Bab 35

Fanfiction Completed 49058

AYUNA menunggu Hanna keluar dari bilik air. Sambil-sambil itu dia makan snek yang dibelinya sewaktu di dalam perjalanan pulang tadi. Mata memandang televisyen tapi hati? Sibuk terfikir pasal cabaran dan... ciuman tadi! Itu adalah ciuman pertama Tao untuknya dan ia melekat pada pipi. Ego punya pasal, dia sanggup mengucapkan perkataan 'gila' daripada membalas kembali ciuman itu. Ingatkan lelaki sahaja yang berego tinggi, perempuan pun sama.

"Hoi, berangan!" Sergah Hanna. Ayuna tersentak. Kus semangat!

"Kau ni! Terjatuh jantung aku." Marah Ayuna. Hanna ketawa.

"Kau nak cakap apa? Tak menyempat sangat." Ayuna terus ke tajuk utamanya. Masuk je rumah tadi, kelam-kabut Hanna mahu memberitahu hasratnya. Bila disuruh sekarang, tak mahu. Kena siap mandilah apalah. Hangin juga dia.

"Hemm.... macam ni. Kau tahukan apa jadi dengan kita?" Hanna menyoal. Kaki disila dan menghadap Ayuna. Sofa di dalam rumah tu punyalah banyak. Sofa kembar satu juga dikongsinya. Dah payah nak duduk. Nasib je kecil masing-masing.

"Ha... then?" Ayuna menanya serius. Tahukah Hanna apa yang jadi kepadanya? Harap-harap tidaklah. Habislah kalau tahu. Kecoh!!!

"Aku nak bagitahu ni. Kau jangan nak ketawa pulak." Awal-awal Hanna memberi amaran. Ayuna mengangguk. Hanna pun cerita sampailah bahagian yang dia mencabar Chanyeol.

Ayuna terkejut. "Kau... cabar... Chanyeol? Eh, macam mana boleh..."

"Boleh apa?" Tanya Hanna tidak sabar. "Macam ni..." Ayuna bercerita pula. Kalau tak kerana Hanna mencabar Chanyeol, tak cerita tak. 3 minit berlalu. Hanna terdiam.

"Macam mana boleh sama erk?" Soal Ayuna. Hanna mengangkat bahu. "Aku rasa... telepathy..." Duga Hanna. "Agaknyalah..."

Lama mereka terdiam sebelum Hanna memetik jari. Wajahnya ceria memandang Ayuna yang kebingungan.

"Dah kenapa?" Ayuna menanya.

"Kau tahu tak kebetulan kita ni bagus."

Ayuna mengerutkan dahi tidak faham. "A.. aku tak fahamlah!" Tempelak Ayuna. Hanna suka tidak menghabiskan ayat. Suka sangat gantung ayat.

"Macam ni, kau dah bagitahu belum kat dia pasal cabaran tu?" Tanya Hanna. Ayuna menggeleng.

"Ha... bagus! Kau tak payah bagitahu. Kau cuma cakap, akhir bulan ni, jumpa dekat airport. Sebab akhir bulan ni kan diorang balik. So nanti sampai je airport, pandai-pandailah kau nak cakap apa. Motif aku cakap ni cuma nak buat kau teman aku je. Taklah aku segan sangat." Kata Hanna panjang lebar sambil tersenyum nakal. Terbeliak mata Ayuna. Tu je ke?

"Itu je?" Punyalah semangat nak dengar cadangan Hanna. Itu je? Yang awal-awal tu bolehlah terima, yang last tu. Setakat nak teman? Baik tak payah bersusah payah cakap. Apalah...

"Lah dah tu? Aku sebenarnya nak kau minta teman je. Hehehehe (ketawa nakal)." Ujar Hanna. Ayuna mengeluh pendek sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Mata kembali menumpukan drama Korea My Love From The Star di TV.

"Kan best kalau ada namja chingu macam Do Min Joon ni. Dahlah handsome, cute pula tu..." kata Ayuna perlahan sambil membuat muka aegyonya. Hanna yang mendengar seakan-akan mahu ketawa. Kelakar pula.

"Hei, manalah Tao oppa tak berhangin dengan kau dulu. Ada hati nak ada namja chingu macam Do Min Joon. Yang dah ada tu jagalah elok-elok sayang oi!" Omel Hanna sebelum bangun menuju ke dapur.

Ayuna mencebik mendengarnya. "Eleh, nyampah aku dengar."

"Kau nak air apa? Aku nak buat ni."

LAMA menunggu, akhirnya teks yang dihantar oleh Ayuna tiba juga. Walaupun teruja, tetapi tangannya masih tenang mengambil dan membaca teks itu. Berkerut dahinya.

Akhir bulan ni, awak balik Koreakan? Saya tunggu awak kat airport. Saya tak jadi nak bagi cabaran, tapi nak bagitahu sesuatu. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya.

Kepala digaru perlahan. Kenapa pesanan Ayuna sama seperti Hanna mengirimnya kepada Chanyeol? Pelik. Sangat pelik.

Dia mencari telefon Chanyeol tetapi tak ada pula. Mesti sedang dicharge ni. Sementara menunggu Chanyeol keluar dari bilik, dia membalas SMS Ayuna.

Okey, jagi. By the way, how are you doing?

Apa salahnya mengurat malam-malam ni? Tak salahkan? Bukan senang nak ngurat balik.

"Hoi, kenapa sengih-sengih? Gila apa?" Sergah Chanyeol yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek sahaja kerana baru lepas mandi. Tak reti sejuk agaknya ya dua bujang ni. Sorang pakai singlet, sorang lagi hanya berseluar jeans sahaja dan tidak berbaju. Belum mandi lagi tu. Balik je tadi, terus tumbang. Letih wei!!!

"Wei, tadi Hanna hantar tekskan?"

Chanyeol mengangguk perlahan sambil menghirup air yang diambil dari dapur tadi. Matanya dijeling ke arah Tao yang seperti mahu memberitahu sesuatu.

"Dia cakap apa?" Soal Tao lagi, serius. Chanyeol meletakkan mug di atas meja kopi dan bangun untuk mengambil telefon yang dicharge di sebelah TV. Tao memerhatikan tingkah laku Chanyeol menuju ke tempatnya tadi.

Chanyeol menghulurkan telefonnya kepada Tao yng sudah memaparkan SMS nya dengan Hanna.

"Jangan baca yang lain." Pesan Chanyeol. Tao tidak membalas tapi sebaliknya membaca teks Hanna.

Emmm... saya nak bagitahu ni. Pasal cabaran tu, saya ingat tak payah kut. Tapi nanti last month ni kan, saya tunggu awak dekat airport. Ada benda yang saya nak bagitahu. Nanti kalau ada apa-apa, saya teks awak. Anyeong...

"Ada benda yang tak kena ke?" Tanya Chanyeol apabila Tao asyik memandang skrin telefonnya sahaja. Pelik juga tu.

Tao mengangkat kepala. Melihat kening Chanyeol terangkat sebelah, Tao menghulurkan iPhonenya kepada Chanyeol. Chanyeol menyambut.

"Kau baca." Arah Tao. Chanyeol pun membaca teks Ayuna dan...

"Apa pasal boleh sama?"

"Ha tu yang aku pelik! Aku rasakan diorang ni..."

"Sepakat!" Sambung Chanyeol. Tao mengangguk setuju. Tapi, apa masalah mereka berdua untuk bersepakat? Musykil aku, musykil...

"Kalau dia sepakat, takkan kita tak boleh?" Tiba-tiba Chanyeol menjongket-jongketkan keningnya memandang Tao. Tao cuba untuk mentafsirkan jongketan kening itu. Satu saat, tiga saat, dan...

"Okey! Aku faham. Kau nak buat apa?" Tanya Tao dengan terujanya. Chanyeol mengherotkan bibir ke tepi sebelum memetik jari. Chanyeol menarik kepala rakannya itu dan mendekatkan bibirnya k telinga Tao. Lama mereka berbisik sebelum mereka sama-sama tersenyum.

Rancangan apa ya? Hmmm... betul juga kata Chanyeol. Kalau Ayuna dan Hanna boleh sepakat, takkan mereka tak boleh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience