Bab 22

Fanfiction Completed 49058

AGAK-AGAK sempat ke tidak ya jika dia pergi sekarang? Baju-baju sudah siap dimasukkan ke dalam bagasi dan tinggal bertolak ke lapangan terbang sahaja. Jadual penerbangannya ke Jepun pukul 6 petang dan sekarang jam 5 petang. Bila difikirkan soal Tao yang dibiarkan tanpa kata itu, perasaan bersalahnya mula menyerbu. Dia memang tidak dapat terima apabila pengetua memberitahu yang dia dan Hanna perlu ke Jepun petang itu juga selepas majlis untuk menemui pengganti Tao dan Chanyeol. Sekali gus menjemput mereka berdua yang masih tidak tahu apa namanya itu. Tetapi apa yang pasti adalah lelaki.

Pada awalnya, dia sudah berjanji mahu menghantar lelaki itu ke lapangan terbang bersama dengan Hanna dan Chanyeol sekali. Tetapi bila berita itu diterima, dia memang sudah tidak tahu mahu berkata apa melainkan akur sahaja. Mujur dia sempat memesan kepada Suzy dan Hyuna supaya memberitahu kepada Tao dan Chanyeol bahawa dia dan Hanna tidak dapat menghantar ke lapangan terbang atas sebab itulah. Tidak tahulah apa responnya kerana dari habis majlis sampailah ke sekarang telefonnya langsung tiada berbunyi. Biasanya tiga jam sekali telefonnya menerima panggilan. Ini langsung satu mesej pun tak masuk!

iPhone5s nya dicapai dan ditenungnya dalam-dalam. Gambarnya bersama dengan Tao menjadi kertas dinding telefon. Dia tersenyum sebentar sebelum senyumannya kembali pudar dan pudar. Kalau mengikut akal dan fikiran, dia mahu mendail nombor Tao dan meminta maaf dengan sendiri. Tetapi jika mengikut hati dan perasaan, dia takut. Takut sebab apa pun dia tidak pasti. Dia memang sedang serba-salah. Tetapi apa salahnya? Ini adalah satu tugas. Bila dibandingkan antara menghantar lelaki itu ke lapangan terbang dan menemui dua pengganti Tao dan Chanyeol, lebih penting yang nombor dua kut? Perkara yang pertama penting dan ianya melibatkan hati dan perasaan. Perkara yang kedua pula lagi penting! Dan ianya melibatkan kerja dan tugasan. Jadi tiada alasan untuk Tao memarahinya. Betul tak?!

"Ayuna sshi!" Panggil Hanna dari tingkat bawah. Ayuna tersentak. Dia bangun dari duduknya lalu keluar dari bilik. Terlihat wajah Hanna yang kelihatan sedikit gelisah itu.

"Ada apa?"

"Headmaster tiba-tiba buat hal. Dia cakap flight kita pukul 5 setengah pula." Ujar Hanna. Wajahnya kelihatan benar-benar kerisauan. Baru je tadi berniat nak berjumpa Chanyeol di lapangan terbang memandangkah jadual penerbangannya dua jam sedikit lewat daripadanya, boleh pula Pengetua Lee telefon dan mengatakan jadual penerbangan mereka telah ditukar kerana pengganti Tao dan Chanyeol meminta mereka supaya bergerak cepat sedikit. Dia fikir aku ni apa?! Robot?!

"Aduh! Apa pasal pula?! Lecehlah macam ni." Rungut Ayuna serentak dengan itu, tangannya menumbuk dinding bilik perlahan. Tertekan betul dengan sikap pengetua yang sejak akhir-akhir ini agak cerewet dan menyakitkan hati. Apa pasal entah dengan pengetua itu. Ada je permintaannya yang boleh membuatkan semua pelajar-pelajar menjadi gila.

"Tahu pun kau! Dioranglah yang suka-suka hati minta kita cepat-cepat ke sana. Fikir kita ni apa?! Patung?!" Protes Hanna geram. Mata dipejamkan seketika sebelum dibukanya kembali. Tubuh Ayuna yang berada di hadapannya dipandang atas bawah.

"Kau nak jumpa Tao oppa?" Hanna menyoal tiba-tiba membuatkan Ayuna terkedu. "Apa pasal kau tanya? Kau nak jumpa Chanyeol oppa?" Ayuna menyoal kembali dan disambut dengan anggukan.

"Emm... kalau macam tu..."

"ADA tak?" Soal Chanyeol kepada Tao. Tao yang sedang mendengar lagu menoleh lalu menggeleng perlahan tanda kehampaan. Dia tahu apa maksud Chanyeol. Sebab itulah dia menggeleng lemah sahaja.

"Aduh..." Chanyeol tersandar lemah. Matanya terpejam dan belakang tangan kanannya didaratkan pada dahi. Berapa kali je dia tanya. Tapi hanya gelengan yang dia terima.

"Aku rasa diorang dah pergi." Tao bersuara. Chanyeol menoleh.

"Bila flight diorang?"

"Tak tahu. Tapi aku try hantar teks kat Ayuna, tapi tak boleh. Tak ada line kut atas flight. Bohonglah kalau kat sini tak ada line." Balas Tao tidak puas hati. Banyak kali dia cuba hantar teks di LINE, tapi satu benda pun tak terbang. Asyik ayat ini sahaja yang diterima, "MESEJ INI TIDAK DAPAT DIHANTAR. PERIKSA DATA ANDA ATAU CUBA LAGI." Fikir tak sakit hati ke?!

"Takkanlah awal sangat." Chanyeol masih lagi tidak mahu mengalah dan putus asa. Susah betul mahu menemui wanita kesayangannya buat kali yang terakhir. Itulah, inilah. Ada je yang tak kena.

"Tak mustahil, Chanyeol." Kata Tao sambil bangun dan meregang-regangkan ototnya sikit.

Chanyeol diam. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi ni? Nanti ada pembesar suara yang keluar untuk memberitahu jadual penerbangan yang sudah hampir tiba. Mereka berlepas jam 5 petang. Sekarang 5:15 petang. Lagi 15 minit lagi.

"Chanyeol, jom. Kejap lagi bunyi, takut ramai sangat orang." Ajak Tao yang sudah pun bangun. Cap dipakai dan dipusingkan ke belakang. Cermin mata hitam dibetulkan. Earphone dipakai hanya sebelah. Bimbang tak dengar apa yang orang cakap kalau pakai dua-dua sekali. Baju sweater disangkut pada lengan dan bagasi mula ditarik penariknya. Lelaki berusia awal 20-an itu nampak kelihatan kacak walaupun pemakaiannya nampak ringkas.

Baju T lengan pendek, seluar jeans biru gelap dikenakan dengan aksesori-aksesori iaitu topi, baju sejuk dan cermin mata hitam. Mana orang tak cair dengan Chanyeol? Ini kalau lelaki yang tak kuat hati ni, sah Chanyeol digilanya nanti untuk dijadikan... err.. pakwe ke makwe? Eh, entahlah.

"To all passengers aboard Korean Air will go to Los Angeles, you are asked to prepare for the departure hall now because the plane will take off a few minute later. Repeated, to all passengers aboard Korean Air will go to Los Angeles, you are asked to prepare for the departure hall now because the plane will take off a few minute later. Thank you." Kedengaran pembesar suara yang dipasang seluruh Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon bergema memberi arahan.

"Fuhh..." sempat menarik dan menghembuskan nafas sebelum Tao dan Chanyeol menuju ke balai berlepas. Sedang Chanyeol sibuk di hadapan, Tao berada di belakang. Dia berjalan perlahan dengan harapan ada insan yang akan memanggilnya nanti. Selangkah, dua langkah, tiga, empat dan lima, masih tiada juga. Keluhan terlepas juga akhirnya. Berapa kali keluh dah. Kali ini dia memang sudah tidak tahu mahu berkata apa. Putus asa...

"Sir, give me your passport." Tegur seorang pramugari yang cantik berseragam hitam yang bertugas di situ. Tao terkejut dan menghulurkan pasportnya. Kepalanya ditolehkan ke belakang buat kali yang terakhir. Dia menggeleng perlahan apabila pasportnya sudah diperiksa. Langkah sahaja dia beredar dari situ untuk terus ke tempat yang sepatutnya, telinganya menangkap satu suara yang dia sangat-sangat kenal. Keyakinannya semakin lama semakin bertambah apabila namanya juga turut disebut. Sah itu adalah...

"Ayuna..." pantas kepalanya ditoleh ke belakang. Matanya melilau mencari kelibat yang dia tunggu-tunggu lagi tadi. Kakinya mula bertindak luar kawalan apabila suara itu bergema lagi tetapi sayup-sayup sahaja.

"Tao, jangan buat hal. Nanti kita boleh tinggalkan text kat diorang. Palli! Nanti lambat!" Kata Chanyeol sambil memegang lengan lelaki itu. Agak terkejut juga dia apabila rakannya itu mula mahu beredar ke tempat lain. Mujur dia sempat menarik tangan Tao. Jika tidak jenuh juga mahu mencari dengan sesak-sesak orang ramai seperti ini.

Tao seakan-akan baru sahaja tersedar dari tidur. Dia mahu memberitahu Chanyeol yang Ayuna memanggilnya tetapi suaranya tidak keluar. Suaranya seakan-akan tersekat pada tekak. Langsung tak terkeluar. Entah apa benda yang meyenggat tekak, sampai nak bercakap pun payah.

"Tao yah..." Chanyeol cuba untuk memujuk Tao supaya berjalan. "Kejap-kejap," halangnya. Dia cuba meneliti buat kali yang terakhir.

Satu saat, dua saat, tiga, empat... lima. Sah, tak ada dah suara Ayuna memanggilnya lagi. Okey, putus asa kembali.

Hatinya sempat lagi berkata sebelum pergi, 'Ayuna, hangug i nae sigan ui juui sahang bonche. Neaga dol-aol ttaekajo gidalibnida. Salang haeyo.. (Ayuna, jaga diri awak masa saya tak ada kat Korea. Tunggu saya sampai saya balik. Saya sayang awak.)'

"Jom.." lengan kawan baiknya itu terus ditarik. Dia mahu cepat-cepat beredar dari situ. Ada sesuatu yang membuatkan dia macam tu tadi.

Bayangkan tiba-tiba wajah kesayangannya berada di tempatnya duduk tadi? Fikir tak terkejut ke?

Dia pelik, kenapa boleh ada pula? Pada mulanya dia memang tidak percaya, tapi bila dia terlihat Ayuna ada sekali, barulah dia percaya. Patutlah Tao membeku je dari tadi.

Walaupun dia nampak, tapi dia tidak mahu menyergah. Dia bimbang, jika dia menemui Hanna, dia tidak mahu berpisah langsung. Biarlah perpisahannya dengan Hanna dilabel sebagai kejam. Janji hatinya tidak pedih mahu berpisah dengan kesayangannya itu.

"Welcome, sir. Please get your seat before the ship will repart." Seorang pramugari menyambut kedatangan mereka di pintu pesawat. Tao dan Chanyeol menundukkan kepalanya tanda hormat. Sempat tersenyum nipis dan masuk terus ke dalam perut pesawat.

Setelah mendapatkan tempat duduk, sudah meletakkan bagasi ditempat yang sepatutnya, Chanyeol tidak terus duduk. Dia ke belakang pesawat.

"Nak ke mana?" Soal Tao yang tersandar penat pada kerusi. Penat sebab lama menunggu satu hal, satu hal lagi kecewa kerana dirinya tidak berjaya mencari kesayangannya sendiri.

"Toilet kejap." Setelah menerima anggukan daripada si kawan yang tiba-tiba sahaja down, Chanyeol ke tandas. Ketika itu, kesemua penumpang sudah masuk. Hanya dia sahaja yang berdiri ketika itu.

"Where do you want to go, sir?" Seorang pramugara yang sedikit rendah daripadanya menyoal.

"Toilet." Kata Chanyeol sambil tersenyum. "Oh... faster, ha? The plane was take off." Pesan pramugara itu lagi. Chanyeol mengangguk dan berlalu dari situ. Pintu dirapatkan dan tubuh tersandar pada dinding. Dia bukan mahu membuang air atau apa, dia mahu cuba untuk melupakan apa yang dia lihat tadi. Terbayang-bayang wajah Hanna yang cemas tadi ketika di lapangan terbang. Wajah cemas Hanna membuatkan dirinya juga turut rasa cemas. Hatinya bergerak tadi mengatakan wajah Hanna cemas sebab mahu mencarinya

Tidak mustahil bukan? Takkan Ayuna yang sudah seperti hilang anak tadi memanggil Tao, Hanna hanya senyap sahaja.

Dia nampak, tapi tidak mahu menegur. Biarlah. Janji hatinya tidak terlalu terseksa dengan perpisahan mereka. Jika dia dan Tao menegur dan pergi ke arah mereka berdua tadi, sah, dia dan Tao dimarahi oleh pengetua Lee. Terlepas kapal terbang satu hal, dengan Ayuna dan Hanna sekali tidak ke Jepun. Itu yang parah tu.

Sebenarnya, kalau dikira-kira, lama juga mereka tak berjumpa. Dari pagi, sampailah ke petang. Siapa tak rindu, wei? Untung je dia pergi ini atas urusan kerja, jika tidak, jangan haraplah nak berpisah dengan Hanna. Lagi-lagi bila dapat tahu yang penggantinya itu datang dari Jepun dan lelaki lelaki pula. Pergh, panas hati. Dia pula tidak kenal orangnya. Handsome macam dia ke? Kurus? Gemuk? Tinggi? Sado ke tidak? Buat masa sekarang ini, pelajar-pelajar dan pensyarah U lamanya dahulu mengakui yang dia dan Tao adalah lelaki paling kacak di sana. Nak dibandingkan Chanyeol dan Tao mana satu lagi kacak pun payah sebab dua-dua ada aura yang tersendiri. Kacak, comel, macho, baik, seksi, dan banyak lagilah! Itu semua ada tiket mereka untuk menarik perhatian gadis-gadis. Tetapi dia dan rakannya langsung tidak pernah mengambil kesempatan dengan wanita dengan pakej-pakejnya itu. Kiranya, Hanna dan Ayuna adalah cinta pertama Tao dan Chanyeollah. Fuhh! Ayat!

"Jagiya... tunggu sampai oppa balik." Perlahan tetapi penuh dengan kesayuan. Bila dapat kahwin dengan Hanna ni?

TUK! TUK!

Chanyeol menoleh ke arah pintu yang diketuk.

"Yes?"

"Kapal terbang akan berlepas beberapa minit lagi. Cepat ya?" Pramugari pula menegurnya. Chanyeol mengeluh perlahan. Baru nak berangan lebih-lebih.

"Okey." Jawab Chanyeol pendek. Tangannya mengeluarkan Samsung Galaxy Note 2 miliknya dari kocek seluar. Jarinya melukis corak kata laluan pada skrin sebelum menekan satu aplikasi yang menjadi penghubungnya antara dia dan Hanna selama ini selain daripada menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Jari-jemarinya lincah menari di atas skrin. Dua minit juga berlalu, barulah jarinya berhenti. Entah apa yang ditulis. Daripada asyik ditegur oleh pramugari dan pramugara di situ, baik dia keluar sekarang. Segan pula asyik ditegur sahaja.

'Jagiya, sarangheayo...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience