Bab 12

Romance Completed 49529

CHOI Hanna hanya menanti Chanyeol di luar bilik Prof. Gabriella. Prof. Gabriella mahu menemui Chanyeol kerana ada perkara penting yang perlu dibincangkan melibatkan majlis perpisahan Prof. Jung itu nanti. Agak lama juga dia menanti di luar. Chanyeol tadi mengajaknya juga masuk, tetapi dia tidak mahu. Nanti apa pula kata Prof. Gabriella. Asyik berdua sahaja. Tak pasal-pasal, Choi Hanna juga yang mendapat nama. Tu yang tak nak tu!

"Hanna," panggil Chanyeol. Choi Hanna menoleh dan memandang Chanyeol yang sudah pun keluar dari bilik Prof. Gabriella. Seorang wanita beragama Kristian dan berasal dari Britain. Prof. Gabriella tidak pandai bertutur dalam Bahasa Korea walau satu perkataan pun. Sebaliknya Prof. Gabriella sangat mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris. Agak payah juga bagi seseorang yang tidak berapa fasih berbahasa Inggeris jika mahu berurusan dengannya.

"Emmm? Dah siap ke? Prof nak apa?" Tanya Choi Hanna bertalu-talu. Dia berjalan menyangi Chanyeol sambil memandang wajah si kacak itu dari sisi.

"Dah. Prof cadangkan kita jemput beberapa kumpulan K-Pop ke majlis tu. Mesti ramai pelajar-pelajar yang nak datang." Jawab Chanyeol selepas melepaskan sedikit keluhan yang agak berat. Payah juga untuknya untuk menerima cadangan Prof. Gabriella itu selaku ketua program. Cumanya Prof. Gabriella tidak dapat ikut serta mereka menghias dewan kerana terlalu banyak kerja dan kertas-kertas ujian yang perlu ditandanya. Jika tidak, pasti dia akan mengikut serta ahli-ahlinya yang lain menghias dewan. Baginya, Chanyeol dan Tao adalah tenaga yang baru di U ini walaupun mereka berdua sudah dekat setahun menyumbang tenaga di Universiti Konkuk. Jadi pasti dia tidak mahu orang bercakap-cakap tentangnya yang membiarkan dua jejaka itul melakukan sesuatu yang sepatutnya dia lakukan sekali. Tetapi disebabkan pengetua Lee Kwang Soo sangat baik hati dengannya, Prof Lee Kwang Soo memasukkan lagi dua ahli perempuan untuk membantu Tao dan Chanyeol dalam menghias dewan tersebut. Tenang juga hatinya tetapi Kim Ayuna dan Choi Hanna kan tenaga praktikal di U ini, rasanya tidak patut juga dia membiarkannya. Sebab itulah dia menemui Chanyeol dan mencadangkan beberapa cadangan untuk melengkapkan lagi majlis perpisahan kawan baiknya itu.

"Then? Kenapa awak nampak serabut sangat?" Masih lagi tidak faham.

"Hanna, awak bayangkanlah, saya kena buat kerja itu, ini dalam satu masa. Kita kena decorate dewan, esok kita ada class sampai petang. Patutnya saya dah siap-siap kemas barang dan balik dah sekarang. Tapi sekarang kita kat mana? Kita masih lagi kat sini dan nak ke dewan sambung kerja. Lepas tu Prof minta kita jemput artis-artis K-Pop pulak. Sedangkan yang kat dalam dewan tu pun tak siap lagi. Takkan nak biarkan Tao dengan Ayuna je? Kesianlah kat diorangkan? Betul tak? Diorang dah beli barang-barang,then nak kena decorate dewan berdua je pulak. Tak rasa ke yang... yang kerja kita ni gila ke, Hanna?" Luah Chanyeol terus-terang. Dia penat sekarang ini. Dia letih. Sebab itu mulutnya merapu yang entah apa benda. Sebelum ini dia okey saja menjalankan tugas apa yang diberi oleh orang-orang atasan, tetapi disebabkan rasa penat yang lagi tadi tidak hilang-hilang, dia mula hilang arah. Hatinya asyik nak naik angin sahaja. Kalau boleh benda-benda yang dekat dengannya dibuang dan dibaling-baling saja. Biar puas hati tu sikit.

"Awak penat, Chanyeol. Saya tahu. Tak payahlah nak mengeluh. Tak elok tau. Nanti semua kerja yang awak buat tak ikhlas jadinya. Tu yang susah tu. Tak pe macam ni. Nanti sampai je dewan, awak rehatlah kat mana-mana. Awak tidur, tenangkan fikiran. Bila awak bangun nanti, mesti awak dah tak serabut macam ni. Ya?" Nasihat Choi Hanna ikhlas. Lengan Chanyeol yang terdedah itu disentuhnya perlahan. Cuba untuk menyalurkan sedikit kekuatan kepada Chanyeol yang kelihatannya sangat serabut. Rambut pun dah tak kemas walaupun kepalanya ada cap yang bertenggek.

"Habis tu takkanlah..."

"Shut... diam jelah. Banyak cakap pula dia. Awak berehat je kat dalam dewan. Tak pun awak tidur kat practice room. Boleh juga kan?" Pintas Choi Hanna laju. Hari ini dia sedikit prihatin dengan Chanyeol. Kasihan dia melihat jejaka itu kepenatan. Wajahnya pun tidak seceria pagi tadi. Pucat pun ya juga,

Chanyeol tersenyum mendengar ayat Choi Hanna. Seronok betul bila Choi Hanna agak prihatin dengannya. Kalau macam ni hari-harikan bagus. Bahagia je hari-hari. Tambahan pula, lengannya masih lagi dipegang Choi Hanna. Tidak lepas-lepas dari tadi. Bukan dia tidak perasan. Dia perasan sangat. Sengaja tidak mahu menegur. Bila Choi Hanna berbuat sebegitu, dia memang rasa senang. Seperti tidak mahu dilepaskan saja rasanya.

"Umm... kalau macam tu, awak kena ikut saya juga," keningnya terangkat-angkat. Dalam kesempatan inilah dia perlu merapatkan lagi hubungannya dengan Choi Hanna.

"Ha?! Apa pasal pula?" Choi Hanna mengerutkan dahi. Ini yang pelik ni. Orang suruh dia rest, dia ajak kita pula. Tak mahu!

"Tak payah banyak tanyalah. Ikut je." Chanyeol menarik tangan Choi Hanna yang berada di lengannya itu. Digenggam tangan itu kemas-kemas supaya Choi Hanna tidak dapat lari daripadanya. Bukan dia tidak dapat rasa yang pegangan Choi Hanna hampir terlepas tadi. Mulalah nak lari sebab dengar yang dia menyuruh Choi Hanna ada sekali bersama.

"Habis tu takkan nak tinggalkan Tao dengan Ayuna berdua je?!" Soal Hanma seraya menghentikan langkahnya. Permintaan Chanyeol ini memang tidak boleh dibuat pakai kadang-kadang. Yang melampaui batas tu ha masalahnya. Siapa tak gila?!

"Alah, biarlah. Diorang mesti tengah bersweet-sweet kat dewan sekarang ni. Macam kita..." Chanyeol meneruskan langkah tanpa mempedulikan Choi Hanna yang tercengang tahap gaban itu.

'Sweet? Ayuna dengan Tao sweet-sweet? Itu aku kisah sikit, yang kisah banyaknya, macam kita?! Eee... tahu tak yang 'macam kita' tu kerana kau? Kalau tak kau yang... hei...' Choi Hanna membentak dalam hati. Dia geram betul dengan Chanyeol ni. Nak kata gatal tu tak juga. Nak kata ambil kesempatan bila ada tu... ada jugalah. Tapi apa yang dia rasa sekarang ini, setiap kali Chanyeol berbuat sesuatu padanya, benda pertama yang dia rasa adalah... jantungnya berdegup laju macam nak terkeluar dari tubuh. Dup.... dap.... dup.... dap....

Entah apa benda yang boleh merangsang jantungnya itu. Takkanlah dia suka... Chanyeol kut? Adalah juga tu sikit. Tapi, belum sampai ke tahap cinta kut? Belum lagi kut. Kalau setakat suka je tu bolehlah. Tapi kalau dah masuk bab-bab cinta ni, macam... macam...

"Hanna, awak nak ke mana tu? Dewan dekat sinilah, sayang." Pekik Chanyeol. Choi Hanna tersedar. Tersedar buka dipekik, tapi tersedar sebab... dipanggil 'sayang". Fuh! Siapa tak cair?

Lupakan hal sayang. Dia melihat sekeliling. Eh, kenapa dia boleh sampai ke sini pulak?! Dewan sudah pun terlajak dan dia kini menuju ke lorong bilik pembedahan haiwan untuk pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Sains. Seram juga dia jika berdiri lama-lama di situ.

"Chanyeol!" Panggil Hanna. Dia agak blur.

"Apa?" Tidak jadi masuk Chanyeol jadinya. Dah kenapa pula dengan dia ni?

"Kenapa saya boleh sampai ke sini?!" Tanya Choi Hanna hairan. Dia memusingkan tubuhnya 360 darjah. Ya, lain!

"Manalah saya tahu. Awak tu berangankan saya sampai terlajak sampai ke sana. Dah, dah. Jom masuk." Arah Chanyeol lagi. Kaki ditapak ke arah Choi Hanna dan menarik tangan itu supaya mengikutnya sekali masuk ke dalam dewan.

Choi Hanna tidak mampu berbuat apa lagi melainkan mengikut sahaja langkah kaki Chanyeol. Masuk sahaja mereka ke dalam, Tao dan Kim Ayuna terus meluru. Tak sabar betul nak bagitahu berita 'gembira' ini.

"Chanyeol, Hanna, pengetua cakap kita kena bermalam dekat sini malam ni!"

"Mwo?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience