Bab 13

Fanfiction Completed 49058

ITULAH masalahnya sekarang. Jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Perut empat jasad ini memang asyik bergendang minta diisi lagi tadi tapi masalahnya....

DUMMM!!!

"Arghhhh!!!!" Jerit Kim Ayuna dan Choi Hanna serentak yang sedang mengenakan kain pada sisi meja untuk VVIP nanti. Berdegup jantungnya kerana terkejut dengan guruh yang kuat di luar tadi. Lebat betul hujan malam ini. Perut kosong, nak beli makanan di luar hujan. Petir sambar-menyambar. Takut tu dah satu hal.

"Ayuna?"

"Hanna?!"

Serentak dua lelaki yang sedang duduk di atas pentas itu memanggil. Bimbang mendengar si gadis menjerit tiba-tiba.

"Okey jelah. Tak ada apa-apa pun." Jawab Choi Hanna walaupun jantungnya memang sah-sah nak terkeluar dari badan.

"Duduklah sini dulu. Dari tadi awak tak berhentikan?" Kata Tao yang sedang duduk bersandar pada dinding sambil bernain telefon bimbit di tangan. Tubuhnya yang hanya disarungkan baju T dan baju sejuk sahaja langsung tidak menyejukkan. Semakin berpeluh adalah. Lagipun pendingin hawa tidak kuat sangat. Tidaklah dia kesejukan sangat.

"Nanti jelah." Jawab Kim Ayuna. Malas dia mahu berehat walaupun hakikatnya memang penat gila. Dia pun belum mandi lagi. Masih lagi berpakaian pagi tadi. Nak ambil baju di rumah, lambat sama ke sini balik. Tambahan pula, hujan. Mahunya tak 45 minit baru sampai.

"Ayuna..." panggil Tao. Punggung diangkat dan ditepuk sikit untuk menghilangkan debu-debu yang melekat pada seluar jeansnya.

"Apa?" Kim Ayuna menyoal lagi. Terberhenti kerja jadinya. Choi Hanna dan Chanyeol yang seakan-akan memahami situasi itu mula bermain isyarat-isyarat mata pula.

"Errr... Tao, aku nak temankan Hanna ke practice room kejap ambil baju. Kau dengan Ayuna duduklah sini kejap. Aku dengan Hanna lama sikit kut," Chanyeol bersuara lalu bangun juga. Hanna yang tadinya sedang memegang kain berwarna krim meletakkan kain itu semula. Dia mengikut apa yang Chanyeol suruh. Dia juga seperti perasan yang Tao seperti menyukai Kim Ayuna. Dari sudut pandangan Tao terhadap Kim Ayuna pun dia boleh tahu. Bukan setakat mata Tao sahaja yang di lihat seperti ada hati dengan Kim Ayuna, tapi Kim Ayuna pun ada ura-ura seperti ada hati dengan Tao. Dia suka jika mereka berdua bergandingan. Nampak sepadan tu satu hal, bila berjalan berdua seperti pasangan kekasih yang betul-betul. Yang dah memang sudah menjalinkan hubungan.

"Aik? Tadi okey je. Kenapa tiba-tiba nak keluar pulak?!" Tanya Kim Ayuna terus-terang. Tak adanya nak tapis-tapis. Tadi elok je dua manusia itu duduk diam buat kerja sendiri. Ini bila Tao berubah tempat nak ke arah Kim Ayuna, sibuk nak ke bilik latihan pula. Tak ke mencurigakan tu?

"Eh, mana. Aku memang nak ke practice room. Cuma tadi Chanyeol sibuk melayan 'peminat' kat dalam telefon. Tu yang lambat tu." Ujar Choi Hanna sambil tersenyum yang dibuat-buat. Chanyeol yang tidak salah apa-apa disalahkannya. Perkataan peminat tadi pun ditekan sedikit membuatkan Chanyeol tersenyum senget. Ni mesti kes tadi ni. Dah kantoi, tak nak mengaku, desis hati Chanyeol perlahan. Nak je dia ketawa berdekah-dekah di situ juga. Tapi bila difikirkan balik, mesti Choi Hanna akan merajuk lagi. Macam tadilah.

Sejak gadis itu mengambil berat soal kesihatannya dan perasaannya ketika dari bilik Prof. Gabriella, dia perasan yang Choi Hanna sesikit berubah. Perangainya lebih manja, lebih prihatin, baik, dan yang tidak boleh nak cakapnya, Choi Hanna dah pandai merajuk. Ini baru je baik. Kalau tidak, haram!

"Ehem, sejak bila oppa ada peminat ni? Tak bagitahu Yuna pun." Kim Ayuna berdehem sedikit sejurus selepas bertanya. Dia tersengih-sengih memandang Choi Hanna yang sedikit bengang itu. Kim Ayuna perasan yang tadi Choi Hanna dan Chanyeol tidak bertegur langsung ketika mereka berempat sibuk mengukur itu dan ini untuk digantung sebagai tirai di sekeliling dewan ini nanti. Konon merajuk katanya gara-gara 'peminat' Chanyeol di laman sosial agak ramai. Memang tidak dapat dijangka yang Tao dan Chanyeol ini ramai betul peminatnya. Pengikut mereka berdua di Instagram dan Twitter pun hampir berjuta-juta orang. Dah macam artis pun ada juga.

"Tak ada sejak-sejak lagi dah, Yuna. Memang oppa ramai peminat dari kecil." Kata Chanyeol seraya memandang wajah si gadis yang mula berubah sedikit. Nampak bosan dan tak ada mood. Cemberut, muncung itik. Dua benda yang betul-betul jelas terpamer di wajah comel Choi Hanna.

"Belagaknya." Hanya itu sahaja yang terpancul di mulut Kim Ayuna setelah Chanyeol menjawab soalannya tadi. Kerjanya yang tertangguh disambung. Tetapi ada satu benda yang mengerutkan kening Kim Ayuna yang lebat itu.

'Pergh! Dia dah siapkan semuanya?! Dah pindah meja yang last dah pun? Habis tu aku? Apa cerita?' Kim Ayuna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menoleh ke tempat Choi Hanna dan Chanyeol berdiri tadi. La, hilang dah? Cepat betul. Satu dah siapkan meja, satu lagi dah lesap ke bilik latihan tanpa kata putus. Laju betul.

"Tao," Kim Ayuna menggamit seniornya. Tao yang sedang mengenakan kain pada sisi meja mengangkat kepala.

"Hmmm...?"

"Saya nak buat apa kalau awak dah siapkan yang tu?" Tanya Kim Ayuna sambil membuat muka bendul. Seolah-olah tak tahu apa-apa yang perlu dibuat. Matanya yang pedih kerana mengantuk digosok-gosok perlahan.

"Tak payah buat apa-apalah. Awak pergi mandi je. Belum mandikan?" Soal Tao tanpa memandang wajah Kim Ayuna. Kim Ayuna menggelengkan kepalanya. Macam tahu-tahu je aku belum mandi. Tahulah dia dah mandi.

"Pergilah sana. Busuk." Ujar Tao dengan selambanya. Kim Ayuna yang mendengarnya seperti mahu ditikam-tikam sahaja Tao itu. Bab-bab menyakat memang nombor satu lelaki ini. Kadang-kala sampai membuatkan dia mahu menangis.

"Dah tunggu apalagi? Pergilah mandi. Ke nak saya yang..."

"Yah! Tao, yah!" Ni yang tak boleh tahan kalau dah sampai babak 18sx ni. Tajam betul jelingannya memandang Tao yang tidak ketawa, tetapi tersengih seperti kerang wangi. Terus kakinya melangkah menuju ke pentas. Tangannya laju mencapai beg tangan dan baju sejuknya. Kunci kereta dan telefon bimbit sudah awal-awal diselit pada kocek seluar.

"Nak ke mana pula tu?" Tao bertanya. Meja yang sudah siap dihias disusun di hadapan pentas. Dahinya yang sedikit berpeluh dilap dengan belakang tangan.

"Nak ba..."

DUMMM!!!

"Omma!!!"

Kim Ayuna menjerit kuat sambil menutup wajahnya dengan telapak tangan. Kuat betul petir yang berdentum di langit tadi. Sampai berdesing telinga dibuatnya.
Perlahan-lahan mata dibuka. Tapi ada sesuatu benda yang pelik berlaku di hadapan mata. Suasana serta-merta menjadi.... gelap!

"Tao," Kim Ayuna bersuara. Rasa macam nak nangis rasanya bila sekeliling gelap gelita. Satu cahaya pun dia tidak nampak. Sudahlah dia agak seram bila dalam kegelapan. Asyik terbayang baju putih lebar dan rambut panjang mengerbang. Wajah yang bercarik dengan darah serta... mata yang mencerlung tajam merenung dirinya. Oh tidak dapat dibayangkan sama sekali.

"Tao oppa..." suaranya mula serak-serak basah. Tangannya cuba menggapai sesuatu tetapi tiada apa-apa yang dapat dipegang. Hanya udara yang sejuk sahaja yang menampar tangannya ketika ini.

"Tao oppa..."

DUMMM!!!

"Tao!!!"

"Shut... I' m here. Shut... relax okay. I' m here." Ujar Tao dekat ditelinganya. Kim Ayuna yang menekup wajah dengan tangan kerana takut membukanya perlahan-lahan. Terasa tangan Tao memeluknya dari belakang. Tubuh lelaki itu benar-benar dekat dengannya ketika ini. Tetapi itu semua lansung tidak dihiraukan. Apa yang dikisahkan sekarang adalah ketakutannya ini. Meleleh air matanya menahan ketakutan di dada. Memang takut gila nak mati!

"Tao yah..." suaranya bergema perlahan. Kuat betul petir tadi. Hujan pula lebat sampai ke sekarang masih tidak reda-reda lagi.

"Shut... just diam. Jangan cakap apa-apa. Wipe your tear." Kata Tao perlahan pada telinganya. Kim Ayuna seperti mahu meraung di situ juga selepas mendengar arahan lembut daripada mulut Tao. Sungguh dia tidak sangka yang Tao pandai memujuk. Sudah tu, pandai menenangkan pula tu. Terharu betul hatinya.

Air matanya tidak dilap tetapi dibiarkan mengalir sehingga menitispada angan Tao yang berada dipinggangnya. Walaupun esakannya tidak kuat tetapi cukup bagi Tao menekanya.

"Ayuna, stop crying. I' m here, dear. Blackout je ni. Nanti security buka lampu balik. Ya?" Pujuk Tao lagi. Tangan sebelah kanannya mengelap perlahan mata Kim Ayuna yang jelas sekali basah lencun. Tak payah tengok sebab Tao dapat rasa sendiri bagaimana basah mata itu pada tangannya. Hatinya tidak dapat menerima jika matanya melihat dan telinganya mendengar esakan Kim Ayuna. Memang dia benar-benar rasa seperti mahu menstapler bibir Kim Ayuna daripada terus menangis. Kerana jika gadis itu menangis, hati lelakinya seolah-olah mengalirkan air mata juga. Pelukannya ini juga membuatkan dirinya rasa selesa. Rasa sesuatu yang dia belum pernah rasa sebelum ini. Seperti rasa seseorang... seseorang yang telah pun jayuh cinta.

Kim Ayuna berhenti menangis jadinya. Seakan-akan pujukan itu seperti air yang meredakan api yang sedang marak. Mudah betul dia jatuh jika dipujuk oleh lelaki ini. Kalau diikutkan memang payah juga mahu memujuknya ini. Tetapi entah kenapa, mudah betul untuk dia terdiam kerana dipujuk oleh seorang lelaki yang bernama Tao.

"Kenapa blackout?" Rasanya itu adalah soalan yang paling sengal yang pernah dia ajukan kepada Tao selama dia bertugas di sini. Itu pun baru sehari dia beradu tenaga di Universiti Konkuk ini. Dah tahu hujan, masih lagi nak tanya kenapa.

"Kan tadi hujan lebat, ada guruh kuat. Sebab tu dia blackout." Jawab Tao dengan tenang. Tangannya masih lagi di pinggang Kim Ayuna. Tak nak lepas rasanya.

"Oh..."

DUMMM!!!

"Omm..."

"Shut... deo amu ildo balsaengghaji anhseubnida (tidak ada apa-apa yang berlaku.). Geogjeonghaji maseyo (jangan risau)." Kata Tao sambil menggosok-gosok bahu gadis 19 tahun ini. Dia tahu yang Kim Ayuna terkejut dan mahu menjerit tadi, tetapi cepat-cepat dia menenangkan hatinya. Dia patut menenangkan hati Kim Ayuna daripada terus terkejut. Bimbang darah gadis itu akan naik kerana ketakutan yang melampau dan boleh pengsan.

Kim Ayuna memejamkan matanya. Dia dapat merasakan sesuatau ketika Tao menggosok bahunya tadi. Dia merasakan yang dia seperti... seperti jatuh cinta. Jantungnya berdegup tidak seirama. Perlahan tangannya menyentuh dada. Ya, jantungnya bergendang tidak senada. Adakah benar... yang dia telah jatuh cinta. Tapi dengan... dengan siapa? Takkanlah dengan... dengan seniornya sendiri???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience