Bab 24

Fanfiction Completed 49058

JACKSON dan V sibuk menjamu selera di restoran terkenal di Jepun. Musim sejuk yang melanda pada negara kesukaan ramai ini sedikit membataskan berjalanan mereka ke mana-mana jadi tempat yang paling sesuai ialah restoran. Kalau mahu ke sauna, memang penuhlah. Jadi lebih elok jika dia dan V melepak di sini. Ada juga faedahnya iaitu... makan!

"Dah lama tak jumpa dia." V bersuara perlahan. Jackson menoleh dan tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang cantik tersusun. Bukan dia tidak dengar. Dia dengar sangat. Suasana yang sunyi macam ni tak dengar apa yang dicakapkan? Bohonglah! Pelanggan bukannya ramai mana.

"Dia tu siapa?" Saja Jackson menanya. V ketawa kecil. Dia fikir Jackson tidak dengar. Rupa-rupanya dengar. Tajam betul telinga lelaki kacak ini.

"Kau ingat tak budak perempuan yang dulu kita jumpa dekat mall dulu tu?" V mengimbas kembali detik-detik dia dan Jackson ditemukan dengan dua orang gadis di pusat membeli-belah dulu. Jackson tahu gadis itu yang dimaksudkan oleh V tetapi dia sengaja mahu menanya.

Siapa tak lupa? Seorang daripada gadis itulah yang membuatkan dia membeli sebuah telefon pintar dan dihadiahkan kepadanya. Kalau telefon itu tidak jatuh, pasti pada hari selepasnya mereka tidak berjumpa lagi. Jackson tersenyum sendiri.

"Aku ingat. Budak perempuan yang sorang lagi tu..."

"Kau ada bagi dia handphonekan? Then lepas hari tu, kau terjumpa dia lagi dekat pam minyak. Dari situlah kita dah tak jumpa diorang lagi. Kalau tak headmaster yang suruh kita ke sini, aku tak pergi tak." Sambung V dan dia meningati kesemua cerita-cerita pendek itu nampaknya. Dari mana dia terjumpa gadis yang berjaya mencuit tangkai hatinya sampailah kali terakhir dia bersemuka dengannya. Walaupun gadis itu tidak tahu yang dia mempunyai hati dengannya, tetapi dia sudah berniat mahu menjadikan gadis itu menjadi bidadari hatinya.

"Kau suka Hanna?" Tanya Jackson terus terang dan memang dia seorang yang suka berterus-terang.

V terdiam. Wajah Jackson yang berdarah orang Hong Kong ini dipandang. Kalau dia berterus-terang, agak-agaknya, apa reaksi Jackson? Maklumlah, Jackson seorang yang happy go lucky atau happy virus. Happy virus ialah gelaran yang diberikan oleh pelajar-pelajarnya ketika dia menjadi pelatih tari di China dulu. Happy virus sebab suka sangat buat orang gembira.

"Kalau kau? Kau suka Ayuna?"

Kini Jackson pula terkena tetapi tiada masalah untuknya menganggukkan kepala. Terus-terang tetapi penuh dengan tanda-tanya. Itu bermaksud, dia tidak berterus-terang secara terus tetapi melalui perbuatan. Dia akan memberitahu tentang perasaannya sedikit demi sedikit melalui perbuatan. Contohnya seperti berjalan-jalan, makan bersama dan banyaklah! Itu adalah keistimewaan Jackson. Romantik dalam diam!

"Kalau kau ada kat tempat aku, kau akan buat apa?"

"Maksud kau?"

"Maksud aku, kau suka Ayuna. Then kau nak buat apa?" V mula mahukan pendapat daripada Jackson. Jackson agak kurang faham dengan soalan V itu, tetapi adalah sikit fahamnya. Tubuh disandarkan sambil membetulkan rambut yang berwarna perang gelap sebelum diletakkan cap dan dipusingkan ke belakang. Sambil-sambil itu dia memikirkan jawapan.

"Kalau akulah. Aku akan... akan... aduh kau ni! Takkan tak terfikir apa yang aku fikir?" Sengaja Jackson tidak mahu menghabiskan ayatnya. Mahu melihat sejauh mana kepintaran V. V kelihatan tersenyum senget dan dia faham apa yang Jackson mahu dengar apa yang keluar dari mulutnya.

"Kau nak aku cakap, Will You Marry Me? Kan?" Tanya V sambil tersenyum. Jackson ketawa sambil mengangguk. Pandai pun!

"Yes, V. I will." Jackson melakonkan konon-konon dia tu adalah Hanna. Tergelak-gelak V dan Jackson dibuatnya. Petang-petang ketawa memang syok! Tenang hati, wei!

"Bila diorang sampai ni? Dah nak malam kut?" Tanya Jackson hairan. Matanya memandang jam sekilas sebelum memandang pintu kedai restoran yang tidak bergerak. Biasanya ada je yang masuk. Ini satu pun tak ada. Hanya 5 buah meja sahaja yang berpenghuni. Itu pun satu meja tak sampai 10 orang dan tak kurang dari dua. Mungkin faktor cuaca dan waktu yang semakin senja.

"Kata headmaster pukul 9 atau 10 nanti. Sebab diorang take off dari sana pukul 5 setengahkan?" Beritahu V lalu air coklat panas yang dipesannya tadi disisip perlahan. Sejuk pula badan. Rasa sayang mahu berganjak ke tempat lain kerana suasana di dalam restoran ini panas dan sungguh selesa.

Jackson mengangguk-anggukan kepala tanda faham mendengar keterangan V. Pukul 9 atau 10? Lama lagi kerana sekarang baru pukul 7 malam. Tetapi langit sedikit cerah. Seolah-olah masih petang.

"Kau nak buat apa dua hari kat sini? Aku nak balik Korea, kau suruh budak dua tu bawa baju sampai dua hari? Macam mana?" Ujar Jackson. Keningnya digaru-garu perlahan. Agak marah juga bila V memberitahu yang mereka akan menetap di sini dua hari. Alasan? Baru nak tanya.

"Aku bukan apa. Headmaster sini suruh kita kenalkan diorang yang kat sini. Yelah, kau fahamkan macam mana Pengetua Nakazimato tu macam mana? Walaupun kita ke sini sebab kursus, tapi sibuk nak tahu." Terang V panjang lebar. Dia agak tidak faham juga dengan pengetua universiti di Jepun ini. Dia dan Jackson diarahkan oleh pengetua universiti di Korea untuk menghadiri kursus di Jepun selama beberapa hari. Bila tiba masanya untuk pulang, pengetua Nakazimato, iaitu headmaster untuk universitinya di sini mendapat tahu yang mereka berdua akan memasuki ke U yang baru sekali gus menjadi senior kepada dua orang pelajar praktikal perempuan. Bagi V dan Jackson, tiada sebab untuk pengetua yang banyak songeh itu mahu mengambil tahu tentang hal ini. Lagi satu, pengetua Nakazimato dengan pengetua universiti Korea berkawan baik. Jadi mereka berdua tidak boleh membantah kata-kata pengetua universiti Korea. Nak buat macam mana lagi kalau dah macam tu? Dua-dua cerewet, dua-dua keras kepala. Mangsanya Jackson dan V lah yang kena!

"Aduh, lecehlah macam ni. Baliklah jom...! Ngantuk kau tahu tak?!" Rungut Jackson geram. Dia sudah bersedia mahu bangun tetapi V menghalang. Dia tahu Jackson penat kerana pagi tadi Jackson diminta membuat sedikit pertunjukan memandangkan Jackson pandai dalam ilmu seni mempertahankan diri. Itu pun pengetua Nakazimato yang minta. Kalau tidak, haram dia nak buat depan pelajar-pelajar universiti di situ. Majoritinya ramai yang berumur setahun lebih muda daripadanya. Segan kut?

"Duduk je dulu. Kejap lagi kita gerak. Tunggu call daripada pengetua Lee. Nanti kalau budak dua tu dah sampai, nak kena deal tempat jumpa kat mana lagi. Bukan kita pernah jumpa diorang sebelum ni. Tu dah susah. Lagi nak bercakap nanti. Buatnya diorang pandai bercakap bahasa Inggeris, dah tu tak reti cakap Korea? Tak ke payah kita nanti, Jack?!" V sudah mula menukar lidahnya menjadi lidah ibu-ibu yang majoritinya memang yang kuat membebel. Jackson mengajuk kata-kata V tetapi hanya gerakan mulut sahaja. Wajahnya dihodoh-hodohkan membuatkan V rasa annoying pula. Nak je dia menyepak-nyepak wajah Jackson itu.

"Aku kan faham bahasa Inggeris. Tu lah, aku suruh ambil class, tak nak! Belagak!"

"Itu kaulah! Kau kalau orang cakap bahasa orang asli pun kau faham! Aku ni apa ada? Inggeris pun sikit-sikit je. Nanti jelah balik dorm." Masih lagi mahu memujuk Jackson yang boleh tahan banyak keras kepalanya.

"Nope! Kau nak tunggu, kau tunggulah. Aku nak balik. Aku dah cakapkan aku penat? So, I want to go back home! Tired!!!" Nampaknya Jackson sudah mengambil kata putus. Dia tidak mahu tinggal di sini lama-lama. Naik pijar punggung dibuatnya. Jika dua orang pelajar praktikal mereka banyak sangat belajar bahasa, dia dapat memahaminya kerana dia menguasai 5 bahasa iaitu Korea, Cina, Perancis, Inggeris dan Hong Kong. Jangan berani-berani mengutuknya dalam bahasa-bahasa tersebut. Kalau ada, pasti dia akan mengeluarkan ilmu material artsnya atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, wushu! Dua tahun dia mempelajari ilmu itu. Tidak akan disia-siakan! Lebih-lebih lagi ibu dan ayahnya seorang atlet negara suatu ketika dahulu. Jadi adalah sikit ilmu kesukanan di dalam jiwa tu. Tapi tulah, dah minatnya dalam bidang seni, nak buat macam mana lagi? Takkan berminat dalam bidang Sains, tiba-tiba ambil aliran Sastera? Tak ke pelik namanya?

"Jackson sshi! Nantilah dulu." Panggil V tetapi Jackson terus meneruskan langkahnya keluar kedai. V mengeluh. Nampaknya dia terpaksa juga mengikut kepala Jackson. Nanti kalau tak diikutkan, bergaduh pula sebab pendirian tak sama.

Dia bangun dan terus keluar dari kedai memandangkan Jackson sudah pun membayar makanan mereka. Nasib baik Jackson baik hati. Tu yang dia suka tu! Saranghae Jackson oppa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience