pada mulanya Ayuna agak blur kerana Puan Sandra meneka dengan baik sekali. Apabila Jackson menganggukkan kepalanya, Ayuna baru tersedar lantas berkata,

"Haah. Diorang honeymoon kat Japan. Kiranya kami jemput dioranglah." Tambah Ayuna dan ini mengundang kaget pada diri Jackson. Tadi bukan main marah, ni siap menambah-nambah pula. Hei, mana boleh jadi ni.

"Ayun..." Jackson mahu membuka mulut tetapi V yang berada di sebelahnya tiba-tiba menyentuh pahanya sambil berkata.

"Apa yang aunty tu cakap?" Tanya V. Kepala Hanna yang sedikit melorot ke bawah ada bahunya dibetulkan. "Dia tanya, kau dengan Hanna tu kawan kitorang ke?"

"Dah tu kau kata?"

"Bukan aku, tapi Ayuna."

"Ayuna kata apa?"

Jackson pun menerangkan apa yang Ayuna beritahu kepada Puan Sandra tadi. Kini, bukan setakat V ternganga, dengan Hanna sekali terkejut. Tadi elok-elok je tidur tetapi disebabkan V tegakkan tubuhnya kerana terkejut, kepala Hanna terjatuh dan tersengguk.

"Ayuna sshi?! Kau buat apa?!" Hanna menyoal dengan wajah yang berkedut seribu. Ayuna yang sedang meneguk air mineral menoleh dan menjongketkan kening.

"Wea?" Soal Ayuna. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Wea?! Kau tahu tak yang kau..."

"Marah Jackson. Kalau tak dia yang mula dulu, aku tak cakap. Takkan aku nak biarkan aku je, kau dengan V oppa mesti kena sekali. Harus! Wajib!" Pintas Ayuna. Sempat dia menjeling ke arah Jackson. Hanna yang mendengar mendengus. Tak pasal-pasal je dapat status 'Pengantin Baru' daripada Puan Sandra.

"Oppalah ni!" Marah Hanna kepada Jackson. Paha Jackson yang senang untuk tangannya capai diketil kuat. Mengaduh Jackson dibuatnya sambil menggosok-gosok pahanya yang sakit. Apalah nasibnya ini? Asyik dicubit, diketil, dilempang dan diapalah sekali pun. Salahnya juga. Kalau mulut tu tak laju mengeluarkan ayat maut, tak kena tak.

"Apalah nasib oppa. Asyik dilempang, dicubit, diketil. Kalau dicium ke, dipeluk ke, nak juga oppa suruh korang berdua." Bebel Jackson perlahan tetapi cukup tajam pada telinga Ayuna. Jackson tidak sedar yang Ayuna dengar kata-katanya. Hanna sudah masuk ke alam maya semula bersama V. Malas mahu melayan perangai Jackson yang kadang bail, kadang kejam, kadang jahat ini.

Ayuna diam. Dia sesekali menjeling Jackson yang kelihatan memejamkan matanya di sebelah. Baru sahaja dia mahu mencapai botol air di sebelah, kepala Jackson terjatuh pada bahunya dan menyebabkan bahu kanannya senget sebelah.

"Auch! Jackson, sakit!" Ayuna mengaduh sambil mencuba membetulkan bahunya yang senget sebelah. Entahkan pura-pura tidur entahkan betul, dia tidak tahu.

Tangannya dilayangkan pada depan wajah Jackson. Tidak gerak.

"Tidur ke?" Matanya menjeling sedikit.

"Lah, tidur ke?" Keluh Ayuna. Baru je bercakap tadi, dah tertidur. Ayuna diam dan membiarkan sahaja Jackson menumpang bahunya.

"Oppa..." barulah dia teringat tentang si jantung hati di sana. Hatinya serta-merta diragut rasa rindu yang amat berat sekali. Terasa bersalah apa yang dia buat sekarang. Seolah-olah dia curang dengan Tao.

"Oppa, mianheayo..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience