Bab 27

Fanfiction Completed 49058

AYUNA mengelap rambut perang kecoklatannya dengan tuala. Segar sedikit badan selepas mandi dengan mandian orang Jepun. Banyak betul sabun mandian yang disediakan di dalam bilik air tadi sampai pening dia dibuatnya.

Punggung dilabuhkan di sofa yang disediakan di dalam bilik besar ini. Kalau dibandingkan dengan bilik latihan nenarinya, ianya sama besar.

Mata diperhati sekeliling. Hanna dilihat sibuk dengan Ipadnya tetapi gadis itu berbaring. Satu badan sudah selubung bermakna kejap lagi tidurlah.

Dia? Nanti jelah. Sebenarnya dia terlupa yang iPhone5 nya berbunyi tadi. Berapa kali entah. Tapi yang pasti, ketika telefon itu berbunyi, dia sedang mandi di dalam bilik air. Lama juga dia mandi. Dekat 20 minit. Patut segar badan.

Telefon yang sudah penuh dicharge dicapai. Kaki dirapatkan ke perut dan tubuh disandar. Dagu diletakkan pada kepala lutut. Sejuk pula lama-lama. Sudahlah hanya berseluar pendek dan berbaju T tidak berlengan.

Jarinya menyentuh petak aplikasi LINE yang terdapat di Widgetnya. Banyak betul SMS daripada lelaki kesayangannya. Ada 11 teks tapi satu pun dia tidak perasan. Perasaan bersalah mula menguasai diri.

"Oppa, mianheayo... Tadi Ayuna ada hal sikit. Check in hotel apa semua. Mian..." -Ayuna-

Ayuna terus melepaskan jarinya setelah menahan lama untuk merekod audio kepada Tao. Dia melihat kembali ke 11 SMS yang dihantar Tao.

"Kesiannya dia. Tak dilayan. Jacksonlah punya pasal!" Dalam diam dia memarahi Jackson. Bercakap pasal lelaki itu, rasa menyampah nenyelubungi diri. Kenapa Jackson suka memberi hukuman yang pelik? Dan yang paling menyakitkan, kenapa Jackson suka mengugut?! Sakit hati betul! Nak diadu, takut melarat pula nanti.

Kring! Kring!

Isyarat mesej LINE berbunyi bermakna Tao sudah membalasnya. Dengan tenang, dia melihat. Mesej audio.

"Kenapa check in lama sangat? Ada apa-apa yang berlaku ke, jagiya?" -Tao-

Ayuna ketawa melihat emotion 'marah' dan 'risau' yang diberikan oleh Tao. Tak lama seleas itu, Tao menghantar satu lagi emotion yang memang sangat Ayuna faham. Emotion merajuk!

"Oppa... don't be like thatlah... tak sanggup nak layan." -Ayuna-

"Bilik dah penuh. Sebab tu lambat." -Ayuna-

Tak lama selepas itu, Tao membalas pula.

"Habis tu Ayuna tidur dekat mana? Sejuk sayang kat sana. Please take care yourself." -Tao-

"Don't be naughty. And one more, jangan nak menggatal dengan orang sana. Kat sini yang sakitnya nanti." -Tao-

Terletus ketawa Ayuna akhirnya. Kenapalah suara Tao comel sangat hari ni? Cair betul hatinya mendengar. Suara Tao lebih kepada orang yang baru sahaja bangun tidur. Kalau diikutkan, perbezaan masa antara Korea dan Los Angeles 5 jam sahaja. Jika di Korea jam 1:00 pagi, di sana jam 5:00 petang. Mungkin baru bangun tidur agaknya.

"Mana ada! Oppa tu je yang take care apa semua. Jangan nak mengada-ngada dengan minah salih kat sana. Bukan Ayuna tak tahu! Kalau Ayuna dapat tahu, siap oppa!" -Ayuna-

"Okey. Oppa janji tak menggatal dengan sesiapa. Tapi kalau yeoja sana usha oppa, jangan marah oppa, ya sayang?" -Tao-

Ayuna mengecilkan matanya mendengar audio Tao. Gatal juga dia ni! Dia membalas.

"Gatal! Gila! Oppa gila!" -Tao-

"Amboi, amboi, amboi. Gila-gila Ayuna sayang oppa tau." -Tao-

"Hahaha... apa-apalah oppa." -Ayuna-

Dah tak ada idea mahu bertekak lagi. Mata pun dah mula mengantuk. Spend time sekejap pun jadilah. Baru sahaja punggungnya diangkat, tiba-tiba telefonnya mendendangkan lagu korus Good Boy nyanyian G-Dragon dan Taeyang. Lagu rancak itu bergema sehingga mengejutkan Hanna yang baru sahaja lena.

"Ada apa?" Soal Hanna. Ayuna mengangkat kepala seraya menggeleng.

"Nothing. Tidur jelah." Kata Ayuna lagi sambil tangannya sempat menepuk punggung Hanna tanda suruh tidur. Dah macam adik dan kakak. Hanna pun terus je tertidur tanpa menghiraukan Ayuna.

"Jackson? Nak apa dia malam-malam macam ni?" Ujar Ayuna hairan. Kening digaru perlahan tetapi disambut juga panggilan daripada Jackson itu.

"Helo," suara garau seorang lelaki bergema. Seperti baru bangun tidur.

"Nak apa pagi-pagi buta telefon? Tak tidur lagi ke?" Tanya Ayuna perlahan tetapi tegas. Kakinya diatur menuju ke arah balkoni bilik dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang terdapat di situ. Walaupun sejuk, tetapi tetap juga dia ke situ.

"Tak. I can't not to sleep because I miss you..." kata Jackson dan membuatkan Ayuna ingin sahaja termuntah hijau. Omo!!! Kenapa dengan namja ni?

"Stop talking a nonsenselah."

"Really... ermm... Ayuna, can you help me?" Jackson ingin mengatakan permintaan. "Ap dia?"

"Temankan saya pergi beli makanan kejap. Laparlah." Adu Jackson dengan suaranya yang agak manja bila didengari. Ayuna mengeluh. Apa pasal pula dengan dia ni?

"Mana ada kedai buka malam-malam ni? Awak ajaklah V oppa. Saya mengantuklah."

"Alah, jagiya... please, saya lapar ni. Nanti kalau say..."

"Okey. Arasso! Cepat sikit. Saya tunggu." Ayuna mengalah akhirnya. Tidak sanggup rasanya mahu mendengar nada manja dan seksi milik Jackson. Jackson memang ada kelebihan memujuk orang dengan suaranya yang manja, dan penampilannya yang seksi setiap masa. Lagi-lagi lelaki itu menyebut perkataan jagiya tadi yang bernaksud 'sayang'. Mana dia tak mengalah.

"Haha... kamsahamnida, jagiya! Saranghea!"

Klik!

Ayuna terasa mahu pengsan di situ juga. "Dahlah panggil aku jagiya, ada saranghea nya pula tu! Kenapa dengan Jackson ni? Syok kat aku ke apa?" Bebel Ayuna pelik sambil melihat skrin yang ada perbualannya di antara dia dan Tao. Semasa dia bangun tadi, dia belum keluar dari perbualan dan ketika itu juga panggilan masuk. Ketika dia membebel tadi, dia tertekan satu butang yang menyebabkan ayatnya tadi terekod dan terhantar kepada Tao! Mungkin jarinya tidak sengaja menahan satu butang yang boleh merakam suaranya dan apabila dia melepaskan jari dari skrin, automatik audio terus dihantar.

Tetapi malangnya, kesemua apa yang Ayuna lakukan, dia tidak tahu. Dia tidak sedar percakapannya tadi (Dahlah panggil aku jagiya, ada saranghea nya pula tu! Kenapa dengan namja ni? Syok kat aku ke apa?) telah dirakam dan dihantar kepada Tao.

Dengan perasaan tidak bersalah serta tidak tahu, Ayuna bangun. Telefonnya diletakkan di atas kabinet meja sebentar untuk menukar seluarnya yang pendek. Selepas menukar, cap yang berada di atas katil dicapai dan dipakai. Baju sejuk disarung dan beg tangan pun dicapai. Dalam masa yang sama,

Ting! Tong!

Loceng bilik berbunyi. Itu mesti Jackson.

"Kejap!" Pekik Ayuna dari dalam. Kaki dikoyakkan menuju ke arah Hanna.

"Hanna, Hanna," Ayuna menggoyangkan tubuh kecil yang meringkuk di atas katil.

"Emm.. apa?" Suara bangun tidur menggugam.

"Aku dengan Jackson nak keluar kejap. Kalau ada apa-apa terus call. Take care," pesan Ayuna.

"Emm.. okey. Take care too." Sambut Hanna lalu menyambung tidurnya kembali. Ayuna pun terus keluar dan tidak sedar ada satu barang yang dia terlupa. iPhone5s nya di atas kabinet meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience