Bab 11

Fanfiction Completed 49058

TAO dan Kim Ayuna memandang sesama sendiri selepas masuk ke dalam dewan besar ini. Ada satu adegan yang benar-benar mengejutkan diri mereka berdua.

"Chanyeol oppa?!" Kim Ayuna meninggikan suara. Mahu terepas rasanya beg plastik yang dijinjing dari kereta tadi apabila melihat keadaan Choi Hanna dan Chanyeol.

"Hanna sshi!" Bukan Kim Ayuna sahaja yang rasa, tapi Tao pun ikut memanggil nama rakan baiknya. Siapa tidak terkejut melihat Choi Hanna dan Chanyeol seakan-akan... bercium?!!

"Eh, Tao, Ayuna. Bila korang sampai?" Soal Choi Hanna pantas dan terus menolak tubuh Chanyeol yang sedang menolehkan kepalanya ke belakang sekuat hati. Dengan sekali percubaan sahaja, boleh pula. Kalau dia buat lagi tadikan bagus. Tak adalah sampai Kim Ayuna dan Tao buat muka terkejut memandang mereka berdua.

"Hmm... baru je tadi. Tu yang ternampak korang berdua mac..." tidak sempat menghabiskan ayat, tiba-tiba jari telunjuk Tao berada di bibirnya. Menyuruhnya agar tidak meneruskan kata-kata lagi.

"Err... nothinglah." Sambung Kim Ayuna apabila jari Tao sudah tidak melekat lagi pada bibirnya. Dia agak bengang juga bila Tao melakukan itu di hadapan Chanyeol dan Choi Hanna.

"Oh ya, Chanyeol, kau dah siap decorate meja?" Tanya Tao dan serentak itu juga, dia menukar topik perbualan sekali. Kasihan pula nelihat Choi Hanna dan Chanyeol yang kelihatannya agak sedikit kekok berdiri di hadapannya.

"Dah. Tu dah siap. Apa yang kau beli?" Chanyeol bertanya supaya keadaan akan pulih seperti biasa. Seolah-olah tiada benda yang berlaku.

Kaki ditapak menuju ke tempatnya yang asal tadi. Pada mula-mula dia membuat kerja. Sesekali matanya merenung Choi Hanna yang kelihatannya sedikit marah kepadanya. Keluhan berat dilepaskan. Niatnya hanya mahu bergurau. Tidak sangka pula Tao dan Kim Ayuna boleh nampak. Lagipun mereka berdua bukannya bercium betul pun. Masalahnya, baru je nak cium, ada suara yang memanggil. Tu yang tak jadi tu. Kiranya Kim Ayuna dan Tao nampak keadaan mereka seperti sedang berciuman.

"Aku beli kain tirai. Kau rasa kena ke tidak warna ni? Ayuna yang pilih."

Chanyeol diam sebentar. Dia membelek dua kain tirai panjang berwarna merah hati dan putih krim. Kain itu ialah kain satin dan agak jarang juga. Bukan Tao yang pilih, Kim Ayuna yang pilihkan. Nak harapkan Tao, huh, warna muntah orang pun dia kata cantik. Bab-bab memilih warna, Tao memang fail.

"Aku rasa lagi okey kut kalau ada warna hitam. Lebih romantik." Cadang Chanyeol. Plastik besar berisi kain-kain tirai tadi diletak di atas meja. Kini, tiba masa nak memanjat dan hendak menggantung tirai pula. Mujur sahajalah hanya distapler dapat lekat pada dinding. Jika tidak payah juga tu. Majlis awal bulan hadapan tetapi hari ini sudah sibuk itu dan ini. Nampak sangat yang majlis perpisahan ini akan berlangsung dengan gilang-gemilang.

"Hmm... kalau macam tu, esok aku beli dengan Ayunalah. Kau stay sini eh dengan Hanna. Tapi, kalau ya pun kau dah suka, agaklah sikit wei. Buatnya pengetua nampak. Tak ke haru?!" Pesan Tao dalam nada berbisik. Bimbang Kim Ayuna dan Choi Hanna yang sedang menggubah bunga-bunga kertas di dalam bekas tidak jauh dari mereka berdua.

"Hish kau ni! Sekali aku kick. Terpelanting kau."

"Alah, ada hati nak kick aku. Material arts entah sampai level berapa." Ujar Tao. Chanyeol ketawa kecil. Antara dia dan Tao, Tao lebih kuat kerana lelaki berusia awal 20-an itu menimba ilmu material arts sejak kecil lagi. Jadi wajarlah jika Chanyeol merendah diri sedikit.

"Tao, aku nak pergi jumpa Prof. Gabriella kejaplah. Tadi dia cakap nak cakap something." Chanyeol bersuara sekali lagi. Aduh, banyak betul kerja yang nak kena buat. Boleh botak kepala lama-lama.

"Emm... pergilah." Jawab Tao acuh tak acuh. Rambut blondenya diramas perlahan. Sedikit berdenyut pula kepala ini. Tidak henti-henti bekerja dari pagi sampai petang. Mana taknya.

"Hanna," Chanyeol memanggil sambil membetulkan seluar jeansnya yang agak terkebawah.

"Emm...?" Nak apa lagilah? Serik tahu tak?! Marah Choi Hanna dalam hati. Nak je dia merajuk setahun dengan Chanyeol gara-gara tadi. Nasib baik Kim Ayuna tidak tanya itu dan ini pasal kejadian tadi. Kalau tidak, jenuh nak mereka jawapan yang sesuai. Tapi apa yang penting, dia dan Chanyeol langsung tidak bercium pun!!!

"Temankan saya pergi jumpa Prof. Gabriella. Ada benda yang dia nak cakap tadi. Tapi kitakan ada class. So, saya rasa nak pergi sekarang." Ajak Chanyeol. Lantaklah apa orang nak cakap. Apa yang penting, dia tahu. Setiap kali dia ke mana-mana, Choi Hanna pasti ada bersama. Macam Tao dengan Kim Ayuna jugalah. Dimana ada Tao, di situ ada Kim Ayuna.

"Okey." Choi Hanna akur. Dia meninggalkan Kim Ayuna seorang yang masih lagi menggubah bunga. Sebelum dia pergi tu, sempat Kim Ayuna menarik lengannya dan dan berbisik,

"Dating tu, jangan lupa balik. Banyak kerja ni nak kena buat." Seloroh Kim Ayuna. Dia ketawa kecil bila Choi Hanna mengecilkan matanya tanda geram. Ingatkan langsung tak cakap. Rupa-rupanya bercakap juga. Dah tak pasal-pasal je.

"Dah jom." Chanyeol bercakap lagi. Entah apa agaknya yang dibisikkan tu.

Choi Hanna sempat memberikan jelingan maut sebelum berlalu bersama-sama dengan Chanyeol.

"Tao," gamit Kim Ayuna sambil matanya masih tidak lekang dari memandang bunga yang sedang digubahnya itu.

"Ya?"

"Tolong saya ambilkan bunga yang terjatuh tu. Dengan ambilkan dawai yang awak beli tadi." Arah Kim Ayuna. Dia bukan apa, nak ambil jauh sangat sebab bunga dan dawai yang dimintanya itu berada dekat dengan Tao. Minta tolong jelah darinya. Bukannya ada niat lain.

Tao tersenyum nakal. Dia mahu mengenakan Kim Ayuna. Ketika Kim Ayuna tengah serius macam nilah, baru best bilakenakan.

"Apa dia? Tak dengar." Tao mendekati belakang Kim Ayuna dengan membuat muka seperti orang tidak mendengar apa yang dicakapkan.

"Ambilkan bunga dengan dawai. Tolonglah. Dekat je pun dengan awakkan?" Kim Ayuna mengarah lagi. Walaupun dia merasakan yang suaranya sudah cukup kuat, tetapi Tao tidak pergi mengambilnya. Asyik tersengih sahaja. Naik geram juga Kim Ayuna dibuatnya.

"Kalau... saya tak... nak? Awak nak buat apa?" Tao mula berubah sikap. Sikapnya seperti di dalam bilik latihan tadi pagi. Kim Ayuna seperti sudah mengangak apa yang akan berlaku kejap lagi. Baik dia pergi ambil cepat-cepat. Nanti kalau tidak...

"Tak pelah. Biar say..."

"Nak ke mana? Buat ajelah kerja tu. Nanti saya ambilkan." Halang Tao seraya meletakkan tangannya pada meja yang dekat dengan Kim Ayuna menjadikan gadis itu tersepit di antara kedua-dua belah tangan Tao. Sekali imbas dah macam berpelukkan pulak.

"Then? Ambillah cepat. Banyak cakaplah awak ni." Marah Kim Ayuna dan cuba untuk melepaskan dirinya daripada terus dipagar. Sebijik sejiban macam pagi tadi! Kepalanya sedikit ke belakang kerana tubuh Tao dengan tubuhnya agak rapat.

"Stay there or I will kiss your lips." Ugut Tao dengan suaranya yang menggoda jiwa. Ayat yang sama tetapi sedikit lain konsepnya. Ayat itu adalah ayat paling berhantu buat Kim Ayuna. Jika diugut seperti itu, barulah Kim Ayuna menurut.

Kim Ayuna mengeluh berat. Penat betullah kalau asyik diugut macam tu je. Apa kata kalau...

"Do I care?! Buatlah kalau berani?!" Cabar Kim Ayuna geram. Tergerak hatinya mahu mencabar Tao seperti itu. Tapi dia tidak memikirkan dua tiga kali. Buatnya Tao buat betul-betul? Tak ke haru jadinya nanti?

"Oh... cabar saya, ya? Jangan nangis kalau saya buat betul-betul." Tao ketawa kecil. Jika mahu mencabar bagilah yang betul-betul mencabar. Barulah mencabar. Setakat melakukan benda alah seperti ini, budak kecil pun boleh buat.

Gulp! 'Ah, sudah. Takkanlah buat betul-betul kut?! Tao, jangannnn!!!!' Hatinya sahaja yang mampu menjerit tapi mulut? Diam tidak bersuara.

"Kenapa diam? Takut eh?" Sengaja Tao menyakat supaya dapat melihat wajah Kim Ayuna yang akan menyinga. Tak pun akan merah kerana menahan malu.

"Tao, let me go." Pinta Kim Ayuna. Ngeri pula dia lama-lama bila Tao semakin mendekatkan tubuhnya itu ke arahnya. Kedua-dua tangan Kim Ayuna yanv masih lagi bebas ke mana-mana menolak perlahan bahu Tao.

"I don't want let you go away. You're mine now." Perlahan dan romantik sekali suara Tao hari ini. Kepalanya ditolehkan sedikit ke sisi wajah Kim Ayuna. Dia mendekati wajah Kim Ayuna dengan mata yang terpejam. Tolakan tangan gadis itu pada bahunya tidak dihiraukan. Bukan kuat mana pun. Macam nak tak nak je tolak tu.

"Tao, jangan jadi gila. Kita sekarang dekat U lah. Nanti kalau..."

"Shuh... just relaks. Saya yakin tak ada sesiapa yang tahu. Kalau Chanyeol dengan Hanna boleh buat, takkan kita... tak boleh?"

Ketika itu Kim Ayuna terasa mahu menjerit sahaja kuat-kuat. Ini penangan drama 'Chanyeol dengan Choi Hanna' lah ni. Tapi sebelum Chanyeol dan Choi Hanna pun, Tao pernah buat macam ini juga padanya.

"Tao..."

Kali ini Kim Ayuna sudah tidak dapat bertahan lagi. Dia sudah mula merasakan yang hidung Tao mula bersentuhan dengan pipinya. Sikit sahaja lagi, pasti bibir mereka akan bertemu. Oh tidak! Kim Ayuna tidak mahu.

"Kim Ayuna..." Tao memanggil dengan mata terpejam. Hidungnya sudah betul-betul bersentuhan dengan Kim Ayuna.

"Hmm...?" Kim Ayuna menjawab juga walaupun rasanya tekaknya ini seperti tidak boleh mengeluarkan suara. Matanya terpejam. Menanti apa yang akan berlaku selepas ini.

"I want to do this to you..." Tao bersuara lagi. Dia suka melakukan sesuatu yang Kim Ayuna tidak selesa kerana, ketika dia melakukan hal demikian, ada sesuatu aura yang menjalar masuk diseluruh hatinya. Dia rasa, sebelum ini dia belum pernah lagi merasakannya. Ini adalah kali pertama dia rasa.

"Please, Tao. Saya tak nak." Kim Ayuna akan terus merayu selagi boleh merayu. Keadaan mereka kini seperti Chanyeol dan Choi Hanna. Tapi apa yang bezanya adalah cara.

Tao tidak menjawab tetapi sebaliknya dia terus dekat dan mendekat. Bibir mereka hampir sahaja bertemu dan...

"Tao, phone awak bunyi tu." Fuh... leganya yang amat. Nasibnya benar-benar menyebelahinya hari ini. iPhone5s Tao berbunyi.

Tao segera melihat screen iPhonenya. Siapalah yang call masa orang nak sweet-sweet ni.' getus hatinya. Tertera nama pengetua Lee Kwangsoo di skrin telefonnya. Segera Tao mengangkat.

"Ya pengetua?" Segera badan Tao membelakangi Kim Ayuna. Ketika itu Kim Ayuna tersangat-sangatlah lega. Sayang pengetua Lee sangat-sangat!

"Tao , saya ada hal sikit nak bincang dengan awak ni, saya harap tidak menyusahkan." Terang pengetua Lee Kwang Soo dalam nada yang agak sedikit risau. Bimbang Tao menolak permintaanya itu.

"Apa dia, pengetua?" Soal Tao sedikit tertanya-tanya.

"Begini Tao, tentang majlis perpisahan tu, saya rasa saya akan cepatkan majlis tu sebab saya tak ada kat U untuk 8 minggu. Jadi, saya takut saya tidak dapat hadir bila majlis itu dijalankan nanti." Jelas pengetua Lee. Siapa yang tidak mahu hadir pada majlis perpisahan itu tambahan pula Prof. Jung yang hendak pergi meningalkan U itu telah banyak menyumbang jasa kepada pelajar-pelajar di universiti ini. Jadi, dia patut menghadiri majlis tersebut. Mujur saja majlis boleh percepatkan sedikit. Jika tidak, terlepas dia mahu menyaksikan dan menghadiri majlis perpisahan tersebut.

"Oh, tapi saya tidak boleh nak janjilah yang saya dengan kawan-kawan yang lain boleh hias dewan ni dalam masa yang terdekat. Sebab dewan ni besar. Mustahil kami boleh siapkann dalam waktu terdekat." Kata Tao sambil menggaru-garu keningnya. Ni yang payah ni. Kim Ayuna yang berdiri di belakang Tao kini berganjak ke sebelah Tao. Teringin juga mahu mendengar perbualan itu sebab Tao kelihatan serius sahaja lagi tadi. Tidak seperti tadi. Penuh dengan main-main dan kenakalannya.

"Kalau itu awak tak perlu risau, sebab awak semua boleh bermalam di dewan. Sleeping beg dah disediakan oleh kaki tangan dewan." Terang pengetua Lee lagi. Sleeping beg memang dah sedia ada di U itu untuk kegunaan pelajar jurusan sumber, tapi terpaksalah diambil tiga, empat gulung buat sementara waktu ini.

"Tapi pengetua Lee, kan ada bilik-bilik kosong di U saya rasa lebih baik kami gunakan bilik tu untuk malam ni." Tao tak kisah jika tidur di dewan dengan Chanyeol cuma dia risau jika Kim Ayuna dan Choi Hanna tidak selesa dengan keadaan itu.

"Maaflah Tao , bilik-bilik di U semua sudah penuh memandangkan pelajar junior baru masuk ke U ni. Kalau tidak, saya memang nak suruh awak berempat tidur kat bilik U. Tapi masalahnya itulah." .

Tao terdiam sebentar. Hatinya berbelah bagi. Jika dia menolak permintaan pengetua Lee itu, siapa lagi yang akan menghias dewan ini? Dah memang nama mereka berempat yang dimasukkan ke dalam pengurasan dan ahli-ahli dekorasi dewan. Nak buat macam mana lagi kalau tak akur je.

Kim Ayuna memandang wajah Tao yang agak dekat juga dengannya itu.

"Tao, saya rasa okey kot kalau saya dan Hanna bermalam kat sini untuk satu malam. Pasal Hanna awak tak perlulah risau. Pandai-pandailah saya cakap kat dia nanti." bisik Ayuna perlahan pada telinga. Kakinya dijingkitkan sedikit kerana ketinggian Tao yang memang tinggi itu.

Tao mengeluh sedikit sebelum menganggukkan kepalanya. Terukir senyuman dibibir. Baguslah jika Kim Ayuna dapat memahami keadaan itu.

"Baiklah pengetua Lee saya dan yang lain tak kisah."

"Baguslah kalau macam tu. Baiklah, saya ada hal lain ni. Kalau ada apa-apa masalah awak boleh terus hubungi saya."

"Baik, pengetua."

Tut! Tut! Tut!

"Betul ni awak tak kisah tidur dengan lelaki? Yelah, saya acah sikit tadi pun dah berpeluh-peluh, lagi nak tidur dengan lelaki?" Tanya Tao lagi sekali. Mahu memastikan sama ada Kim Ayuna benar-benar serius ataupun tidak. Yelah, dia tidak mahu Kim Ayuna menerima permintaan pengetua kerana terpaksa. Dia mahu gadis itu sendiri yang menerima dengan seikhlas hati.

Kim Ayuna agak bengang juga dengan kata-kata Tao. Terutama pada bahagian 'saya acah sikit tadi pun dah berpeluh-peluh...'. Betul ke dia berpeluh-peluh?

"Saya tak kisah. Awak dengan Chanyeol tidur dekat hujung penjuru sana, saya dengan Hanna tidur dekat atas pentas. Bukannya dekat. Dewan ni kan besar."

"Kalau saya tak bergerak tidur sebelah awak. Buatnya saya ber..."

"Tao..." Kim Ayuna mengangkat wajahnya. Mulalah tu naik daunnya. Pantang betul bila tinggal berdua sahaja dengannya. Mulalah nak menggatal.

Tao hanya ketawa. Suka dia melihat reaksi Kim Ayuna itu. Namapk comel dan apa yang penting... hatinya diulit rasa bahagia. Seperti baru lepas kahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience