Bab 14

Fanfiction Completed 49058

CHOI Hanna menyembamkan wajahnya ke lutut. Tubuhnya yang berada di hujung penjuru tandas wanita menggigil ketakutan. Esakannya semakin lama semakin menjadi-jadi bila bunyi guruh bergema di seluruh pelosok ruang tandas wanita ini. Ketika ada satu guruh ini yang berdentum kuat, suasana terus menjadi gelap-gelita. Dia yang tadi sedang mencuci tangan di sinki serta-merta terjerit kuat. Menggigil satu badan dibuatnya. Sudahlah telefon bimbitnya disimpan di dalam beg di bilik latihan kerana Chanyeol mahu berehat sebentar tadi. Nak tinggalkan Tao dan Kim Ayuna punya pasal. Sementara itu, Chanyeol mahu tidur sebentar di bilik latihan. Disebabkan dia bosan keseorangan di sana, dia ke tandas sebentar. Tetapi ini pula yang jadi.

"Chanyeol!!!" Jerit Choi Hanna kuat. Guruh semakin lama semakin kuat berdentum. Bilik air... tempat yang paling seram dan yang paling dia takut jika pergi dalam keadaan gelap-gelita. Sama seperti keadaannya sekarang ini. Ni boleh blackout semasa dia di tandas, terkencing kalau orang yang tak kuat semangat.

"Chanyeol!" Jeritnya buat kali kedua. Hampir 10 minit dia berkurung di sini tetapi baru kali ini dia memanggil Chanyeol. Pada mula-mula tadi, suara pun tak keluar. Perasaan takut memang menyelubungi satu badan sampai satu suara pun tak keluar. Melainkan esak tangisnya yang keluar memenuhi ruang tandas ini dari tadi.

"Hanna?!"

Kepala diangkat dari terus tertunduk. Suara itu.. suara Chanyeol.

"Chanyeol! Saya kat sini!" Punggung diangkat tetapi kakinya masih tidak bergerak.

"Hanna?!" Panggil suara itu lagi. Choi Hanna semakin dekat dan mendekat apabila telinganya semakin tajam mendengar derapan tapak kasut dari luar tandas. Kakinya dilangkahnya perlahan sehingga pintu bilik air itu disentuhnya.
DUMMM!!!

"Argh!!!"

"Shut. Saya ada kat sini. Hanna, saya kat sini. Diam, jangan menangis lagi." Tubuh Choi Hanna yang kini berada di hadapannya terus dipeluk erat. Terkejut punya pasal mendengar gadis itu menjerit dari dalam bilik air perempuan, terus dibuka pintu bilik air itu dan mendakap tubuh Choi Hanna yang menggigil ketakutan dan kesejukan. Mendengar esakan Choi Hanna dan mendengar bunyi guruh dan hujan, dia lagi takut bunyi esakan Choi Hanna. Takut bukan sebab mereka berdua berada di tandas wanita, tetapi takut jika gadis itu pengsan ataupun tidak dapat mengawal perasaannya. Siapa tidak takut jika sorang-sorang di dalam bilik air tanpa ada satu pancaran cahaya pun.

Terkejut juga dia bila bangun, Choi Hanna sudah tiada. Sudahlah gelap. Mujur sahaja Samsung Galaxy Mega 2 miliknya berada di sebelah tadi.Buatnya tertinggal dekat dalam beg ke, tengah cash bateri ke, haru juga satu dunia tu. Ketika itu tiada istilah mahu mengambil tahu keadaan Tao dan Kim Ayuna, tetapi mahu mengambil tahu pasal Choi Hanna yang entah ke mana perginya itu.

"Chanyeol..." Choi Hanna meletakkan wajahnya tepat pada dada Chanyeol. Dia memeluk erat tubuh lelaki itu tanpa memikirkan apa-apa yang pelik lagi. Dia takut. Dia sangat takut.

"Ya... jangan nangis lagilah, ya? Kan saya ada dekat sini." Pujuk Chanyeol bersungguh-sungguh. Kepala gadis itu diusapnya perlahan tanda... tanda sayangnya kepada Choi Hanna. Ya, dia rasa dia sudah jatuh sayang dengan Choi Hanna. Bukan sejak dari sekarang tetapi sejak dari awal pertemuan mereka lagi. Rasa denyutan jantung itu berdetak laju tidak seperti biasa. Bila dia berada dekat seperti ini, dia rasa begitu selesa. Seperti tidak mahu dilepaskan lagi pelukan itu.

"Jangan tinggalkan saya," ujar Choi Hanna yang masih lagi menangis itu. Teresak-esak dia menangis. Satu kerana takut sebab terkurung di dalam bilik air selama 10 minit. Satu lagi sebab... sebab dia takut Chanyeol pergi tinggalkannya seorang diri.

Sebenarnya, hatinya seperti diusik sesuatu yang sebelum ini dia tidak pernah rasa. Dia rasa hatinya 'diganggu' seseorang bukan ketika ini sahaja, tapi sejak mula-mula dia bersua muka dengan Chanyeol di bilik pengetua. Dia pelik kenapa boleh macam tu pula? Dah tu, bila Chanyeol mahu mendekatinya ataupun mahu bergurau dengannya, jantung yang berada di dalam tubuh seperti mahu tercabut keluar rasanya. Gara-gara terlalu berdetak dengan laju sekali.

Biasanya, kalau benda itu berlaku kepada seseorang, tandanya seseorang itu telah jatuh cinta. Takkanlah Choi Hanna telah jatuh cinta? Masalahnya dengan siapa? Takkanlah dengan pengetua Lee Kwang Soo? Dan tak mungkin juga dengan Tao. Sebab Tao dilihatnya seakan-akan ada menyimpan perasaan dengan Kim Ayuna dan begitu juga sebaliknya. Apa tak jangan-jangan... dia telah jatuh cinta dengan... dengan Chanyeol???

"Hanna," Chanyeol bersuara.

Choi Hanna mengangkat wajahnya tetapi tangan masih berada di pinggang Chanyeol. Dia sedar akan hal itu. Bukannya tak perasan. Dia perasan dan hatinya kuat mengatakan, 'Tak nak lepas.'

"Ya?"

"Saya takkan tinggalkan awak. Saya takkan biar awak keseorangan. Dan saya... takkan lepaskan awak. Saya akan jaga awak. Choi Hanna, I love you..."

DUMMM!!!

Serentak dengan lafaz rasa luahan hati Chanyeol itu kepada Choi Hanna, petir berdentum kuat lagi di langit membuatkan tiga perkataan terakhir Chanyeol, Choi Hanna tidak dengar. Kepalanya kembali diletakkan pada dada Chanyeol kerana terkejut. Itu tak sengaja sebab dia benar-benar terkejut.

Chanyeol membalas pelukan Choi Hanna. Dia hairan. Mengapa Choi Hanna tidak terkejut dengan kata-katanya tadi? Biasanya kalau perempuan dengar lelaki meluahkan perasaan, pasti akan terkejut beruk. Tapi ini tak pula. Rasanya dia sudah cukup jelas menerangkan ayatnya tadi. Apa Choi Hanna tak mendengarnya apa? Payah tu. Tak pasal-pasal kena repeat. Sudahlah dia memberitahu soal perasaannya di hadapan tandas. Nak kena repeat pula. Alah, tak romantik langsunglah.

"Chanyeol, apa kata kita pergi hidupkan balik elektrik. Lagipun kita dah lama sangat tercanguk kat sini." Ajak Choi Hanna. Pelukannya sudah dileraikan tetapi tangannya masih melekat pada lengan lelaki itu. Dia rasa sudah cukup lama dia tercongok di sini bersama dengan Chanyeol. Nak tunggu sampai pengawal hidupkan, mesti lambat sebab setiap bangunan berlainan set elektrik. Buatnya dah nak tengah malam baru hidup? Tak ke naya? Mati katak mereka di sini nanti.

"Biarlah security yang hidupkan. Kita balik practice room, then pergi tengok Tao dengan Ayuna. Kesian diorang gelap-gelita kat sana." Kata Chanyeol.

Choi Hanna mengeluh berat. "Okeylah. Jom."

SESAMPAI sahaja mereka di dewan, lampu terbuka terang. Mata mereka berdua pedih jadinya bila cahaya menerobos masuk ke dalam konta mata. Perlahan-lahan mata Choi Hanna memeriksa setiap sudut ruangan dewan ini.

"Tao oppa, Ayuna sshi!" Panggil Choi Hanna. Hujan dan guruh sudah pun reda. Syukur sangat-sangat.

"Tao oppa!" Panggil Choi Hanna lagi sambil meletakkan begnya di atas kerusi plastik yang berada di situ. Matanya melilau memandang sekeliling tapi tiada kelibat dua manusia itu pun.

"Ayun..."

"Shut..." tiba-tiba Chanyeol meletakkan jari telunjukkan di bibir Choi Hanna membuatkan gadis itu serta-merta terdiam. Matanya menyorot pada tempat yang Chanyeol pandang. Serta-merta matanya terbeliak. Oh my God! What happen?!

"Dah, jangan kacau. Awak nak tidur tak?" Tanya Chanyeol terus. Choi Hanna menjeling tajam Chanyeol dengan matanya. Takkan nak ikut macam Tao dan Kim Ayuna pula? Mesti mereka jadi macam tu sebab menunggu elektrik hidup tadi sampai tertidur. Tidur tu tak kisah, tapi cara dan keadaan itu yang menyebabkan hati Choi Hanna rasa yang mereka ada hubungan.

"Lah, betul apa yang saya cakap? Ke... awak jealous diorang macam tu? Awak nak juga ke?" Soal Chanyeol dengan keningnya nakal diangkat-angkat menyebabkan Choi Hanna seperti mahu mencubit-cubit sahaja Chanyeol itu. Nakalnya masih lagi tak hilang-hilang.

"Nak tidurlah. Mengantuk." Kata Choi Hanna perlahan dan tidak disangka-sangka, mulutnya menguap. Mana taknya, sekarang jam menunjukkan pukul 12 setengah malam. Siapa tak mengantuk?

"Okey. Tidurlah. Saya nak tutup lampu kejap." Arah Chanyeol lalu bergerak menuju ke suis lampu. Ketika Chanyeol membelakanginya, dia tersenyum sendiri. Chanyeol benar-benar bertanggungjawab menjadi seorang senior kepadanya. Walaupun mereka baru kenal satu hari, tetapi hatinya kuat mengatakan yang mereka sudah lama berkenalan. Seperti sudah bertahun-tahun berjumpa sampaikan hatinya sendiri seolah-olah telah pun jatuh cinta dengan Chanyeol.

Choi Hanna bingung. Adakah benar dia mencintai Chanyeol? Kalau dia sukakan Chanyeol, pasti jika lelaki itu ada perempuan yang meminatinya pasti dia akan cemburu. Seperti petang dan malam tadi sebelum elektrik terpadam. Hatinya benar-benar cemburu apabila mendapat tahu yang Chanyeol ramai peminat di laman sosial. Bukan Chanyeol seorang yang mempunyai ramai peminat, Tao pun ramai juga. Tetapi kenapa Kim Ayuna tidak cemburu langsung? Apa rakan baiknya itu tidak menyukai Tao? Atau Kim Ayuna hanya menyimpan perasaan cemburunya itu di dalam hati? Kim Ayuna menang agak kuat menyimpan rahsia. Jika orang tak tanya, jangan harap nak bagitahu sendiri. Dipujuk sampai nak mati barulah diberitahu. Apa perlu dia menyelongkar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience