Bab 15

Fanfiction Completed 49058

"Tak boleh jadi. Ini memang tak boleh jadi. Kalau kita biarkan perempuan-perempuan tu kat U ni, queenka aku akan lari tak lama lagi. Aku tak rela." Tempelak Hyorin yang lagi tadi asyik ke hulu ke hilir di dalam bilik kuliah. Sepanjang kuliah berjalan tadi, satu benda pun tak masuk dalam kepala otaknya. Sudahlah dia maas mahu belajar. Bila tiba ujian, menirulah jawabnya.

Kepalanya asyik teringat kata-kata Ji Yeon dan Tiffany sahaja lagi tadi. Macam mana Ji Yeon menceritakan kepadanya tentang dua perempuan itu. Bagaimana Tiffany bengang dengan pengetua Lee Kwang Soo. Dan juga... bagaimana gadis-gadis itu tidur dengan pasangan masing-masing. Walaupun dia tidak berapa tergilakan Tao dan Chanyeol sepertimana Ji Yeon dan Tiffany tergilakan lelaki-lelaki itu, hatinya tetap rasa tidak berpuas hati. Lama dia menuntut di sini, tetapi tidak pernah dia dapat apa yang gadis itu dapat. Kim Ayuna dan Choi Hanna yang tidak sampai seminggu di U ini boleh dapat apa yang wanita inginkan. Tambahan pula Tao dan Chanyeol memang popular di sini. Siapa yang tak mahu bergandingan bersama? Tak gitu?

"Habis tu sekarang kita nak buat apa?" Soal Ji Yeon yang duduk di sebelah Tiffany. Hyuna dan Suzy sudah pergi ke perpustakaan. Ji Yeon merasakan, dua lagi rakannya itu sudah tidak lagi bersama-sama dengan mereka berdua. Sudah tidak lagi berkumpul bersama-sama seperti dulu. Perangai Hyuna dan Suzy berubah dari hari ke hari. Yang paling mengejutkannya, Hyorin langsung tidak bertanya soal mereka berdua. Seperti geng queenka hanyalah tiga orang sahaja.

"Hyuna dengan Suzy mana?" Soal Hyorin tanpa menjawab soalan Ji Yeon. Kepalanya sudah menghitung rancangan.

"Kat library." Jawab Ji Yeon dan Tiffany serentak. Baru je cakap pasal Hyuna dan Suzy.

"Aku nak korang panggil diorang ke sini. Sekarang juga." Arah Hyorin tegas. Wajahnya masam sahaja. Takbada secalit senyuman langsung.

"Okey." Cepat-cepat Ji Yeon mencapai telefon bimbitnya. Nombor Suzy didail. Agak lama juga barulah Suzy angkat.

"Anyeong..." Suzy menjawab malas. Seperti sudah agak apa yang Ji Yeon minta. Bukan kali pertama Ji Yeon menelefonnya ketika dia di perpustakaan. Hampir setiap hari. Sepatutnya, ketika di perpustakaan, pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan telefon binbit. Tapi disebabkan Ji Yeon yang telefon, terpaksalah dia keluar sebentar.

"Hyorin suruh kau dengan Hyuna ke bilik kuliah kita tadi."

"Nak buat apa?"

"Manalah aku tahu. Dia tengah marah tu." Beritahu Ji Yeon perlahan. Tiffany yang berada di sebelahnya melagakan telinganya pada telefon bimbit Ji Yeon. Nak juga dia mendengar rakannya bercakap dengan Suzy yang sudah banyak berubah itu.

"Hmm... tengoklah nanti macam mana." Jawab Suzy endah tidak endah. Dia pelik, mengapa Ji Yeon dan Tiffany tidak sedar-sedar dengan perangai Hyorin. Sudah banyak kali kut mereka berdua dilakukan Hyorin seperti kuli tak bergaji. Tapi tetap ikut kepala si Hyorin tu.

"Baik kau datang cepat. Jangan sampai Hyorin buat yang bukan-bukan." Kata Tiffany pula tepat pada speaker telefon Ji Yeon. Kedengaran nafas Suzy mendesah di luar talian bermaksud gadis muda itu mengeluh. Nampak sangat tak berminat dengan arahan yang diberikan Ji Yeon.

"Yelah. Nanti kejap lagi aku sampai."

"Hem.. jangan tak ada pula. Aju yang kena nanti." Pesan Ji Yeon.

"Hmm.. anyeong."

TUT... TUT... TUT...

Talian dimatikan oleh Suzy tanpa sempat dua gadis ini menjawab kata-katanya. Putih mata Ji Yeon dan Tiffany dibuatnya. Hyorin yanv lagi tadi mendengar perbualan mereka ketawa sinis.

"Perjumpaan aku dengan diorang adalah kali yang terakhir." Kata Hyorin tiba-tiba. Ketawanya semakin lama semakin kedengaran nyaring. Maklumlah, ada bakat menyanyi dan menjadi pereka fesyen.

Ji Yeon dan Tiffany mula rasa kurang senang dengan ayat Hyorin. Merepek apa pula Hyorin ni?

"Apa... maksud kau?" Tanya Tiffany. Hyorin yang sedang berdiri di hadapannya dipandang atas bawah.

"Maksudnya... Hyuna dengan Suzy... akan 'turun' takhta sebagai queenka dalam group kita. Tak lama lagi."

"Boa?!!"

"SAYA berpuas hati dengan hasil kerja awak berempat. Jadi, saya akan berikan awak berdua cuti untuk esok. Lusa, jangan lupa datang balik sebab ada reahsel untuk majlis ni. Faham?" Kata pengetua Lee Kwang Soo. Tidak dinafikan, hasil kerja tangan mereka berempat sangat memuaskan hati pengetua Lee. Tidak sangka betul, dengan empat tenaga yang berbeza dari segi audut jantina ini boleh menyiapkan dewan dalam masa tidak sampai satu hari. Hanya tinggal gantungkan tirai sahaja. Taburan bunga-bunga hidup akan dilakukan semasa majlis nanti. Jadi maknanya, kerja mereka hanya menggantungkan tirai sahaja. Betapa bahagianya hidup. Tak sia-sia blackout tadi malam. Dan tak sia-sia juga mereka berempat beradu tenaga kerana tanpa disedari, hati masing-masing sudah mula mengenali.

"Kamsahamnida." Kata Tao dan Chanyeol serentak sementara Kim Ayuna dan Choi Hanna pula sedang sibuk mengemas-ngemas beg di atas pentas. Maklumlah, kerja dah siap. Esok cuti. Terasa yang diri mereka bukan sedang menjalani praktikal, tetapi seperti sudah menjadi pelatih di sini. Pengetua memang baik sekali.

"Oh ya, Ayuna, Hanna. Awak berdua dah boleh balik sekarang. Tapi jangan lupa datang balik. Awak dengan senior-senior awak ada jadual kelas yang padat hari ni.Mianhae, saya tak dapat cari pelatih ganti untuk awak berempat. Esok tu bolehlah sebab ramai pelatih tiada jadual yang padat macam hari ni." Kata pengetua Lee panjang lebar. Kim Ayuna dan Choi Hanna sampai mengecilkan matanya mahu memahami setiap kata pengetua tadi. Payah juga mahu faham kerana pengetua Lee Kwang Soo bercakap laju yang amat.

"It's so okay, pengetua. Saya tak kisah pun. Kan, Ayuna?" Ujar Choi Hann sambil tersenyum. Kim Ayuna menganggukkan kepalanya seraya berkata,

"That's right. Lagipun kami kan still praktikal. Takkan nak cuti apa benda semua tu kut kan?"

"Siapa cakap awak berdua praktikal dekat sini? Saya dah anggap awak berdua pelatih dekat sini. Kan awal-awal saya cakap, tempoh praktikal awak sebulan je. Tak payah lama-lama. Menyusahkan saya."

Kim Ayuna dan Choi Hanna tercengang. Tao dan Chanyeol hanya tersengih melihat reaksi kedua-dua gadisnya' itu. 'Gadisnya'? Ya, mungkin Tao dan Chanyeol seperti mula rasa dan mula menganggap mereka berdua adalah 'gadisnya'. Dalam kata erti lain adalah, 'kekasih' dalam diam.

"Tak payah nak buat muka terkejutlah." Tegur Tao dan semestinya itu untuk 'gadisnya' sebelum dia dan Chanyeol berlalu ke hujung penjuru dewan. Mungkin mahu menyiapkan beg-beg yang ada pakaian kotor semalam.

Kim Ayuna merasakan yang Tao mengajukan teguran itu kepadanya. Ni yang bengang ni.

"Okeylah, saya nak kena keluar dan naik office balik. Oh ya, kalu ada apa-apa ataupun senior awak ada buat hal, report pada saya. Nanti saya akan denda senior awak ni." Sempat lagi pengetua Lee Kwang Soo berseloroh. Choi Hanna ketawa kecil. Dia memberikan isyarat mulut tanpa suara kepada Chanyeol iaitu, 'Padan muka awak,'

Chanyeol membalas, 'Saya tak akan kena denda. Tapi awak yang kena.' Walaupun agak panjang, tetapi cukup untuk Choi Hanna faham. Siap ketawa-ketawa lagi sampai membuatkan Kim Ayuna dan pengetua Lee Kwang Soo mengerutkan dahi.

"Kau dah kenapa? Buang tebiat ke apa ketawa sorang-sorang?!" Bisik Kim Ayuna pada telinga rakan baiknya itu. Choi Hanna sedikit bengang. Macam mana boleh terketawa pula ni?? Buat malu dunia jelah

"Ehem... ehem... err... rasanya saya dengan Ayuna nak kena balik sekarang. Nanti nak kena ke sini balikkan nanti? Biasalah, pengetua. Ayuna kalau bersiap lambat. Jadi apa kata kal..."

"Tak payah explain panjang-panjang, Hanna. Saya dah faham. Saya naik office dululah. Anyeong."

Pada masa itu, keempat-empat insan ini sudah tidak tahu mahu bercakap apa lagi. Kenapa hari ini pengetua Lee Kwang Soo asyik memintas percakapan orang sahaja kerjanya. Naik segan juga Kim Ayuna dan Choi Hanna dibuatnya.

"Oh ya sebelum saya terlupa nak cakap." Pengetua Lee memusingkan tubuhnya ke belakang. Kim Ayuna, Choi Hanna, Tao dan Chanyeol yang sibuk bergosip tadi terpaksa membuat gaya seperti biasa jadinya. Secara drastik dan kelam-kabut bayangkan. Dah macam kena kejar anjing dah.

"Apa dia, pengetua?" Chanyeol menanya supaya keadaan tidaklah kekok mana.

"By the way, korang berdua, dengan Ayuna dan Hanna, nice and sweet couple. I like it." Katanya dengan selamba sebelum pergi meninggalkan dua pasangan couple yang dikatakan sweet tadi. Dah memang betul apa yang dia nampak dengan mata kepalanya sendiri. Keserasian antara Kim Ayuna dan Tao sangat menyedapkan matanya memandang. Kesesuaian Choi Hanna dan Chanyeol pula menenangkan mata yang melihat. Adalah keserasian sebagai pasangan kekasih tu.

'Couple?' Tao berbisik di dalam hati sambil tangannya terus berkerja. Boleh mabuk kalau asyik dipasangkan dengan Kim Ayuna je kerjanya.

'Aku? Tao? Couple?' Kim Ayuna menyoal diri sendiri juga. Tersenyum sendiri dia jadinya. Tapi, bila pengetua cakap macam tu, hatinya diuit rasa bahagia. Bahagia dari segi apa

pun dia tak tahu.

'Nice and sweet couple. Yakah?' Choi Hanna menggigit bibir bawahnya tanda dia sedang tertanya-tanya. Kenapa pengetua cakap macam tu? Serasi ke dia dan... Chanyeol?

'Haha... apa salahnya kalau betul couple pun. Bahagia hidup.' Detak Chanyeol di dalam hati. Memang hatinya telah dicuri oleh Choi Hanna. Buktinya, dia telah meluahkan perasaannya semalam terhadap Choi Hanna di hadapan tandas wanita. Tandas wanita tau! Romantik tak?

Cuma yang sakitnya, Choi Hanna tak dengar pula. Itu yang parah tu sebab masa dia menuturkan ayat 'I love you' semalam, guruh pula kuat. Tapi dikira untung juga sebab ketika guruh, Choi Hanna memeluknya. Pelukan itu memang menyelesakan diri yang merasa. Dialah!

Bukan Chanyeol sorang yang cuba untuk menyampaikan rasa perasaan itu kepada Choi Hanna, Tao pun ada mencuba. Tetapi Tao menyebut tiga perkataan keramat itu ketika Kim Ayuna betul-betul sudah lena semalam. Dia tahu, Kim Ayuna tidak akan tahu, tapi dia yakin, Kim Ayuna akan perasan apa isi hati dia yang sebenar melalui cara layanannya kepada gadis itu sendiri. Luahkan perasaan tidak bergantung kepada kata-kata sahaja, melalui perbuatan pun boleh. Itulah keistimewaan kalau jatuh cinta jenis Jumpa+Suka+Sayang+Cinta. Payah sebenarnya. Nak kena kontrol hati dan perasaan selalu.

Persolannya sekarang ini, sampai bila hati keempat-empat insan ini akan meluahkan sesama sendiri? Esok? Lusa? Ataupun... coming soon???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience