Bab 19

Fanfiction Completed 49058

"AUCH!!! Jangan kuat-kuat. Sakit." Chanyeol mengaduh apabila tangan Choi Hanna terlalu kuat mencuci lukanya pada belakang tubuhnya itu. Ini adalah angkara Tiffany yang tiba-tiba sahaja membuat hal. Konon nak bercakap kenapa dia berpindah, tapi haram! Entah melarat kepada benda yang entah apa-apa entah. Ketika itu Tiffany semakin lama semakin berperangai lain macam. Tiba-tiba, Tao memekik dan tidak lama kemudian, bajunya pula terkoyak pada bahagian belakang. Disebabkan kuku Tiffany yang panjang macam pontianak itu membuatkan belakang badannya terluka dan berdarah. Sakit dan pedih itu memang ada. Sama seperti hatinya pedih merasa apa yang Tiffany cuba buat kepadanya.

"Mian..." Hanna meminta maaf dan meneruskan lagi tugasnya. Betapa dia terkejut apabila melihat Chanyeol dalam kesakitan.

Bila ditanya siapa yang buat lelaki idamannya itu sehingga terluka macam itu sekali, nama seorang wanita disebut. Dari A sampai Z Chanyeol cerita kepadanya. Waktu itu, hatinya sedikit marah. Tapi, apa haknya untuk meletuskan kemarahan? Dia hanyalah budak praktikal sahaja. Tidak lebih daripada itu pun. Lainlah kalau dia ni kekasih Chanyeol, kakak ke, adik perempuan ke, tak pun isteri ke? Boleh juga dia naik angin. Ini setakat... alah baik tak payahlah.

"Sakit lagi tak?" Tanya Hanna prihatin. Dia membuat sentuhan terakhir pada luka belakang badan Chanyeol. Melihat luka yang panjang serta berparut merah itu pun sudah menyakinkan Hanna bahawa luka itu pedih! Sepedih hatinya mendengar yang Tiffany cuba untuk menggoda Chanyeol.

"Tak. Kalau awak yang cuci luka ni, tak sakit dah." Chanyeol mula berseloroh. Adalah sikit keberaniannya untuk bergurau dengan Hanna lebih-lebih kerana tadikan dia sudah mengakui yang dia mencintai gadis itu. Yang paling best apa, Hanna langsung tidak memarahinya ataupun apa-apalah! Siap senyum-senyum lagi tu!! Siapa tak happy??!

"Tak lawaklah." Hanna membuat wajah seriusnya. Dia agak kurang senang bila Chanyeol bergurau dengannya macam tu. Sebab apa? Sebab jantungnya berdetak terlalu laju sehinggakan seluruh badan boleh menggigil.

Sama seperti tadi. Ketika Chanyeol mengakui yang lelaki itu menyukainya. Dia langsung tidak tahu mahu berkata apa melainkan senyum sahaja sehingga mengudang salah faham kepada Chanyeol. Mungkin lelaki itu fikir dia menyukai juga sebab tulah dia senyum. Tapi, memang betul pun. Cuma dia sahaja yang segan nak mengaku juga. Padahal Chanyeol dah sukakan dia juga tu. Kira untung sebab tak bertepuk sebelah tangan.

"Eleh, dah suka tu, cakaplah suka. Nak buat muka serius konon." Chanyeol semakin berani bergurau. Siap tersenyum-senyum lagi. Hanna punya menyampah. Geram punya pasal, dia mengambil satu ketul kapas dan ditenyeh-tenyeh pada luka panjang pada belakang lelaki itu.

"Auch!!! Sakitlah, Hanna!" Chanyeol mengaduh. Kali ini dia marah tetapi wajahnya sahaja. Hatinya langsung tak terguris pun dengan tindakan drastik Hanna. Hatinya semakin suka adalah. Berbunga-bunga riang lagi.

"Tu lah! Lain kali, berguraulah macam tu. Makin sakit belakang awak saya kerjakan." Ugut Hanna dengan wajahnya yang masam. Kepalanya ditundukkan dan mengemas kotak first aid yang diambil di dalam dewan tadi. Dia langsung tidak tahu yang Chanyeol juga turut menyinga.

Tanpa menunggu Hanna yang sedang mengemas, Chanyeol terus bangun. Kakinya diatur menuju ke pintu tanpa berbaju. Hanna yang pelik melihat perangai Chanyeol yang berubah tiba-tiba mengerutkan dahi.

"Chanyeol!" Panggil Hanna.

Diam.

"Chanyeol yah!" Hanna menyeru lagi. Kali ini Chanyeol diam tetapi dia berhenti berjalan. Kepalanya menoleh sedikit. Mungkin isyarat 'ada apa?'

"Kenapa dengan awak?" Soal Hanna lurus. Dia memang tidak faham. Entah apa kena dengan Chanyeol ni? Tiba-tiba berubah. Tak faham betul aku dengan dia ni.

Chanyeol tidak menghiraukan soalan Hanna tetapi sebaliknya dia meneruskan langkahnya. Dia mahu lihat, sejauh mana wanita itu cuba untuk memujuknya yang sedang merajuk ini.

"Chanyeol... what wrong with you, ha?" Hanna sudah tidak boleh duduk diam. Punggung diangkat lalu mengejar Chanyeol. Dia menyimpulkan bahawa Chanyeol sedang merajuk sekarang ini. Mungkin tekanan kapas pada lukanya tadi yang membuatkan Chanyeol sentap seperti ini. Adalah sikit serba-salah tu kepada Chanyeol.

"Nothing..." Chanyeol menoleh ke tempat lain apabila Hanna berdiri betul-betul di hadapannya. Macam nak tergelak pun ya juga. Dengan dia yang tidak berbaju tu, Hanna cuba memujuk. Kelakar pula. Tapi sedaya-upaya dia menahan ketawanya.

"Chanyeol oppa... sorry sebab tertekan kuat sangat tadi. Tak sengaja. Tapi awak tak perlu kut merajuk sampai tak nak pandang muka saya." Ah! Hentam ajelah! Janji Chanyeol nak bercakap dengan aku. Matilah kalau Chanyeol diam dua tiga hari. Aku juga yang merana, bisik Hanna di dalam hati. Dia akan cuba memujuk dengan cara yang lebih best kalau yang ini pun tak jadi juga.

Chanyeol hanya diam. Konon betul-betul merajuk. Padahal hati dah digeletek rasa geli hati pulak tu melihat Hanna memujuknya.

"Chanyeol..." Kali ini Hanna mengapai tangan lelaki itu dan digenggam erat pula. Kalau ini pun dah tak jalan juga, dia berjanji akan buat ini!

"Apa dia?" Chanyeol menanya. Agak terkejut juga apabila tangannya diraih oleh Hanna. Terbuai-buai juga sekejap.

"Janganlah marah..." kata Hanna dengan lembut. Nampaknya Chanyeol menunjukkan respon yang positif. Mungkin hati Chanyeol lembut selepas dia memujuk.

Chanyeol cuba melepaskan pegangan Hanna. Setelah berjaya, dia terus mengorak langkah tetapi belum sempat lagi kakinya sampai di hadapan pintu, dia telah dikejutakan dengan tindakan tiba-tiba Hanna.

"Please, jangan marah saya lagi. Jangan diam sampai tak nak bercakap dan pandang muka saya." Hanna memeluk pinggang Chanyeol. Pinggang Chanyeol yang cantik itu memudahkan Hanna menangkapnya sebelum sempat Chanyeol mengambil langkah pergi membawa diri meninggalkannya. Lantaklah Chanyeol nak cakap apa, janji dia tidak terseksa Chanyeol tidak bercakap dengannya.

Chanyeol tersenyum nakal. Dia membalas pelukan Hanna. Kepala Hanna yang berada di dadanya dipegang dan diusap perlahan. Hanna memang pandai memujuk. Tidak salah Hanna menjadi pilihannya.

"Hanna, saya tak merajuklah. Saja je nak uji awak. Sayang juga awak kat saya kan?" Ujar Chanyeol sambil ketawa jahat. Hanna ternganga. Biar betul?! Pergh, bengang.

Hanna cuba untuk melepaskan pelukan mereka tetapi ketat semacam. Tiba-tiba jadi tak selesa bila Chanyeol memberitahu hal yang sebenar. Tadi tak ingat dunia, terus je peluk.

"Chanyeol, sampai hati tau buat saya macam tu." Kata Hanna geram. Tangannya yang berada di belakang badan Chanyeol menampar perlahan pinggang lelaki itu. Chanyeol hanya ketawa sahaja. Dia salat merasakan yang hubungannya dengan Hanna akan lebih rapt jika mereka selalu begini. Terasa mereka sudah betul-betul ada hubungan.

"Alah, saja je nak uji awak. Sebab... awak tahu bagitahu, saya ni bertepuk sebelah tngan ke tidak?" Kata Chanyeol seolah-olah menuntut jawapan. Keadaan mereka masih lagi macam itu. Terasa selesa bila berpelukan di tempat tertutup seperti ini. Tak ada orang nampak satu hal, boleh bercinta pula tu! Ni belum tahu di mana Tao dan Ayuna lagi. Dengar cerita, pasangan itu pun seperti sedang menyulam cinta.

Hanna terdiam. Kenapa Chanyeol tiba-tiba bertanya pulak? Apa yang dia mahu kata ni? Aduh...

"Kalau awak tak bagitahu, saya... saya tak kisah. Tapi, sekurang-kurangnya tinggalkanlah sesuatu pada saya tanda yang awak dah bagi jawapan pada saya sebelum saya pergi LA nanti. Nanti taklah saya berharap sangat kalau... kalau awak tak rasa apa yang saya rasa." Luah Chanyeol perlahan. Luahan hati Chanyeol itu membuatkan pelukan mereka terlerai sedikit demi sedikit. Hanna terkedu jadinya. Ah, Chanyeol benar-benar menyeksa fikirannya. Kenapa mesti Chanyeol yang dia jatuh cinta? Macamlah tak ada orang lain yang dia suka kat dunia ni? Chanyeol juga yang berjaya menjentik tangkai hatinya.

"Chanyeol..." Hanna menyeru. Mata Chanyeol dipandang dalam-dalam. Perlu ke dia meninggalkan sesuatu tanda yang menandakan Chanyeol sebenarnya tidak pernah bertepuk sebelah tangan? Ataupun berterus-terang sahaja? Hatinya diundang rasa sendu bila hal perpindahan lelakinya ke tempat lain. Berat rasa hatinya bila meningatkan perkara itu. Bukannya sekejap, bertahun-tahun! Bila lagi, dia.dapat berjumpa lagi?

"Ya?" Chanyeol menjawab. Dia berharap sangat Hanna menjawab. Sekurang-kurangnya dia tahu sama ada dia bertepuk sebelah tangan ataupun bersahutan?

Hanna diam. Dia tahu Chanyeol menunggu jawapannya. Nadas ditarik. Dia sudah nekad mahu melakukan ini sebagai tanda yang dia mencintai Chanyeol. Lebih daripada apa yang ada di dunia ini.

Kaki dijingkitkan, kedua-dua tangan diletakkan pada bahu Chanyeol. Kepalanya didekatkan dengan bahu kanan Chanyeol dan bibirnya didekatkan tepat pada telinga Chanyeol. Chanyeol tidak faham apa yang Hanna cuba sampaikan. Dia menanti tindakan Hanna yang seterusnya.

"Chanyeol..."

"Hmm...?"

"I love you!"

Satu ciuman dilepaskan tepat pada pipi kanan Chanyeol. Chanyeol terpana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience