Bab 7

Fanfiction Completed 49058

"OKEY. That's all for today. Noona harap awak semua dapat apa yang noona dengan oppa sampaikan tadi." Kata Choi Hanna sebagai pengakhiran kata selepas kelas menari dengan pelajar-pelajarnya tamat. Tidak dinafikan, penat yang amat dahsyat sekali jika menjadi guru tari ini. Berpeluh-peluh dahi dibuatnya.

"Baik, noona." Jawab 35 orang pelajar tersebut.

"Ada masa 5 minit lagi sebelum kelas habis, tapi awak semua dah boleh baliklah. Rehatkan badan sikit." Arah Chanyeol yang sudah selesai mengemas setiap sudut bilik latihan ini. Kakinya dilangkahkan menuju ke arah Choi Hanna yang berdiri di hadapan pelajar-pelajarnya.

"Ehem, macam mana? Best praktikal?" Tegur Chanyeol dalam nada berbisik. Dia berdiri di belakang Choi Hanna sambil menundukkan sedikit tubuhnya itu. Bibirnya bergerak tetapi mata tetap memandang para pelajarnya yang berpusu-pusu mahu keluar dari bilik latihan.

"Best. Tapi, penat sikitlah." Kata Choi Hanna. Dia agak terkejut bila nafas Chanyeol menderu pada telinganya. Geli pun ya juga.

"Oh... biasalah tu. Sebagai cikgu tari, memang penat. Dan jangan lupa periksa kesihatan awak tu. Kadang-kadang kaki awak boleh tercedera bila awak asyik lasakkan aje." Nasihat Chanyeol. Dia menegakkan tubuhnya apabila ke semua pelajar sudah pun keluar. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja. Suasana sudah tidak janggal lagi kerana Choi Hanna dan Chanyeol sudah lama berdua-duaan seperti ini sebelum kelas masuk tadi. Kalau tidak, pasti tiada satu perkataan pun yang keuar dari.bibir mereka. Kekok dan rasa janggal punya pasal. Tetapi sekarang, ini adalah rutin harian mereka setiap hari.

"Baik, bos." Jawab Choi Hanna. Dia mengatur langkah menuju ke arah beg galasnya yang terdampar di atas sofa. Tuala kecil diambil dan mengelap wajahnya yang berpeluh itu. Matanya terkalih pada Chanyeol yang mula terbaring lelah di tengah-tengah bilik latihan.

Choi Hanna tersenyum nipis melihat keadaan Chanyeol. Dia berjalan dengan tangan masih ada tuala kecil. Tangannya menyentuh lengan Chanyeol sebelum duduk bersila di sebelah lelaki itu.

"Awak penat?" Tanya Choi Hanna. Chanyeol yang sedang menutup mata membuka matanya. Dia tersenyum melihat Choi Hanna yang duduk bersila disebelahnya itu.

"Haah. Biasalah tu. Minta tolong urutkan kepala saya boleh? Sakitlah." Pinta Chanyeol sekali gus mengadu kepada Choi Hanna yang kepalanya sakit. Dia benar-benar sakit kepala dan di dalam kesempatan ini, dia mahu mendekati lagi Choi Hanna dengan lebih rapat.

"Err... okey. Tapi saya kena lap dulu peluh awak yang dah banjir ni." Walaupun hairan dengan sikap Chanyeol yang mendadak mesra ini, tapi dia tetap mengelap dahi dan seluruh wajah Chanyeol dengan tualanya tadi. Setelah selesai, kepala Chanyeol diurutnya perlahan-lahan.

Chanyeol memejamkan mata dan menghayati setiap urutan yang Choi Hanna salurkan pada kepalanya. Dia tersenyum sendiri. Kalau macam ni hari-hari, alangkah bahagianya hidup.

Choi Hanna mendekatkan sedikit tubuhnya ke arah Chanyeol kerana tangannya payah untuk mengurut kepala lelaki itu dengan selesa sedikit. Macam tahu-tahu apa yang berlaku kepada Choi Hanna.yang kurang selesa dalam keadaan begitu, Chanyeol bertindak meletakkan kepalanya di atas ribaan Choi Hanna. Ketika itu, urutan Choi Hanna hampir saja terhenti kerana tindakan Chanyeol yang diluar dugaannya. Tetapi ia lagi memudahkan untuk dia mengurut kepala Chanyeol lagi. Choi Hanna meneruskan urutan walaupun masih lagi terkejut.

10 minit berlalu. Keadaan mereka masih lagi seperti itu dan Choi Hanna masih lagi mengurut. Tangannya lenguh. Diregangkan sedikit sebelum menyambung lagi. Tetapi tangannya berhenti bergerak apabila telinganya menangkap satu dengkuran kecil keluar dari bibir Chanyeol.

"La, tertidur ke?" Choi Hanna bercakap sendirian. Kena urut sampai tertidur.

"Chanyeol, Chanyeol." Choi Hanna cuba mengejutkan Chanyeol. Mana tahu, tidur-tidur ayam. Tetapi sangkaannya meleset sama lagi. Chanyeol tidur nyenyak sekali. Dimain-mainkan hidungnya pun tidak sedar.

Choi Hanna ketawa kecil melihat Chanyeol. Penat sangatlah tu sampai tertidur. Tangannya hari ini benar-benar nakal. Chanyeol yang lena tidur itu diusiknya.

Jari telunjuknya merayap di kening Chanyeol. Kemudian tidak lama turun pada hidung pula. Tangannya berhenti mengusik apabila Chanyeol menggosok-gosok hidungnya sendiri. Mungkin kegelian. Choi Hanna ketawa kecil. Lucu melihat Chanyeol.

"Tak sangka, awak ni comel bila tidur." Puji Choi Hanna perlahan. Dia berani memuji kerana Chanyeol tidur. Kalau Chanyeol sedar, haram dia mahu memuji. Kembang kempis hidung Chanyeol nanti.

Tangannya bermain-main pada bibir merah Chanyeol. Chanyeol mula rasa tidak selesa. Tangannya meraup seluruh wajahnya. Geli satu muka dikerjakan Choi Hanna. Ketika itu, mujur Choi Hanna dapat mengelak. Jika tidak, pasti dia kantoi.

Ingatkan Choi Hanna sudah tidak mengusik lagi. Rupa-rupanya tidak. Kini rambut perang Chanyeol pula dibuat mainnya. Sedang dia leka mengusik dan membuat main rambut lelaki kacak itu, tiba-tiba...

"Seronoknya tenung muka saya? Main-main rambut, hidung... kan?" Ujar Chanyeol. Serentak dengan itu, tangan Choi Hanna ditangkapnya. Dia sudah sedar sejak hidungnya dibuat main lagi. Bermakna dia mendengar pujian Choi Hanna. Kembang kempis hidung Chanyeol.

"Man... mana ada! Saya... saya..."

"Saya apa, Hanna?" Chanyeol mengeluarkan suara romantiknya. Choi Hanna agak tergoda juga dengan suara itu tetapi dia perlu melarikan diri. Tapi masalahnya sekarang ini, tangan! Tangannya 'digari'. Macam mana mahu lari?!!!

"Saya nak ke toilet kejap." Alasan itu sahaja yang terlintas difikirannya. Fikirnya, Chanyeol akan melepaskan tangannya pergi, rupa-rupanya tidak. Semakin lelaki itu bangun adalah. Chanyeol merangkak mendekati Choi Hanna seperti harimau. Choi Hanna mengesot ke belakang.

"Awak ni dah kena sampuk ke apa?" Tanya Choi Hanna. Dia terus mengesot ke belakang. Tidak sampai selangkah, tubuhnya melekat pada dinding.

"Awak tu yang nakal sangat." Chanyeol rasa mahu tergelak rasanya bila melihat wajah Choi Hanna seperti orang kena culik.

"Eee... gila!"

PAP!

Walaupun tidak kuat mana lempangan yang diberi oleh Choi Hanna, tetapi cukup membuatkan hatinya sedikit bahagia dan gembira. Pipi dipegang. Choo Hanna sudah pun berlari seperti lipas kudung tadi keluar dari bilik ini. Chanyeol tersenyum sendiri sambil memegang pipi.

"Comel..." kata Chanyeol perlahan. Dengan tubuh disandar pada dinding, tangan menyentuh pipi, bibir mengukir senyuman, sudah serupa orang angau. Chanyeol... Choi Hanna....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience