Bab 28

Fanfiction Completed 49058

HANNA mencelikkan matanya. Terasa lama betul dia tidur. Menunggu Chanyeol on Skype punya pasal. Bercakap soal Chanyeol, hatinya diulit rasa geram dan terkilan. Ingat lagi dia bagaimana Chanyeol memesan supaya menghidupkan Skype malam ini. Tapi apa yang ada? Habuk pun tak melekat. Menangis dia dibuatnya apabila mendengar Ayuna dan Tao berbual tadi. Ketika itu dia masih menunggu dan menunggu Chanyeol membuka Skype. Rasa macam nak jerit kuat-kuat sahaja apabila mendengar perbualan melalui audio antara Ayuna dan Tao. Bukannya dia marah kepada pasangan itu. Tetapi dia marah dan kecil hati dengan Chanyeol. Kalau ya pun sibuk, kenapa Tao boleh luangkan masa walau tak lama dengan Ayuna? Ini? Satu isyarat pun tak masuk. Hei, siapa tak menangis?! Mujur sahaja tangisannya tidak kuat.

Dia ingat, dia tertidur dalam tangisan sewaktu Ayuna sedang berbual dengan Tao. Lepas tu, dia tersedar apabila telefon Ayuna berbunyi sebelum tersedar buat kali kedua kerana Ayuna mengejutkannya. Ha, Ayuna pula ni, mana dia pergi?

"Kenapa tak balik-balik lagi sampai sekarang? Dah pukul 5 pagi kut?" Kata Hanna pelik. Telefonnya dicapai dan melihat jam berapakah sekarang.

Ke mana rakan baiknya itu pergi sampai ke pagi tak balik-balik? Ini yang risau ni!

Telefonnya dicapai buat kali yang kedua dan meneliti nombor Ayuna. Setelah itu ditekup terus ke telinga. Satu saat, dua saat, tiga saat dan...

"Lah, tak bawa ke handphonenya? Aduhai... Ayuna, Ayuna. Selalu tak pernah macam ni pun?" keluh Hanna, sedikit marah dengan perangai Ayuna. Kakinya berjalan menuju ke kabinet meja yang terdapat di tepi pintu bilik. iPhone Ayuna diambil dan dibukanya.

"Mak ai! 21 missed call?! 11 SMS?! 20 teks LINE?! Tao op...oppa?!" Mata Hanna membulat. Banyak betul pesanan dan kesemuanya dari nama kenalan 'Oppa My Love.' Walaupun telefon itu mempunyai kod keselamatan, tetapi dari situ Hanna sudah dapat melihat betapa banyaknya pesanan. Baru sahaja tangannya mahu meletakkan kembali telefon itu, tiba-tiba sahaja skrinnya termati. Dicuba untuk menghidupkan semula tetapi tidak berjaya. Dah kenapa pula?

"Bateri habislah pula! Mana charger?" Hanna berkata sendiri. Belum sempat dia mahu mengecas telefon Ayuna, telefonnya berdering pula.

Hanna melihat telefonnya yang berkelip-kelip di atas katil. Perlahan kaki diatur dan melihat siapakah pemanggilnya.

Melihat nama si pemanggil, perasaan mula-mula tadi kembali. Tiba-tiba rasa marah melihat nama kenalan 'Saranghae Chanyeol Oppa'. Disebabkan rasa marah yang tidak terhingga, diambil telefonnya lalu dibaling ke dinding. Bukan setakat dia punya, dengan Ayuna punya sekali berderai. Berhenti sudah lagu nada deringnya dan pecah sudah skrin telefon mereka.

"Eee....! Bencilah!" Jerit Hanna geram. Dia terlalu sakit hati. Walaupun bagi orang lain Hanna tidak patut berbuat begitu, tetapi malam ini Hanna sedikit sensitif. Perlahan air matanya mengalir ke pipi. Sakit betul hatinya.

Kring! Kring!

Kepalanya tertoleh ke pintu tetapi tidak bergerak untuk membukanya. Esakannya sedikit kuat sehingga membuatkan orang yang mengetuk pintu itu terpaksa membukanya.

"Hanna? What's wrong with you, ha?"

"Taehyung ah..." esak Hanna dan tanpa dapat mengawal perasaanya, dia mendapatkan V dan terus memeluk tubuh V yang hanya berbaju tidak berlengan itu. V benar-benar terkejut dengan tindakan Hanna dan keadaan gadis ini. Sudahlah menangis, boleh memeluknya pula tu. Pelbagai persoalan bermain-main difikirannya. Kenapa? Ada apa?

Walaupun hairan, V membalas pelukan Hanna. Kepala gadis itu diusapnya perlahan. Dia memang dari sejak kali pertama jumpa, terus melekat di hati. Jadi tiada masalah untuknya jika begini.

"Hanna, relax and story me. What's wrong, ha?" Tanya V buat kali kedua. Hanna menggeleng. Dia sudah tidak menghiraukan apa yang V fikir tapi dia sedang menghayati perasaannya. Wajahnya dialihkan dari terus kena pada dada V. Ternyata basah dada lelaki itu dek air matanya.

"Jagiya... please tell me." Pujuk V dengan kelebihan memujuknya sehingga mengundang sedih yang amat di dalam hati gadis itu. Jika dia bersedih begini, pasti Chanyeol yang dipeluknya. Tetapi sekarang orang yang membuat dia menangis ialah Chanyeol dan yang sedang memujuknya sekarang ini ialah Kim Taehyung.

"Okeylah kalau awak tak nak cerita. Tapi at least, masuk dulu. Takkan nak macam ni depan pintu." Kata V lalu membawa tubuh Hanna ke dalam. Pelukan mereka terlerai tatkala V terlihat serpihan-serpihan telefon di atas lantai bilik.

"Hanna, apa ni?" Tiga suara antara lelaki dan perempun bersatu. Hanna tidak memandang V tetapi memandang Ayuna dan Jackson di hadapan pintu.

AYUNA memegang kepala. Apa yang sudah jadi ni? Kenapa ini pula yang berlaku? Telefonnya sudah habis pecah berderai dan dia juga sudah puas memarahi Hanna yang bertindak diluar kawalan. Dia benar-benar kesal dengan Hanna. Rakannya itu tidak sepatutnya bertindak begini. Kesalahan Chanyeol sebenarnya tidaklah seberat mana. Mungkin Chanyeol tidak menghidupkan Skype kerana sibuk. Tidak mustahil bukan? Mungkin juga terlupa? Tak pun penat?

Ini dah nak kena beli telefon baru. Mujur SIM kad dan memori kad masih boleh lagi dipakai. Jika tidak, payah. Ke semua benda dia simpan di dalam situ. Hilang sahaja dua benda kecil itu, maka payahlah hidupnya. Nak kena mula dari awal.

"Ayuna,"

"Apa lagi?!" Jawabnya kasar tanpa memandang wajah Hanna yang memandangnya itu. Kini hanya tinggal dia dan Hanna sahaja. Jackson dan V sibuk menguruskan check out hotel. Mereka mengambil keputusan untuk ke Korea hari itu juga. Dengan keadaan Hanna yang tidak terurus dan diserang demam selepas kejadian 5 pagi tadi, mereka bertiga bersepakat untuk pulang ke Korea pagi itu juga. Sesi perkenalan mereka kepada pengetua Nakazimato terpaksa dibatalkan. Dengan keadaan Hanna yang macam ni, mustahil bagi mereka untuk menetap lebih lama di Jepun.

"Maafkan aku. Aku tak sengaja nak baling handphone kau ke dinding. Masa tu aku... aku.."

"Aku tak hiraukan apa yang jadi pada handphone aku, tapi aku hiraukan keadaan kau yang macam perempuan hilang anak ni. Tu yang aku risau. Kau tak patut buat macam ni. Bila kau baling handphone kau, automatik perhubungan kau dengan Chanyeol oppa terputus. Bukan setakat kau! Dengan aku-aku sekali dah tak dapat nak contact lagi." Omel Ayuna panjang lebar. Dia betul-betul bengang. Rasa macam nak pecah kepala otak rasanya. Mesti Tao sedang memendam rasa sekarang ini.

"Aku tak dapat nak control. Emosi aku tak berapa baik masa tu. Aku penat. Aku sakit kepala. A... aku fiirkan Chanyeol kat sana. Aku pusing." Luah Hanna perlahan. Air matanya yang sudah kering tadi mengalir lagi. Macam-macam benda yang membuatkan air matanya mengalir. Sebab merindukan Chanyeol, sebab marah juga terhadap lelaki itu, sebab kerja dan sebab kena marah dengan Ayuna. Menggeletar satu badan dek dimarah oleh Ayuna.

"Hanna..." kini Ayuna mula mendekati Hanna. Punggung dilabuh pada sofa dan terus tubuh Hanna dipeluknya. Ketika itu bukan setakat Hanna yang menangis, Ayuna juga ikut turut sama mengalirkan air mata. Banyak benda yang perlu mereka fikir dan buat. Bukan dua tiga tapi berpuluh-puluh benda nak kena buat!

"Aku sayang dia, Yun. A... aku sayang sangat dekat dia..." luah Hanna. Terasa senak dadanya kerana menahan sendu yang tidak terhingga. Tidak pernah dia menangis kerana lelaki. Ini adalah kali pertama dan dia harap, ini adalah kali yang terakhir. Tidak sanggup rasanya mahu menangis banyak kali. Boleh demam teruk nanti.

"Yes, I know. But, kau tak patut buat macam tu, Hanna. Kau patut siasat. Tak pun tunggu. Bukan macam ni caranya. Bila kau dah macam ni, dah tak sihat, semua benda tergendala." Walaupun sedih, tetapi dia tetap menasihat dan menegur tindakan Hanna. Tubuh Hanna benar-benar panas. Panasnya boleh tembus dari baju tebal yang Hanna pakai. Nampaknya dia perlu ke klinik setelah tiba di Korea nanti.

"I miss him... so much!" sendu Hanna perlahan. Ayuna menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Ya. Aku tahu. Aku pun rindu juga kat oppa. Aku tak tahulah apa jadi dengan dia sekarang ni. Aku tak habiskan pun apa yang kitorang bualkan pagi tadi." Kata Ayuna dan tanpa disedari, Hanna teringatkan sesuatu.

"Ayuna, tadi masa..." Hanna menceritakan dari A sampai ke Z apa yang dia nampak tadi. Baru je Ayuna mengeringkan air mata, ianya jatuh kembali tatkala Hanna berkata,

"Aku... aku ternampak banyak call, text, dengan SMS."

Sah! Tao mesti sedang memarahinya. Dia tahu bagaimana lelaki itu marah atau merajuk dengannya. Lelaki itu pasti akan menghantar mesej atau teks di LINE, mendailnya banyak kali jika lelaki itu marah. Dan dia sangat yakin sekali teks terakhir lelaki itu berbunyi,

"Sukahati awaklah. Saya dah penat."

Ayat seperti orang putus asa dan selepas itu telefonnya senyap. Perasaan ingin tahu meronta-ronta. Tapi itulah masalahnya. Telefon tiada. Bukan tidak boleh beli, sangat boleh. Tapi yang membataskannya ialah masa. Mereka tiada masa mahu membelek telefon. Tambahan lagi Universiti Konkuk terlibat nama dalam satu pertandingan besar yang melibatkan pelajar-pelajar di sana. Hari Muzikal Korea Tahun 2015 akan berlangsung dua bulan lagi. Yang akan menghandle pelajar-pelajarnya ialah Jackson, V, dia, Hanna dan beberapa pelatih yang lain. Ini adalah pertandingan. Bukan persembahan. Sebab itulah mereka terpaksa ke sana ke mari. Sepatutnya Tao dan Chanyeol yang menjadi ketua pelatih. Tapi mereka tiada dan penggantinya ialah Jackson dan V.

"Kau gaduh ke dengan Tao oppa?" Soal Hanna. Ayuna menggeleng. Dia memang tiada buat salah. Tetapi hatinya kuat mengatakan yang dia banyak buat salah.

"Dah jom. Nanti diorang tunggu pula." Ayuna bangun. Hanna juga turut sama bangun apabila dia merasakan sudah terlalu lama dia duduk di situ. Mereka bersiap-siap untuk turun ke bawah.

Sebenarnya, ada sesuatu benda yang dia tidak tahu. Disebalik pintu yang tertutup itu, ada seseorang yang mendengar perbualan mereka. Tanpa dapat mereka sedari. Siapakah gerangan tersebut? Nantikan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience