Bab 9

Fanfiction Completed 49058

"SIAPA lelaki yang bercakap dengan awak tadi tu?" Tanya Tao apabila keretanya sudah mula bergerak keluar dari stesen minyak. Dari tadi dia melihat aksi-aksi mesra antara Kim Ayuna dan Jakson. Naik berbulu juga matanya melihat. Entah kenapa, hatinya betul-betul teruji dengan aksi-aksi Kim Ayuna dan Jakson tadi. Yang tak boleh tahannya, Jakson sempat seperti mahu mencium Kim Ayuna. Fuh, panas!

"Awak nampak ke?!" Kim Ayuna menyoal kembali tanpa menjawab pertanyaan Tao. Lebih kuat dan lebih terkejut berbanding Tao. Matanya bulat terbuntang. Kalau Tao nampak, maknanya...

Tao menekan dalam telinganya dengan jari telunjuk. Kuat betul volume dia ni. Sakit telinga aku dibuatnya, desis hati Tao.

"Nampak. Siap ada aksi-aksi mes..."

"Shut! Jangan cakaplah." Halang Kim Ayuna sambil jarinya diletakkan di bibir. Dia sedikit bengang pula bila Tao mengakui yang dia nampak apa yang berlaku antara dia dan Jakson. Ini kalau Jakson tak cari pasal dengannya tadi, pasti Tao tidak menanya itu dan ini.

"Kenapa?" Sengaja Tao menanya. Suaranya dingin. Matanya tetap memandang ke hadapan. Tidak seperti dalam perjalanan pergi tadi. Kejap-kejap pandang, kejap-kejap toleh. Perasaannya tiba-tiba menjadikan dia seperti itu.

Kim Ayuna mengerutkan dahi. Macam lain je bunyi? Kenapa pulak ni?

"Tak ada apa-apalah. Emm... Penat ke?" Soal Kim Ayuna. Sengaja sebenarnya dia menanya supaya Tao melupakan hal tadi. Suaranya juga direndahkan ke tahap romantik dan perlahan. Sedap je bila telinga mendengar.

"Penat sikit. Kenapa?" Kepala ditolehkan ke arah Kim Ayuna. Tadi konon tak mahu pandang, sekali dengar suara manja gadis itu, jadi aiskrim terus.

"Taklah. Kalau awak penat, awak tidurlah." Cadang Kim Ayuna perlahan. Memang benar dan bukannya menipu, Tao kelihatan agak penat. Matanya kuyu dan sedikit lebam. Mungkin tidak cukup tidur ataupun terlalu penat sangat.

Baru sahaja mulutnya mahu terbuka lagi, Tao membalas.

"Habis tu, siapa yang nak drive? Takkan nak tidur sambil drive kut? Kalau ya pun." Tao tergelak kecil. Lucu dengan lawak diri sendiri.

"Saya belum habis cakap lagilah. Sayalah yang drive. Awak tidur je kat sini." Sambung Kim Ayuna lagi. Dia tergelak kecil. Baru dia faham. Tadi Tao agak beremosi sedikit. Emosi dari jenis apa, dia sendiri tidak dapat nak tafsirkan. Tapi apa yang dia tahu, dia sedang memujuk Tao sekarang ini. Buktinya, tadi Tao bercakap dingin dengannya. Tapi sekarang? Siap bergurau-gurau, ketawa-ketawa lagi.

"Tak payahlah. Larilah macho saya." Ujar Tao sambil tersenyum manis. Hati Kim Ayuna agak bergetar juga bila melihat senyuman itu. Getaran hatinya tidak sama macam mana dia mendapat kenyitan mata dari Jakson ketika di stesen minyak tadi. Senyuman Tao... lebih kuat auranya berbanding... berbanding Jakson.

"Pentingkan macho je dia ni. Nanti kalau tertidur ke apa. Saya juga yang susah."

"Susah sebab apa pula?"

Kim Ayuna menggelengkan kepalanya perlahan. Mulalah tu nak menanya itu dan ini. Dah macam terbalik pulak. Selalunya dia yang menyibuk tanya itu ini, tapi kini? Tao pula yang mengambil alih. Perlu ke dia mengugut cara Tao mengugutnya ketika berada di bilik latihan pagi tadi?

"Answer me," pinta Tao apabila gadis di sebelahnya ini hanya diam sahaja. Bukan apa dia perlukan jawapan tu, hanya mahu bermesra-mesra sahaja. Semakin Kim Ayuna diam, semakin dia suka merengek.

Tangan Tao tidak semena-mena boleh mendarat pada lengannya pula. Dia sendiri tidak sedar macam mana tangannya boleh ke situ.

Kim Ayuna memandang Tao dan lengannya silih berganti. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman.

"Nope," dia membiarkan sahaja. Selesa bila Tao memegangnya begitu. Mendengar suara Tao yang manja pun dia ikut lembik juga. Macam lilin rasanya.

"Ah... palli." Kini Tao dah mula memaksa pula nampaknya. Pegangannya dilepaskan kerana mahu memasuki pakir kereta bawah tanah kerana sudah tiba di pusat membeli-belah. Nanti kalau pegang aje, tak pasal-pasal masuk ICU kang.

"Stop asking or I will..." Aik? Kenapa ayat ini pula yang keluar?! Terbaliklah pulak!

"Ehem, macam kenal je ayat tu? Stop asking or I will what? Hug me? Kiss me? Or... be my couple?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience