Bab 33

Fanfiction Completed 49058

HANNA BERADA DI SEBUAH BILIK.

"Perlu ke awak buat macam ni? Kita dah tak ada apa-apa dah. itu semua awak yang minta. Saya takkan terhegeh-hegeh lagi nak hubungan ni bersambung balik." Tegas sekali suara Hanna menyuarakan kehendaknya. Sungguh dia tidak sangka dan tidak percaya bahawa yang menekup mulutnya dengan sapu tangan tadi ialah Chanyeol. Lelaki itulah yang akan memberikan taklimat kepadanya nanti tetapi ini pula yang berlaku. Chanyeol tahu bahawa dia adalah orangnya dan sebab itulah lelaki itu bertindak berani seperti ini. Ini semua adalah ideanya juga. Dia dan Tao datang ke Korea memang sebab mahu memberikan taklimat kepada pemenang kerana apabila pertandingan berlangsung pada peringkat yang lebih tinggi, ianya akan berlaku di universitinya. Pengetua Edward menyuruhnya ke sana selaku wakil universiti. Sebab itulah dia dan Tao ke mari. Apabila mendapat tahu je bahawa universiti lamanya dinobatkan sebagai pemenang, kepala otaknya mula memikirkan yang lain.

Pada mulanya Tao tidak mahu kerana risikonya agak tinggi. Tetapi setelah dipujuk dan dipujuk, akhirnya lelaki itu mahu juga. Jadi inilah rancangan gila mereka ini. Sanggup mengambil risiko. Janji dapat berjumpa dan berbaik semula dengan bekas kekasih. Tao belum bekas. Tapi masih lagi mempunyai hubungan kerana hubungan itu tergantung tidak dijaga. Untuk Tao, hubungannya dan Ayuna dapat diselamatkan tetapi untuk Chanyeol, harapannya bergantung kepada usaha dan kesungguhan untuk berbaik dan membina semula perkataan cinta itu. Memang susah tetapi jika didorongkan dengan semangat dan rasa cinta yang masih menebal, dia sanggup mengharunginya sendiri. Janji dia dapat bersama semula dengan Hanna.

Sakit mata melihat Hanna memeluk V tadi. Naik berbulu juga dibuatnya. Itu adalah pembakar semangat. Semakin dia cemburu, semakin kuat semangatnya. Bagus juga V berbuat begitu kepadanya.

"Hanna, saya memang-memang nak minta maaf dekat awak. Saya tahu saya salah dan saya nak kita berbaik. Ya, memang dulu saya yang minta kita putus tapi sekarang, saya yang nak kita kembali macam dulu lagi. Tolonglah, bagilah saya peluang untuk saya tunjukkan yang cinta saya pada awak, tiada galang gantinya. Tolonglah, Hanna..." Chanyeol merayu. Dia melutut menghadap Hanna yang berdiri menghadap pintu. Tidak sabar mahu keluar dan pergi mencari Ayuna. Dia takut. Dia takut jika dia termakan pujuk rayu lelaki yang pernah membuat dia menangis ini. Jika dia termakan pujuk rayu Chanyeol, dia tewas. Ego Hanna memang tinggi mencakar langit. Kalau boleh, dia mahu melihat Chanyeol merana dulu, barulah dia terima. Barulah dia puas hati. Tetapi jika ini adalah cara untuk dia dan Chanyeol berbaik semula, egonya memang menolak mentah-mentah tetapi hatinya menerima tanpa berfikir panjang. Antara ego dan hati, mana satu pilihan Hanna?

"Chanyeol, saya ulang sekali lagi untuk kali yang terakhir dan saya harap awak faham. Saya tak nak balik pada awak lagi. Saya tak nak. Saya ulang sekali lagi, saya tak nak!"

"Senangnya kan awak lupakan saya dalam tempoh masa dua bulan ni? Sebab apa? Sebab ada jantan keparat tu kan? Hanna, siapa saya pada hati awak? Ha? Siapa selama ni?! Hanya mainan?! Hanya isi tempat kosong awak sebagai simpanan?!"

PANGGG!!!

Chanyeol memegang pipinya yang pijar dan pedih dek ditampar oleh Hanna. Teresak-esak Hanna menangis. Satu, kerana Chanyeol memaksanya untuk berbaik. Kedua, kerana dia memang mahukan Chanyeol kembali tetapi dia bingung sama ada mahu terima ataupun tidak. Dan yang terakhir, kerana dia telah menampar lelaki cinta pertamanya ini dengan tangannya sendiri. Dia memang rasa serba-salah. Dia mahu memegang pipi Chanyeol yang ditampar tetapi dia bimbang egonya akan jatuh jika dia melakukan sedemikian.

"Hanna, saya minta kita berbaik, bukan minta penampar dari awak. Tak apa, walaupun saya sakit rasa tamparan awak tu, saya okey. Kalau awak nak tampar saya lagi, tamparlah Hanna! Kalau awak nak buat apa-apa sekali pun dekat saya, buatlah! Silakan! Asalkan awak terima saya balik dan bagi saya peluang yang kedua." Kata Chanyeol dengan air mata yang sudah bergenang di tubir mata. Dia bangun untuk berdiri mengadap Hanna. Melihat Hanna yang teresak, dia lagilah meraung. Sungguh cintanya terhadap Hanna kuat sekali. Tempoh masa dua bulan tidak menemui Hanna seolah-olah 20 tahun lamanya. Luka yang tidak teruk diluar tetapi berdarah di dalam sangat lama untuk sembuh. Walaupun tiada parut, tetapi sakitnya masih lagi terasa sampailah sekarang. Dia benar-benar berharap kali ini supaya Hanna menerima cintanya kembali.

Hanna diam sambil memejamkan matanya. Dia cuba untuk menghilangkan rasa sakit, sedih di dalam hati. Dia cuba untuk tidak menangis. Tetapi dia tidak boleh. Tangisannya bertambah kuat apabila jari Chanyeol yang sudah lama tidak menyentuh pipinya melekat pada hari ini. Akibat sudah tidak tahan dengan tangisan dan badannya lemah, tangannya memeluk pinggang Chanyeol seperti dulu. Waktu itu, hanya mereka sahajalah yang tahu betapa pilunya keadaan. Dua tangisan antara lelaki dan perempuan beradu menjadi satu. Chanyeol menangis kerana gembira kerana baginya, Hanna memeluknya kerana sudah dpaat menerima dia kembali. Hanna menangis pula kerana tertewas dengan ego sendiri. Dia memang mahukan Chanyeol tetapi disebabkan ego, dia diamkan sahaja tetapi itulah manusia. Manusia akan tewas dengan ego sendiri bila sudah tidak tahan mahu menanggungnya.

"Saya sayangkan awak..." Chanyeol membisikkan ayat keramat itu pada telinga Hanna dengan suara yang teresak-esak. Senak dadanya kerana tidak dapat bernafas dengan betul.

Hanna hanya diam. Dia mahu menuturkan ayat itu tetapi egonya kembali bangun dan menolak tubuh Chanyeol perlahan.

"Saya... saya nak cabar awak. Sanggup awak tunggu saya sampai saya bagi jawapan?" Hanna melontarkan cabaran kepada Chanyeol yang kebingungan. Fikirnya Hanna sudah sepenuhnya menerimanya. Rupa-rupanya tidak. Ayat cabaran Hanna itu agak berat untuk dia menyahut tetapi disebabkan mahukan kembali Hanna ke dalam hidupnya, dia sanggup.

Perlahan kepala dianggukkan.

"Baiklah kalau macam tu. Awak dah setuju nak sahut cabaran saya. Malam ni, saya hantar cabaran tu pada awak. Cukup. Saya nak keluar dan nak balik." Hanna bercakap buat kali yang terakhir dan dengan hembusan nafasnya, dia membuka pintu dan meninggalkan Chanyeol terpinga-pinga mendengarnya. Cabaran apakah itu?

'Ah! Jangan fikirkan apa cabaran tu. Disuruh pijak kaca pun aku sanggup. Asalkan, kau, aku punya. Buat selamanya...'

"Err... Hanna! Wait!" Panggil Chanyeol. Hanna yang sudah hampir pada pintu berhenti tetapi tidak menoleh. Kepalanya hanya ditelengkan ke kanan dan mata dijeling ke belakang. Chanyeol maju ke hadapan. Bahu Hanna dipegang dan dipusingkan untuk dihadapkan kepadanya.

"Hanna, angkat muka awak," pinta Chanyeol. Hanna mengeluh. Banyak cakap pula dia ni, sudahlah dia tidak dapat menahan air mata. Tiba-tiba sahaja hatinya diundang rasa hiba kerana dengan satu sebab. Sebabnya adalah, dia bimbang jika dia berpisah dengan Chanyeol hari ini, hari selepasnya dia tidak dapat berjumpa lagi. Itu yang dia takut sebenarnya. Tapi masalahnya satu je Hanna ni. Ego. Langsung tak mahu kalah dengan ego.

"Hanna.."

Hanna akur. Dia angkat kepala. Tiba-tiba Chanyeol memegang kedua-dua pipinya dan menarik kepala itu. Alangkah terkejutnya dia tatkala bibir Chanyeol menyentuh perlahan dahinya. Ketika itu, tidak tahu mahu kata apa lagi melainkan menitiskan air mata yang memang lagi tadi bertakung.

Perlahan Chanyeol menjarakkan kembali bibirnya dan memandang wajah Hanna yang jelas sekali terkejut.

"Anggaplah ciuman saya pada dahi awak sebagai kali yang terakhir. Saya takut kalau... kalau lepas ni saya tak ditakdirkan jumpa awak lagi. Sekurang-kurangnya saya dah tinggalkan satu 'tanda' yang menunjukkan, awak tu, milik saya. Selamanya..." ucap Chanyeol dengan penuh perasaan. Tidak semena-mena, air matanya tunpah lagi.

Hanna diam. Terkedu dan terpana. Melihat Chanyeol menangis, dia juga turut sebak. Lagi-lagi mendengar kata-kata Chanyeol tadi. Disebabkan rasa hiba dan sebak tidak terhingga, Hanna terus keluar meninggalkan Chanyeol yang menangis keseorangan di sana. Telinganya masih terdengar...

'Anggaplah ciuman saya pada dahi awak sebagai kali yang terakhir. Saya takut kalau... kalau lepas ni saya tak ditakdirkan jumpa awak lagi. Sekurang-kurangnya saya dah tinggalkan satu 'tanda' yang menunjukkan, awak tu, milik saya. Selamanya...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience